Thursday, 17 January 2013

Garam

Ada satu hari tu sebab menyusukan Mia, En Suami makan malam dulu dan selepas tu baru Cik Yan makan. Selalu dia akan hidangkan makanan Cik Yan tapi selepas pantang, Cik Yan kata takpela sebab leh amik sendiri kan..badan dah kuat konon..

Lepas menyusukan Mia, Cik Yan pun gi dapur amik makanan dan tertiba En Suami jerit cakap makanan dia tak bergaram. Cik Yan lak pasal dah cedok letak atas nasi, pasrah jelah sambil bakar bawang putih atas dapur untuk makan dengan nasi (Mak Usu Cik Yan amalkan bawang putih bakar makan dengan nasi untuk banyakkan susu badan).

Sambil makan, En Suami buka citer dia baca ke dengar memana garam jadi racun pada badan bila di masak bersama. Maksudnya seperti molekul garam berpecah menjadi atom toksik apabila kena makanan tu masih di atas api lagi. Sebab tu dia cakap ramai kena darah tinggi dan penyakit berbahaya kerana penggunaan garam padahal zaman Rasulullah SAW dulu, Baginda mengamalkan makan secubit garam sebelum makan. Jadi mungkinkah kerana garam kita telah tercemar dek proses pemanasan maka tu yang buat kita berpenyakit?

Sudahnya ketika masak Cik Yan takdelah letak garam dan kekadang macam tak puas hati jadi kalau masak mihun goreng ke nasi goreng, Cik Yan letak la perencah macam udang kering ke atau bebenda masin jadi takyah letak garam...Kalau nak jadi citer korang termasak makan rumah Cik Yan, minta maafla ek kalau tak rasa pape...tu sah terlupa letak garam selepas masak..


No comments:

Post a Comment