Monday, 21 January 2013

Kisah budak gemuk

Ada budak gemuk ni..berat dia turun seperti sebelum kahwin selepas menjalani ovarian laparoscopic. Dahla turun berat, dia makin aktif bersukan sebab takut cyst dia kembali. Jadi dia happy la sebab banyak baju kurung dia yang ketat di pinggang leh pakai semula.

Nak jadi citer, dia pregnant..di awal kehamilan berat dia turun 4 kg walaupun selera makan dia bertambah. Nak tau naper? Sebab dia bertukar kepada brown rice dan tak minum kopi dah. Pastu dia banyak makan buah dan minuman dia air zam zam, air masak je pastu minum jus buah. Jadi sepanjang kehamilan dia naik 7 kg dan selepas bersalin, beratnya turun 12 kg.

Maka...Sang suami kerisauan kerana isterinya itu mengalami tumpah darah dan dia bimbang ada kesan sampingan akibat dari tu lagi lak isterinya kena blood transfusion sebanyak 2 pint. Hari tu kedengaran si suami berbisik dekat bayinya yang dia mahu berikan isterinya supplement supaya isterinya bertambah berat tapi bila isterinya dengar..isteri cakap xmoh.

Dan pada pagi ini, si suami cakap camni.."dari mula kawin gemuk je bila kurus rasa risau lak". Isteri kata xpelah janji sihat dan berat tu memang dalam berat yang ideal jugak..Si suami mula la plan nak bagi isterinya makan apa saja yang dia suka dan si isteri sangat kerisauan..kerana si isteri tu pencinta makanan..Mulala si suami menyebut segala makanan kegemaran isteri dan isterinya terkedu...

Apa yang leh cakap adalah ni..Uwa....mana nak tahan dengan godaan makanan tu..

No comments:

Post a Comment