Sunday, 2 September 2012

Paku dulang paku serpih..

Lately ni kat laman sosial asyikla kisah hentam menghentam antara satu sama lain. Kalau laman sosial dipenuhi kisah politik, baik la sesapa wujudkan lagi satu website yang dikhaskan untuk mereka yang berminat tentang politik sama ada menyokong atau membangkang..

Sambil update blog, terbaca satu blog ni..kisahnya mengenai blogger terasa nasib wanita diperlekehkan kerana dia terlihat gambar isteri pemimpin no 1 negara di pijak-pijak. Dia ni bukanla penyokong atau pembangkang tapi yang dia cuba sampaikan cuma begini : Bagaimana jika gambar ibu kita, isteri kita, kakak atau adik perempuan kita diperlakukan sedemikian rupa. Adakah kita betul yakin dengan keburukan itu dan terus melupakan ajaran kita? Adakah Islam mengajar umatnya memperlakukan begitu?

Tak kurang hebatnya juga terdapat gambar wanita itu beserta dengan keburukannya. Cik Yan bukanla nak berada di mana-mana pihak tapi Cik Yan percaya segalanya bermula di rumah. Kalau kita rasa pemimpin itu tak betul..betul kah anda sebagai seorang pemimpin keluarga? Jika kita rasa wanita itu buruk sifatnya? Apa yang anda patut lakukan? Bukankah kita sepatutnya mengambil pengajaran dan berdoa agar tidak menjadi seperti beliau?

Seorang lelaki dengan suka-sukanya letak segala keburukan wanita itu di laman sosial..bagaimana sekiranya benda yang sama dilakukan. Maksud Cik Yan, bagaimana sekiranya gambar isterinya di letakkan di laman sosial dan di hentam dengan kata nista? Ramai Cik Yan tengok kaum suami yang menayang aurat isterinya di laman sosial jadi bagaimana jika ada pihak lain yang amik gambar tu dan di huraikan segala keburukan isteri itu?

Cik Yan rasa penat gak tengok kat wall tu ngan kata nista untuk parti politik tapi bagi Cik Yan, parti politik tak pernah salah tapi orang yang menjadi wakil politik tu. Berapa kerat orang politik yang betul berlandaskan prinsip agama dan ingin membantu rakyat? Rasanya majority menyertai politik untuk tujuan kepuasan peribadi, dapat duit banyak yang cepat dan pengaruh.

Ada juga la yang konon menyokong parti agama tapi hidupnya tidaklah berlandaskan agama sangat. Boleh pulak pilih2 ajaran agama yang mahu diikuti umpamanya suruhan menutup aurat, berpoligami dan bagai tapi ajaran Islam yang mahu umat bersatu padu, hidup tanpa sengketa tidak pulak di patuhi. Jadinya sudah-sudahla nak hentam sana sini kalau diri sendiri tidak seBERSIH mana. Amikla segala yang berlaku sebagai pengajaran dan pedoman agar kita, keluarga menjadi insan yang berpekerti mulia dan terpelihara dari segala sifat jahat.

No comments:

Post a Comment