Cik Yan sangat sukakan kuih bakar tapi bukan semua tempat jual Cik Yan leh beli terus. Setakat ni kalau beli, yang sedap dari La Cucur yang ada kat KLCC tu tak pun kiosk kecik contoh macam kat Gleneagles Kuala Lumpur. Ada yang free tu kalau kat floor opis wat makan2 pastu dorang tempah kuih bakar katanya dari Kg Baru.
Lagi satu kuih bakar yang tak jumpa tempat lain adalah kuih bakar yang sangat manis dan rangup sikit dari keluarga kawan abah kat Melaka sampaikan Cik Yan cakap kalau boleh time kawin nak kuih ni ada. Abah yang dah lama tak berhubung dengan kawan dia ni terpaksala mencari isteri orang ni yang bekerja kat JPJ sebab gi rumah selalu kosong je. Alhamdulillah, dapat hidangkan kuih ni setelah sekian lama tak merasa dan rasanya tetap sama.
Resepi ni Cik Yan jumpa masa dok pikir nak buat apa dengan daun pandan sebab maid Cik Yan bawak macam serumpun. Nak buat kek, telur biasa je dan bahan lain banyak takde pastu teringat kuih ni. Tengok macam mudah dan akhirnya genap 45 hari iaitu sehari selepas pantang, Cik Yan buat kuih ni..
Resepi dari Azie Kitchen..
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (saya tambah 2 sudu besar) - Cik Yan ikut tapi gi lebihkan air pandan..jadi En Suami pesan next time tambah tepung biar liat sikit
1 cawan gula
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan blend dgn air)
1 cawan santan
1 cawan susu cair - boleh guna 2 cawan santan jika tak mahu guna susu sejat
(next time Cik Yan guna santan je sebab En Suami kata rasa susu tu buat kurang sedap)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau - Cik Yan avoid
Sebagai hiasan- sedikit bijan
Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi kedalamnya. Taburkan bijan.
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing.
Bila dah sejuk, baru dipotong. (Kat resepi sesapa ntah ada bagitau dah masak, biar dalam oven dulu supaya dia tengelam tak banyak..
Suka sangat akan rasanya dan inilah projek pertama oven dan dapur tahun 2013..
No comments:
Post a Comment