Ni pengalaman Cik Yan pulak walaupun baru 54 hari berjaya menyusukan Mia (pada ketika ini, Mia umur 57 hari tapi cuma hari ketiga berjaya mengeluarkan susu). Harapnya dapatla peluang menyusukan Mia dengan susu badan selama yang boleh tapi kalau tak berjaya pun, mungkin orang lain yang terbaca boleh guna pakai. Sharing is caring kan..
Okay, masa memula tak tau pun tentang jumlah susu yang Mia minum tapi bila En Suami pesan buat stok susu supaya rawatan pantang tak terganggu, mula rasa risau. Dr Iean pun ada tanya boleh tak Mia abiskan 2oz susu tapi Cik Yan jawab tak tau dan bila dia tanya Mia menyusu sampai tak 20minit, baru Cik Yan leh jawab dan tu yang Dr Iean kata Mia takde masalah setakat ni.
Masa memula buat pam, dapat sikit je dan ketika itu guna satu pam je. Jenuh rasa nak kuarkan susu dan bila fikir nak keje terus Cik Yan cari memana info mengenai camne nak tingkatkan susu. Banyak petua yang Cik Yan baca dan cara penjagaan susu yang kita nak simpan tu. Antara cara yang Cik Yan buat adalah :
Campuran Kurma Merah dari Singseh |
- Makan kurma - selain untuk tambah susu, makan untuk isi perut dan bagi tenaga.
- Minum campuran kurma merah yang dibeli dari kedai singseh. Selain untuk meningkatkan pengeluaran susu, boleh juga untuk mengecutkan rahim dan memulihkan sistem peranakan kita.
- Double pumping - Memula single pumping je tapi bila pam sebelah, yang lagi sebelah meleleh dan bila tukar dapat sikit je. Double pumping je terus meningkat jumlah susu.
- Pam antara waktu 12 am ke 6 am. Katanya prolaktin banyak terhasil ketika ini dan bila rajin pam time ni, susu bertambah. Untuk mereka yang katanya susu tak kuar..cuba pam masa-masa ni sampai susu berjaya keluar.
- Makan Pil Phytonatal dan minum Uncang Herbanika dari Nona Roguy (NR).
- Bakar bawang putih dan makan dengan nasi panas.
- Minum air masak sebelum, semasa dan selepas menyusu atau proses pengepaman. Secara tak langsung, kita minum air yang banyak dah kalau setiap kali pam kita minum air.
Apa yang Cik Yan perasan, sejak buat semua tu memang bertambah susu. Double pumping tu memang membantu dan orang kata kalau cuma ada single pump je, masa nyusu budak, pam sekali serentak.
Selain dari tu, doa minta dimurahkan rezeki anak dengan perbanyakkan susu badan kita. Sambil mandi tu atau bebila rajin, basahkan tuala dengan air panas dan lekapkan kat dada kita sambil urut. Masa urut tu selawat la sekali takpun kalau malas nak lekap tuala panas, urut je sambil selawat. Bila free lak, rerajin menyebut nama Allah, Ya Maatin.
Skang ni, Cik Yan cuba pump setiap 3 jam..dalam masa 3 jam tu dengan menyusukan Mia selama sejam, rehat jap pastu pam balik. Bila dah tau susu leh campur dari proses pam seterusnya, Alhamdulillah senang keje. Kekadang masa pam waktu pagi tu sampai leh dapat 7oz kalu Mia x minta menyusu. Jadi dapat dah stok untuk 2 paket dan 1oz baki tu campur dengan hasil pam seterusnya. Orang kata pam 5 minit je pun takpe asalkan pam supaya badan tau kita sentiasa mahukan susu tu.
Sebenarnya kerisauan gak sebab tengok stok yang ada macam untuk tempoh seminggu bekerja tapi Cik Yan memang nak biarlah Mia ni menyusu badan selama yang boleh sebab susu badan ada banyak antibodi yang dapat menghalang anak kita dari sebarang penyakit. Kalau dah ditakdirkan kena nak wat camne tapi itu bukan alasan untuk tak menyusukan anak kan..
www.facebook.com/LifeInHealthySecret
ReplyDeletesalute dkt ibu2 zaman yg sgt2 cekal BF bby.. ye lah zaman skrg xmcm dlu.. skrg ibu2 bnyk yg dh bekerjaya
Rajin cik yan..dulu orang tengok pelik je kalo bf anak..sekarang mcm satu fenomena semula sbb orang skang dah makin bijak kan..dah tahu benefit bf anak..thanx cik yan kongsi ilmu..-bf mom n proud of it too!!
ReplyDeleteWah.. Tq sharing pengalaman sis.. berat badan cmne sis? maintain tak? ni skang tengah dok membaca berkenaan BF mengurangkan berat badan.. ramai yg kata BF baby akan mengurangkan berat badan.. kena jaga makanan dan beberapa tips2 lagi la ketika BF baby..
ReplyDeleteAlhamdulillah..suprisingly my weight lps bersalin adalah berat 10 thn yg lalu..sebelum mengandung gigihla exercise jaga mkn tp nk turun pyh amat..ni sesenang je hilang 14 kg..my 2nd delivery pun still dpt weight lost yg byk tp x taula brp lama kan sbb kali ni dah berenti keje..
Deletetahniah yan kerana memilih untuk menyusu anak dengan susu ibu. smg semuanya dipermudahkan. seronok tgk stok susu byk dlm deep freezer :)
ReplyDelete