Sunday, 6 January 2013

Harry Potter..skit je

Semalam sajalah baca semula komen pada gambar Mia sebab masa tu tak sempat baca bebetul dan ada yang Cik Yan tak perasan pun komen2 tu. Salah satu dari komen tu buat Cik Yan rasa nak jadikan entry blog hari ni.

Ianya berkenaan movie yang kuar sehari sebelum Mia dilahirkan dan bagi dia mungkin Cik Yan peminat berani mati..hahahha. Mana taknya semua buku Cik Yan ada tapi dia tak tau buku untuk Movie tu separuh je baca sebab kawan bagitau buku no 5 tak jadi kuar..Jadi dari dapat 2 hari abiskan buku no 2 dan 3, dapat tau je buku no 5 cancel, buku no 4 simpan. Dia tak tau gak yang Cik Yan cuma tengok 1 je movie dia dari siri2 yang dah kuar..

Sebenarnya, Cik Yan sukakan Harry Potter tak kiralah orang cakap apa. Dulu kat opis time IT tak strict, desktop Cik Yan penuh dengan wallpaper Harry Potter. Tepi cubicle lak tersusun book mark Harry Potter sampaikan ada Omputih tu balik UK, belikan muffler dan poskad scene Harry Potter.

Buku2 lak start dari no 5, Cik Yan beratur awal pagi kat Kinokuniya dengan kawan baik Cik Yan..Ms RO. RO ni online games kegilaan dia..i mana letak fullname kenkawan i..selalunya jam 4 pagi kami dah bergerak ke KLCC dan beratur la beramai2 sampai lah Kinokuniya tu buka..Abah dulu ada tanya kalau tak beli masa tu, takkan dapat lagi ke, begitu juga soalan dari kawan yang lain. Cik Yan jawab, perasaan dia tak sama bila beli bebila sebab masa tu kita akan jumpa peminat yang lain..

Berbalik kepada komen orang tu kan..Cik Yan rasa sedih kot kalau masa tu citer Harry Potter kuar kat panggung. Mujur semua citer dia dah ditayangkan dan buku dia pun dah abis siri jadi taklah En Suami menyaksikan kegilaan Cik Yan gi bertunggu tangga kat Kinokuniya awal pagi. Movie kuar time tu memang sedih la sebab Cik Yan akan pastikan semua movie dia Cik Yan tonton pada hari pertama dia kuar kat panggung.

Memangla Cik Yan masuk spital memalam kan tapi bagi Cik Yan, bila di hujung kehamilan, Cik Yan tak sanggup abiskan masa di panggung wayang. Rasanya masuk 3rd trimester terus Cik Yan tak tonton wayang dan sepanjang kehamilan cuma 1 ke 2 kali je masuk panggung wayang. Bukan En Suami tak ajak tapi Cik Yan tak nak, siap suruh dia tonton dengan kawan dia.

Kenapa? Sebab pendapat Cik Yan, sangat buang masa ketika hamil tonton wayang kerana masa tu leh guna untuk benda yang lagi bagus umpamanya berzikir, mengaji sebab time mengandung, kesihatan kita kejap bagus kejap tak bagus. Jadi time bagus tulah kita manfaatkan dengan aktiviti yang bagus untuk kandungan. Itu pendapat Cik Yan sebab lama kan menantikan kelahiran Mia alih2 bila Allah bagi kurniakan rezeki ni, Cik Yan gi buang masa kat situ. Terganggu kot kalu orang kata dalam cinema leh zikir gak..lagipun mana tau nanti ada adegan ntah pape takpun yang rendah akhlak..sian baby dalam tu menyaksikan sesuatu yang kotor..heheh.

Time pantang, En Suami belikan blue ray disc citer Harry Potter tapi bukan complete set la..happy sangat sebab dia consider citer tu berbanding citer lain yang dia minat. Jadinya time treatment, pasangla citer ni sampai menyusukan Mia pun kekadang Cik Yan tengok Harry Potter.


Buat pregnant lady yang terbaca entry ni, tak kisahla kalau korang tengok wayang sebab ni pendapat Cik Yan. Cik Yan yang pilih cara ni bukan ada termaktub dalam memana kitab pun. Cara kita kan berbeza yang penting kita happy dan apa yang dipilih tak lari dari landasan. Macam ada setengah orang tanya apa panggilan Mia kepada kami..bila suruh teka dorang kekadang bagi pendapat kerana Cik Yan orang bandar, dari Kuala Lumpur lak..surely daddy mummy, papa n mama..tapi sebenarnya taklah begitu.

Memang Cik Yan nak Mia panggil mama tapi En Suami pilih ayah instead of papa. Kitorang setuju dengan apa yang kitorang pilih sebab tak perlu nak ikut orang kan. Even nama Mia pun kekadang dorang ingat macam letak nama barat sebab Cik Yan suka western food kan...tapi kitorang pilih nama yang ada makna dalam islam (not in latin ke, english ke).. senang sikit i nak tulis jawi nama dia nanti...Hah..lupa, bab nama tengok, i baik tau..nasib nama Mia tak jadi Hermionee..karang sian anak i..(i terbaca kat ner ntah dia cakap ibu bapa berdosa apabila menamakan anak mereka bebukan).



No comments:

Post a Comment