Nampaknya dah hampir 3 bulan Cik Yan melahirkan Mia dan pada masa ni Alhamdulillah masih lagi berikan Mia susu badan. Hampir 3 minggu juga Cik Yan dah masuk opis dan pastinya kehidupan Cik Yan berubah sama sekali dan Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan semoga makin lama ianya semakin mudah.
Masa nak memula keja, perasaan kacau bilau mengenangkan soalan yang timbul ketika bekerja..kerap kali terfikir camner kalau Mia tak cukup susu. Payah Cik Yan nak tengok pattern menyusu Mia dan sebab selalu direct feeding, jadi tak tau amount sebenar yang Mia consume.
Tawakal je tatkala mengeluarkan EBM untuk dinyahbekukan buat bekalan Mia dan pada hari pertama, 6 stok EBM dikeluarkan dari freezer dan 1 botol susu yan baru di pam. Targetnya meninggalkan Mia selama 12 jam dan jika Mia tidak dapat menghabiskan botol ke 7, maka susu itu boleh dibekukan untuk dijadikan stok. Kat opis lak, terasa nak call je maid tanya keadaan Mia setiap jam. Siap pesan supaya waktu Mia memyusu dicatitkan jadi mudah untuk lihat pattern menyusu Mia ketika Cik Yan bekerja.
Nak jadi citer pulak, hari pertama masuk keja, En Suami terus out station ke Kemaman dan meninggalkan Cik Yan walaupun sebelum ni dia pun kerap turun sana..Balik rumah, tengok Mia senyum je melihat Cik Yan dan ketika menukar diapersnya, senyuman dan gelak ketawa Mia seperti menceritakan harinya tatkala Cik Yan bekerja. Alhamdulillah.
Jadi pada hari pertama bekerja, nampaknya Mia cuma minum 6 botol susu sahaja yang Cik Yan isi sebanyak 3-3.5 oz setiap satunya. Botol susu yang mengandungi susu yang baru pam tu terus Cik Yan frozen kan dan seterusnya mengeluarkan 5 EBM dan satu susu yang baru.
Kat opis lak, bermula kisah bekerja dari jam 8.00 - 1800 dan nampak gaya setiap 2 atau 3 jam harus di pam dan Alhamdulillah amount yang di pam sama tak pun hampir sama untuk setiap sesi pam. Kawan opis menjadi tempat bertanya setiap kali musykil tentang susu badan dan pastinya kawan baik Cik Yan dan adiknya juga dihubungi setiap kali rasa nak mencurah atau bertanya..whatsapp group tu dari buat pasal nak tanya hal baby, pantang sampai sekarang dan kini kadang-kadang menjadi tempat kami bincang hal baking.
Time lunch merupakan masa yang sangat berharga skang, takleh dah nak gi makan jejauh kerana Cik Yan perlukan masa yang banyak supaya dapat pam sampai 30 minit sebab waktu lain tu buat dalam 10 minit je sebab rasa tak sedap hati menghilangkan diri. Cik Yan teringat jugak blog yang Cik Yan baca, dia cakap biar pam 5 minit je janji pam supaya susu tak berhenti dihasilkan.
Nampaknya setelah hampir 3 minggu bekerja, Cik Yan dah dapat rentak Mia. Kalau botol tu cuma berisi 2.5 oz, confirm tak sampai 2 jam Mia akan mintak susu tapi kalau next botol tu 3.5oz , memang adala baki sikit jadi maid akan pastikan dia abiskan botol tu tak lebih sejam sebab susu yang dah dipanaskan takleh biar lebih dari sejam..
Jadi skang jadual harian Cik Yan bermula pada jam 0450, transfer EBM dalam botol, direct feeding Mia sampai azan Subuh, sesiap gi keje. Kalau En Suami nak antar gi opis, sempatla pam 30 minit dalam keta. Kekadang masa sesiap pun try pam gak sebab dah ada bra simple wishes tu kan...Setiap saat amat berharga sebab sebolehnya nak abiskan masa dengan Mia jadi gi opis pakai spek je..rugi pakai lense sebab guna masa..
No comments:
Post a Comment