Ada setengah orang, dia suka cakap..Allah kan ada. yakin jelah dengan Allah tu. ya bagus pernyataan tu tapi guna pakai la selalu jangan guna masa orang membangkang dan nak menguatkan hujah diri sendiri.
Contohnya, tengah drive tengok2 ada call masuk pastu terus jawab dan kita lak jenis orang nak tanya A kita gi citer dari Z baru sampai ke A. Bila orang kiri kanan menegur anda jawab jalan lurus la..keta tak banyak la paling kurang anda akan tunjuk tangan. Betul tak? Bila ada orang rapat menegur, anda pun cakap kalau Allah kata nak accident, bawak pelan takpun kuar parking pun leh accident..takpun keta tak gerak pun leh accident. Jadi naper tak guna pakai statement Allah kan ada time tu. Kalau panggilan tu penting sangat berenti tepi tak pun bagitau pemanggil kita tengah drive. Orang tak fikir anak bini je akan terus bercakap dengan pemandu yang dah bagitau keadaannya.
Kalau kita masuk masjid ke surau ke..akan ada notis cakap camni "Tiada panggilan lebih penting melainkan panggilan Illahi". Jangan nak pleased orang sampai kita buat insan tersayang kita terkorban di tangan sendiri. Jangan kerana kejarkan harta dunia, sudahnya anda gunakan harta tanpa rasa nikmat kerana anda hilang insan tersayang. Ke insan tersayang anda pada mata keluarga tu bukan insan tersayang sebenar?
Kalau panggilan tu panggilan bisnes, guna pakai Allah kan ada..jadi kalau rezeki tu memang dah untuk kita, tak jawab panggilan pun insya Allah rezeki milik kita jugak..Fikir jugakla kalau anda sedang membawa insan tersayang anda tapi menjawab panggilan dah tu lama pulak tu..agaknya kalau berlaku accident, adakah anda masih fikir panggilan tu lagi mahal harganya dari insan tersayang anda. Ada orang tu dulu suami isteri bawak motor memasing yang berkuasa tinggi berjalan..pecut sana sini tapi satu hari tu, bawak pelan je tapi accident dan isterinya terkorban..sejak dari tu abis motor yang ada di jual kerana rasa kosong dengan kehilangan isterinya. Adakah duit yang berkepok tu boleh menggembirakan diri kita sepenuhnya? Insan giler je kot.
Ada orang cakap best la safety ni selepas mendengar taklimat mengenai pentingnya keselamatan di tempat kerja..Cik Yan cuma leh cakap, safety tu datang dari diri kita dan bermula dari rumah. Kalau banyak benda kita perlekeh jadi tak payah la sesibuk hal safety kat tempat keje.
Lagi satu, masyarakat pun sama gak. Bila di tegur mula cakap ala dulu datuk nenek kita pun buat camni gak..takde pape pun. Macam mana jika selama takde pape tu kira bernasib baik dan anda yang buat jugak tak bernasib baik? Mesti orang cakap "kan dah cakap tapi ko degil". Masa tu takdenya orang nak cakap datuk nenek moyang berbagai tu dah..
No comments:
Post a Comment