Showing posts with label Harry Potter. Show all posts
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Harry Potter..skit je

Semalam sajalah baca semula komen pada gambar Mia sebab masa tu tak sempat baca bebetul dan ada yang Cik Yan tak perasan pun komen2 tu. Salah satu dari komen tu buat Cik Yan rasa nak jadikan entry blog hari ni.

Ianya berkenaan movie yang kuar sehari sebelum Mia dilahirkan dan bagi dia mungkin Cik Yan peminat berani mati..hahahha. Mana taknya semua buku Cik Yan ada tapi dia tak tau buku untuk Movie tu separuh je baca sebab kawan bagitau buku no 5 tak jadi kuar..Jadi dari dapat 2 hari abiskan buku no 2 dan 3, dapat tau je buku no 5 cancel, buku no 4 simpan. Dia tak tau gak yang Cik Yan cuma tengok 1 je movie dia dari siri2 yang dah kuar..

Sebenarnya, Cik Yan sukakan Harry Potter tak kiralah orang cakap apa. Dulu kat opis time IT tak strict, desktop Cik Yan penuh dengan wallpaper Harry Potter. Tepi cubicle lak tersusun book mark Harry Potter sampaikan ada Omputih tu balik UK, belikan muffler dan poskad scene Harry Potter.

Buku2 lak start dari no 5, Cik Yan beratur awal pagi kat Kinokuniya dengan kawan baik Cik Yan..Ms RO. RO ni online games kegilaan dia..i mana letak fullname kenkawan i..selalunya jam 4 pagi kami dah bergerak ke KLCC dan beratur la beramai2 sampai lah Kinokuniya tu buka..Abah dulu ada tanya kalau tak beli masa tu, takkan dapat lagi ke, begitu juga soalan dari kawan yang lain. Cik Yan jawab, perasaan dia tak sama bila beli bebila sebab masa tu kita akan jumpa peminat yang lain..

Berbalik kepada komen orang tu kan..Cik Yan rasa sedih kot kalau masa tu citer Harry Potter kuar kat panggung. Mujur semua citer dia dah ditayangkan dan buku dia pun dah abis siri jadi taklah En Suami menyaksikan kegilaan Cik Yan gi bertunggu tangga kat Kinokuniya awal pagi. Movie kuar time tu memang sedih la sebab Cik Yan akan pastikan semua movie dia Cik Yan tonton pada hari pertama dia kuar kat panggung.

Memangla Cik Yan masuk spital memalam kan tapi bagi Cik Yan, bila di hujung kehamilan, Cik Yan tak sanggup abiskan masa di panggung wayang. Rasanya masuk 3rd trimester terus Cik Yan tak tonton wayang dan sepanjang kehamilan cuma 1 ke 2 kali je masuk panggung wayang. Bukan En Suami tak ajak tapi Cik Yan tak nak, siap suruh dia tonton dengan kawan dia.

Kenapa? Sebab pendapat Cik Yan, sangat buang masa ketika hamil tonton wayang kerana masa tu leh guna untuk benda yang lagi bagus umpamanya berzikir, mengaji sebab time mengandung, kesihatan kita kejap bagus kejap tak bagus. Jadi time bagus tulah kita manfaatkan dengan aktiviti yang bagus untuk kandungan. Itu pendapat Cik Yan sebab lama kan menantikan kelahiran Mia alih2 bila Allah bagi kurniakan rezeki ni, Cik Yan gi buang masa kat situ. Terganggu kot kalu orang kata dalam cinema leh zikir gak..lagipun mana tau nanti ada adegan ntah pape takpun yang rendah akhlak..sian baby dalam tu menyaksikan sesuatu yang kotor..heheh.

Time pantang, En Suami belikan blue ray disc citer Harry Potter tapi bukan complete set la..happy sangat sebab dia consider citer tu berbanding citer lain yang dia minat. Jadinya time treatment, pasangla citer ni sampai menyusukan Mia pun kekadang Cik Yan tengok Harry Potter.


Buat pregnant lady yang terbaca entry ni, tak kisahla kalau korang tengok wayang sebab ni pendapat Cik Yan. Cik Yan yang pilih cara ni bukan ada termaktub dalam memana kitab pun. Cara kita kan berbeza yang penting kita happy dan apa yang dipilih tak lari dari landasan. Macam ada setengah orang tanya apa panggilan Mia kepada kami..bila suruh teka dorang kekadang bagi pendapat kerana Cik Yan orang bandar, dari Kuala Lumpur lak..surely daddy mummy, papa n mama..tapi sebenarnya taklah begitu.

Memang Cik Yan nak Mia panggil mama tapi En Suami pilih ayah instead of papa. Kitorang setuju dengan apa yang kitorang pilih sebab tak perlu nak ikut orang kan. Even nama Mia pun kekadang dorang ingat macam letak nama barat sebab Cik Yan suka western food kan...tapi kitorang pilih nama yang ada makna dalam islam (not in latin ke, english ke).. senang sikit i nak tulis jawi nama dia nanti...Hah..lupa, bab nama tengok, i baik tau..nasib nama Mia tak jadi Hermionee..karang sian anak i..(i terbaca kat ner ntah dia cakap ibu bapa berdosa apabila menamakan anak mereka bebukan).



Wednesday, 20 July 2011

Kuasa Veto

Bukan la kuasa..ni lebih kepada pendapat veto..Okay tak. Hahahaha

Tau kan Cik Yan ni peminat HARRY POTTER. Awal pagi gegiler Cik Yan dan kawan duk beratur kat KLCC untuk beli buku 5,6 & 7 tu  dan bila movie kuar satu2..kalu Cik Yan kata best, best la..kalu x best cukupla sekali je kot Cik Yan tengok kat cinema tu.

Untuk musim kali ini, Harry Potter and The Deathly Hallow part 2. Bagi Cik Yan, director dia sangat BAGUS kerana menghasilkan 2 part. Sebabnya citer dalam buku sangat BEST..lagi BEST dari The Order Of Phoenix cuma masa ni pengarah x pandai kot. Dia buat satu movie je dan hasilnya banyak part2 best dalam buku xde.

Cik Yan sangat la SUKA dan SANGAT SANGAT SUKA akan citer no 7 ni. Jadinya pendapat veto Cik Yan adalah citer ini sangat best dari part 1 ke part 2. Kalu rasa x suka..tak yah inbox ke mesej bagitau x best unless Cik Yan tanya. I dont like u..Sebarang komen2 negative..tidak akan di layan.



Tuesday, 12 July 2011

Harry Potter lagi

Citer Harry Potter nak kuar 14th July ni tapi bezanya kali ni Cik Yan xde sibuk, kepoh2 macam dulu. Tak tengok pun TGV ke GSC online tu. Hah..kali ni xdelah sibuk2 sampai nak amik cuti ke nak tengok midnite ke..Sebabnya adalah kerana....

Dah berkali2 Cik Yan tengok 1st show time dia tapi sambutan x best pun. Cuba tengok kat over the sea..meriah gegiler. Kalu Cik Yan pakai muffler Harry Potter ke atau apa jelah barang Harry Potter, x ramai pun yang ikut sama.

Jadinya kali ni..xnk rushing2..xnak amik cuti sesaja..Biar masa sampai je Cik Yan tengok. Cik Yan tak kisah kalu duk kat cinema tu dari pagi sampai petang untuk tengok Harry Potter je. Heheheh.

Plan nye nak tengok Gold Class, Premier Class, Couple Seat dan juga yang biasa2..Ada sesape terpikir begitu?

Ada sesape nak tau citer dia ending camner? Cik Yan tau lama dah..sejak buku dia kuar dulu..


Monday, 11 July 2011

Musim demam Harry Potter

Harry Potter kembali lagi ngan last part dia. Kalu la kaya raya..seperti ingin ku tebang ke London untuk mengalami demam Harry Potter secara besar-besaran. Sah2 kat Warner Bros pun  ada latest merchandise kan dan akan Cik Yan beli yang mana menawan hati tanpa kira harganya (ayat kalu KAYA RAYA la).

Dan masa gi beratur tengok premier tu sah2 Muffler Gryfindor dan tongkat sakti akan di bawa sekali..Berangan x ingat dunia ni. Itulah penangan Harry Potter pada Cik Yan...

Ni antara gambo yang dapat Cik Yan download dari newsletter Harry Potter.








Kali ni xdenya Cik Yan membaca buku dia sebab hari tu dah baca sampai habis. Siap boleh berangan dan tertanya kawan baik Cik Yan masa bila pulak scene2 tertentu sebab Cik Yan tak recall tengok kat movie masa tu. Sekali rupanya Cik Yan teradvance. Sesape yang nak tau jalan citer dia sampai abih tapi xde masa baca buku..Cik Yan leh citer. HAHHAAH