Friday, 4 January 2013

Pumping is so easy with Simple Wishes

Wanita zaman skang ni kalau dia aktifkan internet banking dia, duit ada skit..di mana saja dan dalam apa keadaan (koma, sakit tenat, solat tu takyah lah fikir). Cik Yan maksudkan tengah keje, masak - kan leh lari tinggal dapur jap, sure leh shopping. Termasuklah Cik Yan yang dalam pantang ni, ala masa tengah mengandungkan Mia pun, kebanyakan barang beli online gak melainkan pakaian. Selalunya Cik Yan shopping online kat littlewhiz.com dan peekaboo.my. Dedua link ni sangat best sebab memberikan perkhidmatan yang bagus (sedia menjawab email dan bagi cadangan jika kita tak pasti). Harga lak, kena rajin compare sebab kekadang ada yang bagi harga rendah mengikut masa..kedai dorang, sukatilah kan kita lak sebagai pembeli, rerajin lah check.

Kali ni nak citer betapa gembiranya Cik Yan setelah membeli bra yang membolehkan kita double pumping secara handsfree. Nama dia Signature Handsfree Pumping  Bra dari Simple Wishes.

Jangan ingat handphone je ada handfree...hehe. Sejak mengandung 8 bulan, pergelangan tangan kiri Cik Yan sakit dan kawan advise takleh wat sonotron time mengandung..jadi setakat sapu ubat jelah sebab nak makan ubat pun tak boleh..Bila dah bersalin, Iera urut sampai susut bengkak tu tapi kekadang rasa sakit gak sebab dukung Mia lagi semua kan, jadi bila buat double pumping sakit tu datang balik jadi selalu la pam sebelah kiri dicabut awal.

Masa carik apa ntah kat website dedua tu (serius tak ingat carik apa)terjumpala benda ni. Bila beritahu En Suami tentang bra tu, cepat je dia kasi kebenaran tapi Cik Yan hold jap. Bila mengenangkan tempoh nak keje kian hampir, Cik Yan mencari apa lagi yang boleh naikkan lagi semangat mengepam. Bila tangan yang jadi penghalang, maka terus je beli bra ni di littlewhiz. Harga sama gak kat peekaboo tapi ada barang lain yang takde kat peekaboo, beli je kat littlewhiz siap redeem point untuk wet bag.

Pagi tadi jam 4 pagi sebab nak pam, maka pakaila bra tu sambil siapkan ipad kat sebelah kawasan mengepam. Alhamdulillah proses pengepaman berjalan sampai setengah jam sambil Cik Yan browse thru internet dan pasangkan youtube supaya Mia leh dengar alunan zikir tatkala dia tido..em, perlukah rephrase ayat Mia dengar time tido? Tapi masa mengandung pun digalakkan perdengarkan ayat suci Al Quran padahal baby dalam perut kan jadi biar jelah time tido, mana tau otak dia ligat atau anggota badan ke saraf dia menikmati alunan zikir.

Masa pam tu tertiba dengar bunyi lain sikit dan terus mati alat tu..ingatkan rosak mujur tak panik (mana x panik, kalu barang penting rosak kan). Rerupanya mesin pam tu akan berhenti setelah 30 minit..Cik Yan pun ada baca kat blog orang yang share tentang proses pengepaman ni, dia cakap kalau susah, pam 15 minit dan berenti 15 minit sebelum sambung semula. Ni kira pertama kali Cik Yan pam non stop sampai 30 minit sebab dulu memula single pumping je..pastu bila wat double, tangan kiri lak sakitkan..jadi paling lama buat double cuma 15-20 minit je. Tak mampu nak tahan lagi 10 minit, dah cuba dah, bukan tak cuba langsung.

Lepas pumping, simpan semua barang tengok2 Mia dah buka mata dan terus Cik Yan check pampers supaya dia selesa dan bagi direct feeding sampaila waktu yang patut Cik Yan bangun. Oh ya, Mia dah tukar sleep pattern dia dan Cik Yan lak boleh tak tido siang..memula sangat risau sebab takut Mia meragam ke apa tapi Alhamdulillah dia okay je masa Cik Yan bawa atas katil, layan dia sambil wasap kawan Cik Yan yang dok study hal keje. Konon kerana nak jadi mak yang ada dedua, Cik Yan pasangkan Surah Al Imran, pastu saje cari lullaby song..best gak kemudian susukan dia sambil dengarkan surah Al Lukman dan bila abis surah tu, pasangkan zikir..lena sungguh Mia tido. Alhamdulillah, tak risau dah kalau dia berjaga malam tapi still Cik Yan kena tido jap waktu siang supaya tak letih sangat mana tau bertukar lagi pattern dia..



Syukur sangat2 sebab terjumpa pasal bra ni yang memudahkan keja dan Alhamdulillah diberi rezeki untuk memilikinya..semoga Cik Yan dapat memberikan susu badan kepada Mia selama yang boleh dan kawan2 sudi berkongsi pengalaman membanyakkan susu atau segalanya tentang alam ibubapa yang mempunyai bayi..contohnya camner korang travel, camne bagi bagi susu badan kat tempat takde nursing room semua..perlukah ada poncho tu...apa pandangan orang bila nampak ibu menyusukan anak di kerusi2 shopping mall yang takde bilik nursing..


1 comment:

  1. tak pernah tau pun ada benda ni... padahal slalu je shopping kat littlewhiz.. thanks kak yan for sharing.. nak beli 1.. kat ofis nnt bole multitasking.. haha.. :)

    ReplyDelete