Saturday, 1 September 2012

Hallooooo



Alhamdulillah dah masuk ke final trimester dan setakat ni keadaan masih terkawal lagi, maksud Cik Yan lum ada lagi masalah besar sepanjang kehamilan ni. Hari tu 30th Aug, Cik Yan gi check up untuk bulan ketujuh dan masih lagi tak berjaya membuat 4d scan. Kali ni bukan pasal baby sujud tapi pasal tak cukup air ke apa ntah kat kawasan yang sepatutnya. Tapi rupanya sangkaan Cik Yan salah, selama ni ingatkan lepas dari week 28 takleh buat 4d dah rupanya boleh lagi. Jadi cubaan 4d di bawa ke next check up. 

Oh ya, Cik Yan ngan En Suami memang dah tau baby apa sejak dari bulan ke 5 (check up bulan ke4 belum cukup sepenuhnya time tu) dan dari situ saje je dok buat diam melainkan kepada family kitorang. Kitorang bukan in denial ek tak menerima hakikat ke apa semua tapi saje suka..tapi skang ni Cik Yan dah cakap kat En Suami kalau ada sesapa tanya, bagitau jelah dan minta doakan keselamatan baby dunia akhirat. Cik Yan pun dengan rasminya dah shopping barang baby secara exclusive (stroller x amik kira la) bermula pada raya ketiga dengan kakak2 dan adik. Masa tu niat nak beli baju purple je sebab Cik Yan tau tempat lain pun ada baju baby yang berpadanan harganya cuma jarang nampak warna purple.

Ketika menghantar gambar baju2 yang di beli kepada En Suami yang bekerja, dia sangat excited. Tu orang yang tengok, orang yang dok membeli ni lagi la kan..nasib I ni jenis yang leh control sedikit time berbelanja kalau tak, sesilap baju umur setahun, 2 tahun pun terbeli kot. Kali kedua shopping lak dengan mak abah & adik dan kali ni best gak sebab ada sales untuk setiap helai yang dibeli walaupun ada gak terngomel cakap baju baby je harga sama macam set baju tido Cik Yan. Tapi tulah orang kata, bila kita melangkah ke alam ibu bapa, kita akan lebih utamakan barang anak.

Cheh..cheh..utamakan barang anak ek..hari tu ada gak menyakat En Suami yang asyik sibukkan barang baby tapi untuk maknya takde. Mula Cik Yan wat jahat  nak bag itu ini lagi2 dapat email ada beg Coach yang baru dan menarik perhatian Cik Yan. Cik Yan mendapat kebenaran En Suami untuk membelinya jika ada di pasaran kita sebab harganya pun taklah teruk mana. Lagi melonjak keinginan tu apabila kawan kena business trip ke US sah2 lagi rendah harganya. 

TAPI…tatkala mendapat kebenaran yang mutlak dari En Suami untuk membelinya, dalam LRT leh pulak terfikir tentang kesesuaian beg itu setelah baby kuar. Maka dengan nekadnya, cancel la keinginan membelinya dan bila bagitau En Suami, dia risau lak takut Cik Yan salahkan dia sebab tak jadi beli (ni memang perangai Cik Yan la bila nak beli barang). Bila beritahu mengapa tak jadi dan beg mana yang sesuai (kena fikir safety, kesesuaian dengan status ada baby dan barang apa nak letak) maka En Suami pun taklah rasa bersalah sangat.

Eh..entry ni sebenarnya tersasar dari apa Cik Yan nak citer sebenarnya..takpelah..Cik Yan citer kat next entry jelah..lagipun lama tak update blog kan..


No comments:

Post a Comment