Saturday, 1 September 2012

Orang cakap...

Dulu masa baru kawin, tatkala En Suami call..adalah orang akan cakap ala baru kawin camtu la..Cik Yan diamkan aje sebab kita tak tau sejauh mana kebenarannya. Masa tu pulak ada kawan ni dok la sms kita konon nak teman berbual padahal temannya mengadu sudah lama tidak dihubungi. Cik Yan biarkan aje sebab konflik dalaman mereka kan..pedulik apa. Tak kurang juga yang berkongsi masalah rumahtangga seakan tidak menghormati atau pun membayangkan semua orang akan mengalami nasib yang sama sepertinya.

Makin lama, bertahun sudah usia perkahwinan..panggilan dari tempat keje, atau dimana saje oleh En Suami tak berubah pun. Apa Cik Yan nak, selagi diterima akal, ada duit lebih semua dipenuhi sama seperti awal perkahwinan maka hilang satu tanggapan salah dari orang yang berkata di awal perkahwinan Cik Yan tu. Cik Yan teringat kawan Cik Yan yang pernah memberitahu bahawa makciknya berpesan supaya jangan serik untuk berkawin, nasib tak semua sama dan kadang kala apa yang berlaku penerimaan berbeza..ketika itu dia terdengar yang makciknya bergaduh ketika menginap di rumah makcik tu.

Penerimaan berbeza? Ya, Cik Yan setuju. Bagi Cik Yan kadang kala kita rasa benda yang berlaku remeh temeh tapi bagi orang lain, takde pape. Ada setengah benda kita rasa takde pape tapi bagi orang lain, terseksa..jadi perasaan dan nasib setiap orang adalah berbeza dan itulah yang menjadikan rumah tangga itu meriah dengan kisah cinta suka duka kita kan..

Satu benda yang paling penting untuk diingati adalah jangan sesekali memandang rendah terhadap pasangan kawan kita kerana roda itu berpusing..Cik Yan dah alami keadaan itu dan itulah kadang ada masanya Cik Yan akan laser kerana nak dia tersedar betapa indahnya mulut teman itu berbicara ketika dia bertemankan orang yang berstatus tinggi tapi tidak panjang jodohnya. Untuk yang membaca, kalau masih single..janganla merasa rendah diri dengan pasangan kita sebab bila dah kawin, keadaan akan indah dan lebih baik dari keadaan orang yang mengata. Pokok pangkalnya redha dan sentiasa berdoa agar kita boleh menerima apa saja yang ditetapkan. Ada hikmah disebalik setiap kejadian…sabar jela dulu walaupun Cik Yan ada jugak hilang tahap kesabaran..heheh

Ada satu benda yang Cik Yan pelajari dari seorang kakak ni..sentiasa hormatkan suami tak kira sape dia. Jangan kerana kita berpangkat besar, kita perlekehkan dia..aktiviti keje kita diutamakan tapi kita meremeh temehkan keje dia. Ni bukan Cik Yan la..Cik Yan sape je banding ngan En Suami tapi Cik Yan percaya ramai orang pompuan kat luar sana bergaji atau berstatus lebih besar dari suami. Kena ingat setiap kali nak berurusan luar daerah, harus meminta kebenaran dahulu dan mengetahui status suami kita supaya tidak menyusahkan dia. Memang selalunya suami tak fikir pun pasal isteri tapi masyarakat tak pernah memandang hina pada suami begini. Mereka lagi berkata-kata, menyalahkan seorang isteri yang sibuk ke sana sini kerana hakikat sebenarnya yang kita harus terima..tak kira setinggi mana pelajaran, pangkat, gaji kita..tempat seorang isteri yang baik kat rumah..

Sejak mengandung, ada juga yang menyakat manja dan sering mengatakan Cik Yan dan En Suami akan hilang kebebasan yang kami kecapi sejak kawin. Kalau kita fikirkan anak sebagai medium yang menyusahkan..kenapa kita tidak menukar pemikiran itu. Ada orang sanggup mengeluh resah kerana terpaksa duduk di rumah di hujung minggu padahal kenapa tidak fikirkan sesuatu aktiviti keseronokan di rumah..ada yang sibuk sound Cik Yan pasal tak berani drive tapi setakat ni Cik Yan tak pernah bosan pun duk rumah ketika cuti hujung minggu yang panjang sebab masa tulah leh buat aktiviti dapur dan oven sesuka hati selain melayan AlphaBET.

Cik Yan nak ingatkan pada diri sendiri supaya bersedia dengan aktiviti-aktiviti sekiranya En Suami tiada di rumah dan jadikan masa yang ada berharga dengan anak kami. Mak pernah menegur seorang makcik ni bila dia meninggalkan anaknya dan berjalan raya. Alasan makcik tu katanya anak menyusahkan jika bawak berjalan..tak seronok jalan..tak dapat berborak dengan sedara semua..Mak cakap agaknya apa perasaan kita bila dah tua nanti, anak nak berjalan kita kata nak ikut tapi anak taknak bawak dengan alasan susah..mak payah bergerak nanti tak seronok nak berjalan. Camner tu nanti?? Roda berpusing kan….


No comments:

Post a Comment