Monday, 29 August 2011

Isk..isk

Pepagi tadi masa dok kemas tempat nak bersihkan ayam dan daging, adalah 2 ke 3 orang budak dok lepak. Sorang dari tu dok tanya En Suami bila nak bagi duit raya. Cik Yan dengar juga En Suami tanya dia umur berapa tahun. Em, dah form 2 rupanya tapi masih ada hati nak dapat duit raya. Terus Cik Yan terfikir mengapa dalam usia begini, masih meminta duit kat orang. Padahal bukan dari keluarga kami. Cara percakapan pun buat Cik Yan x berkenan. Lagi angin bila dia tanya nape En Suami cakap KL. Dia cakap bahasa Kl macam orang x betul. Cik Yan tanya balik nape x betul? Berubah muka dia..dahla menunjukkan cara percakapan dan gerak tubuh yang x respect orang lansung. Ni la memang dah tabiat sesetengah orang yang dok tanya orang pantai timur x bercakap loghat mereka. X boleh ke memasing just hormat je slang memasing? En Suami sempat gak tanya budak tu samada di sekolah pernah dengar x peribahasa ke perumpamaan berbunyi "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum? Begitulah kehidupan yang sebenar kan. Dan Cik Yan x faham mengapa dah besar panjang masih x malu meminta duit dari orang. Bukankah pada masa ini dah patut xde pemikiran meminta duit dari orang? Ni kalu berterusan, mesti jadi tabiat mengharapkan duit sampai berbila. Sah2 duit subsidi ke bantuan pun nak rembat walaupun x layak.

Sunday, 28 August 2011

Mak kepoh tapi anak.....


Dulu En Suami pernah beritahu sekiranya kami ada rezeki anak, dia tak mahu anak itu dimanjakan dengan menunaikan segala kehendak atau pun keperluan semasa ketika itu. Contohnya kalu bebudak semua ada PSP, dia kata x semestinya budak itu akan diberikan PSP walaupun harga murah. Bila dengar rasa agak kejam kan..dan terasa seperti isk apa ni, kita penat2 mengandung, tapi dia buat camtu kat anak.

Ayah En Suami dulu mempunyai 3 cawangan kedai di Kemaman. Ketika ini, tapak satu dari kedai makan yang terbesar skang menjual apa ntah. Bukan takat kedai makan, dia jugak membuka perniagaan runcit. Anak2 dia disuruh bekerja dikedai bagi menolong urusan perniagaan. Walaupun berkemampuan, anak2 tidak diajar erti kemewahan. Mereka juga di ajar dengan cara yang sangat keras namun itu sangat berhasil dengan keadaan anaknya yang menjadi orang.

Ketika pemergian arwah ayah tu, perniagaan mereka dibolot oleh teman baik arwah ayah mereka. Maka dari zaman senang, mereka menjadi orang susah. Mujur arwah ayah telah menyiapkan tanah dan rumah dan juga sumber perolehan sedikit di kampung mereka.

Walaupun hidup susah, En Suami dan abangnya mempunyai keazaman yang tinggi. Walaupun dicerca orang kampong kerana kemiskinan, mereka mampu mengubah dan membetulkan kembali hidup mereka. Dan ketika inilah, mereka yang mencerca ibarat menjilat kembali air ludah mereka.

Berbalik kepada permulaan kisah, ada seorang ni teramatla menumpukan kepada keje. Fokus untuk mencari rezeki sehingga melepaskan tanggungjawab mendidik anak. Orang ini sangatla gah namanya di bidangnya namun dari segi kehidupan keluarga, sangat gagal. Kerana terlalu sibuk mengejar peluang pekerjaan, anak2 dilepaskan kepada ibu mereka untuk mendidik. Apa nak semua dapat, ibu lak jenis tak reti nak mengawal dan mendidik..Sudahnya pada umur yang sudah lanjut, orang ini masih lagi perlu bekerja..anak pulak sudah hampir mencecah umur 30 an tapi masih terkapai2 mencari arah hidup.

Sayangkan anak tidak bermakna memberikan kemewahan, memberikan apa saja yang di ingini..membiarkan saja tingkah laku anak tanpa sebarang teguran tapi sayangkan anak adalah dengan berusaha membentuk supaya anak menjadi orang berguna. Selalunya orang yang hidup susah lagi berjaya dari mereka yang dibesarkan dalam kemewahan. Mereka ini lagi menghargai kehidupan mereka berbanding dengan mereka yang disumbat apa sahaja oleh orang tua mereka.

Orang yang dok sibuk ngan urusan orang lain pun akan membuatkan anak mereka menjadi tidak berguna. Tidak semua anak2 boleh berjaya sekiranya tidak mendapat perhatian keluarga. Ni ada orang ni dok kepoh sekampung..dok bz bodi memanjang sudahnya mujur anak sulung terfikir betapa tak bagusnya hidup tanpa masa depan. Tapi si adik yang terlampau dimanjakan, beri je apa saje mulala. Baru form 2 dah taknak sekolah. Apa je nak jadi padahal selera mewah..

Cik Yan bersyukur ditemukan jodoh ngan En Suami. Sape sangka dia yang dipandang rendah pada satu ketika, dia yang menjadi mangsa cemuhan orang kampung telah berjaya membuktikan orang susah tak semestinya akan susah selamanya. Semoga apabila dikurniakan rezeki anak, anak2 ini akan menjadi seperti En Suami tapi xleh semua la..Still x puas hati kalu tak dapat bagi latest toy kan..

Friday, 26 August 2011

Cik Yan.....

Hari tu berlaku satu perbualan dengan kawan Cik Yan. Lantas Cik Yan terasa apa yang dia cakap tu benar walaupun Cik Yan ada memberi alasan kepadanya. Dia cakap memandangkan kita bekerja nape perlu meminta pada suami untuk membeli barang yang kita perlu, nak pakai atau suka walaupun suami kita berkemampuan menunaikannya. Cik Yan bagi alasan dari suami abis ke lain, baik abiskan duit untuk isteri. Tapi hati terasa bersalah gak (masa tu), maklumla baru je dapat dryer ngan food processor kan..sebelum tu lak cakap nak tukar itu tukar ini kat dapur tu semua diperkenankan.

Jadi ketika En Suami tengah memasak (ye, dia masak, Cik Yan tolong kacau je), Cik Yan cuba tanyala kalu nak tukar handphone pakai duit sendiri ke En Suami? Dia terus kata duit dia dan tanya berapa harga handphone tu. Cik Yan cakapla naper pakai duit dia padahal Cik Yan bergaji gak. Lantas dia cakap selagi ada kemampuan, permintaan tak melampau2 dan ada duit lebih, dia akan belikan tak kiralah Cik Yan dapat bonus ke apa ke..Duit gaji isteri simpan, biar suami yang kuar duit untuk keperluan isteri tak kirala apa orang cakap sekali pun. Cik Yan tanya lagi, tu tak kira meminta2 ke bila nak itu nak ini..Dia cakap lagi dah tu nama pun isteri, mestilah mintak kat suami..Tapi janganla bila mintak, suami kata xnak bagi terus buat muka atau mengamuk..

Cik Yan teringat dulu pernah tanya kat sorang senior ni. Dia cakap biasala tu bila suami belikan apa isteri mintak. Dia sendiri belikan beg mahal2 untuk wife dia sebab wife dia minta dan kebetulan ada rezeki lebih. Macam tadi En Suami tunaikan permintaan Cik Yan. Sudahnya dari kedai sampai malam ni dia dok senyum je katanya dia suka dapat belikan untuk Cik Yan. Cik Yan pulak punyala bengong jap tadi kat kedai dok tanya betul ke ni nak belikan..xpe ke..x nyusahkan ke..Bila dah kuar kedai, patutnya Cik Yan yang senyum lebar macam unta tu tapi terbalik lak..dia pulak yang senyum meleret...

Jadinya pasni biarla orang cakap apa, biarla kata kita ni memintak2. Mintak kat suami sendiri takpe dari dok terhegeh2 mintak kat orang lain..Betul tak? Tapi kalu mintak, x dapat, xleh lah kita merajuk ke bising2 atau marah2 kat suami kan,..


Sunday, 21 August 2011

Hujung Minggu

Tengah hari tadi En Suami hint2 la macam dia ada duit lebih. Patutla dok tanya ada berkenan beg memana ke kasut memana ke..Tapi bab kasut, takkan la Cik Yan nak cakap "meh gi Bandung shopping kasut"..sure dia kata "ini terlebih sudah"..Bukan apa, Cik Yan suka kasut2 kat satu tempat ni..harga pun berpatutan..Ada satu kasut tu tinggi amat tapi tak terasa pun masa memakainya.selesa abis..kalu convert duit kita harga taklah beratus2 macam kat Malaysia ni..


Jadi pasal takde hati ngan beg2, kasut pun macam nanti2 lah..maka dengan senyum lebar Cik Yan ngajak gi kedai letrik BGC kat Tmn Permata tu. Cik Yan cakap nak dryer, dia gelak je sebab dulu masa nak pindah masuk rumah dia ada offer tapi Cik Yan kata hold. Cik Yan suka keringkan baju dengan bantuan sinaran mentari. Maklumla dari kecik dok sidai baju kat ampaian kan..bila hujan kelam kabut angkat baju..Tapi bila dah family En Suami dok bertandang selalu, pastu hisap rokok kat balkoni tu terus la Cik Yan terasa bagusnya kalu ada dryer..taklah baju2 tercemar..Lagi lak seganlah nak sidai baju time orang reramai..

Sebab hari tu orang dok suggest Electrolux jadi sampai je kat kedai tu, tanyala Anuar (the best sales person kat BGC Tmn Permata tu) mana dryer..sampai je bahagian dryer tu nampak Electrolux..pasal kawan ada cakap beli yang vented jangan condensate jadi tanya lagi..Maka dengan rasminya jadilah Cik Yan memiliki cloth dryer ni. Alhamdulillah saya SANGAT SUKA!!!!!


Sambil menunggu Anuar tu check harga yang dia leh bagi kat kitorang, Cik Yan duduk la kat area mixer..sekali mata terpaku kat food processor..Jadi Cik Yan pun belek2 lah semua yang ada kat situ..Sekali En Suami cakap "Hah, belilah. Dari hari tu dok tengok2 kat kedai..Ni amik, kita beli terus. Nak tak?" Maka dengan lajunya haruslah Cik Yan menjawab "Sila beli".


Pastu adalah lagi benda2 yang Cik Yan tengok sampai satu tahap En Suami cakap kat Anuar tu "Ko tunjuk2 kitchen appliance kat wife aku, memang makin rambangla mata wife aku tu". Nak wat camner kan..tengok je..ada keperluan kita fikir2 lah nanti kan..x cukup duit, kita simpan.

Ni lagi satu..agak2 bila la teknologi mesin lipat kain ni nak tercipta yer..


Saturday, 13 August 2011

Mari kita makan di Sri Ayuthayya

Tempat ni dah lama ada tapi takde lah merasa nak gi makan sini. Lagi2 lak En Suami kata macam tak laku je sebab orang tak ramai. Jadi pada ketika itu, kami makan jelah kat restoran Amy Search, Cheng Ho..namun lepas tu xde dah makan kerana selain dia kerap tutup, kami dah beralih arah makan di de Templer sebab walking distance kan..

Dekat facebook, ada lah kawan ni selalu makan di situ, jadi Cik Yan pun tanya ok ke..dia kata ok..Lelama, makin ramai lak makan2 di situ..Tapi still tak rasa nak try lagi..Sampaila satu masa, si adik RVC ni citer tentang keenakan tom yam di situ..Cik Yan dah blink2 mata tu..Pastu bila ada budak sorang ni nak makan2 dengan date dia, Cik Yan tersuggest this place. Segera jugak Cik Yan meminta pendapat dia..Dia kata ok jugak. Jadinya harus try la kan..Semangat tu nak gi makan sesorang..Tapi x gi2 jugak..

Jadi pada 22 Julai, En Suami tertiba je bawak gi dinner sama. Agak suprise juga kerana dia tak berapa suka makanan ala siam sebab katanya bosan dah makan time keje..Rezeki jangan di tolak..orang dah bawak..kita ENJOY!!!.

Memula tak best rasa sebab dia suruh order..Cik Yan tau tomyam je..pastu bila nampak muka Cik Yan tak reti nak order apa, terus dia mintak waiter tu recommend apa yang patut..Jadi rancakla mengorder kan..jadi inilah gambo2 makanan di situ..


Dan seterusnya pada 26 Julai, bawak pulak abang, sepupu dan ipar En Suami makan disitu. Sepupu tu puji abis tomyam di situ..Ipar En Suami yang cerewet makan pun berselera menerima lauk kat situ. Mujur dia leh makan..kalu tak mana nak cari lauk ikan kering dia tu..

Jadi mari mencuci mata melihat makanan2 yang Cik Yan dah try..











Peluang kedua

Sesuatu telah berlaku pada hari Jumaat. Kami di pejabat mendapat berita tentang pemergian sorang teman sekerja kami. Setakat ini, disyaki kerana serangan jantung tapi details tak diketahui lagi.

Bila mendapat berita ni, terus Cik Yan sms kakak sepupu dan jugan En Suami. Cik Yan meluahkan pendapat bahawa mereka2 yang menjalani angiostand, balooning dan bypass sebenarnya diberi peluang kedua untuk merubah cara hidup mereka. Mereka masih berpeluang untuk menikmati hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga. Kalu jadi seperti kawan opis ni, tertiba je pergi..masih terasa juga kerana baru je berborak dengan dia tertiba dah pergi.

Orang yang diberi peluang kedua, tapi tidak merubah atau meninggalkan tabiat buruk mereka, bukankah mereka memudaratkan diri mereka. Ni pandangan Cik Yan  ye kerana ada orang terdekat menjalani bypass dan tertiba setelah beberapa bulan dia mula menghisap rokok kembali. Cik Yan sangat tahu lifestyle dia yang pastinya tiada istilah bersenam langsung, merokok bersilih ganti..Walaupun kaya, mampu beli ubat sana sini, apa guna ubat, supplement jika semua itu menambah toksik dalam badan kerana telah bercampur dengan racun rokok?

Dan tidak terfikirkah betapa susahnya keluarga tatkala melihatkan dia di dewan bedah, menunggu berjam2 mendoakan pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat? Tidak terfikirkah mereka2 yang terlibat dalam urusan membuat claims insurans, keluarga dedua belah berkumpul di rumah satu keluarga ni yang terpaksa juga bekerja, menguruskan urusan pergi balik hospital dan makan minum. Perlukah itu berlaku lagi?

Apabila kita memudaratkan diri sendiri, bukankah kita juga telah berdosa kepada Allah. Dah tau benda tak elok, buat jugak..Dah elok2 Allah ciptakan manusia dengan sempurna, kita rosakkan badan kita..

Jadi pada yang pernah mengalami sakit kritikal dan dapat sembuh, jagalah diri..berhentilah tabiat merokok, makan yang berlebihan, jagalah .. jalanila hidup secara seimbang, sihat..




Thursday, 11 August 2011

Motif?

Hari tu depan2 orang ramai Cik Yan dapat soalan “curi2 bawak keta lagi ke”
Bila Cik Yan blur sebab x faham maksud dia, budak tu explain yang Cik Yan pernah citer yang Cik Yan curi2 bawak keta.

Lagi Cik Yan blur..bukan Cik Yan liat bawak keta jadi naper ada citer curik2 bawak keta..Nak kata pasal terpaksa pinjam keta orang? Eh, bukan Cik Yan ada si Kecik ngan si Besar?

Terus Cik Yan explain kat dia..pastu budak tu tanya dah tu dah pandai drive ke…bila jawab takat ke lrt, balik rumah family, boleh pulak dia reply "sendiri mahu ingat lah"..Lagi Cik Yan blur..takpela biar jela sebab ada yang berselirat kot dalam kepala budak tu..

Hari ni lak mungkin Cik Yan salah ayat, jadi kenala rephrase..mujur x meleret..Pastu tertiba kena hentam dengan budak tu..Dia cakap hari ni muka Cik Yan seposen..Terus lah Cik Yan bagi kata penamat supaya x melarat dan menyakitkan hati.

Jadi pasni, akan ku cuba mengelakkan diri dari bertegur sape ngan dia kerana ayat2 nya ntah memana je budak tu dapat..Silap2 dah jadi rojak dalam kepala dia lantas terus je laju attack Cik Yan kan..Curik2 bawak keta? Aisy…

Wednesday, 10 August 2011

Kenapa, mengapa

Kenapa, mengapa orang sukalah mengata sekiranya:

  1. suami buat keje rumah
  2. suami memasak
  3. isteri garang, suami pendiam 
Majoriti orang akan cakap suami jenis ni kena QUEEN CONTROL, majoriti akan cakap suami TAKUT ISTERI..tapi secara logiknya atau hakikat sebenar :

  1. suami isteri harus saling bantu membantu
  2. suami berdiam diri kerana sayangkan rumah tangga
  3. suami malas nak panjang2 atau memeningkan kepala..

Macam kawan Cik Yan citer, suami dia rajin membantu dalam menguruskan hal rumah tangga. Jadi macam pepatah cakap la, berat sama dijunjung ringan sama di jinjing.. Itulah kehidupan rumahtangga yang sebenar. Jika sebelah pihak je kena menguruskan rumah tangga, kan letih kan..

Tuesday, 9 August 2011

Best rupanya lagu ni - Sisa Kisah Kita


Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Oh tuhan, berikanlah ku
Kekuatan

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Integriti

Ada satu company ni yang pada pandangan Cik Yan, industri yang terlibat sama akan praktik benda yang sama. Apakah itu? Integriti..

Boleh dikatakan hampir melebihi ¼ kakitangan itu pastinya rendah integritinya. Contoh paling besar, dapat arrange for interview, mulala hint2. Ayat indirect tapi kita leh tangkap la..Contoh la kan..rasa cam nak tukar tayar jenis itu ini..tapi duit xde..anda berciter pada orang yang anda uruskan interview semua tu..sah2 orang itu yang boleh dikatakan bengong pun terus mencari duit sponsor tayar tu.

Alasan konon orang ni berjasa dalam menguruskan interview tu tapi pada hakikatnya bukan tanggungjawab dia ke? Dia di bayar gaji untuk menjalankan tugas dengan amanah tapi ada pulak hint2..Report BPR baru tau.

Yang pompuan2 lak sibuk nak keta tapi dari segi financial x lepas. Mula lah buat citer sedih, susah nak pulang kampong lah bagai2..Abih tu yang orang susah tu boleh pulak naik bas..awak tu kalu duit tak cukup, buat cara tak cukup lah. Tu nanti ada keta mulala nak hint road tax nak mati, nak bayar insurans lah keta due for maintenance la..Dan sekali lagi orang yang bodoh, yang tak dapat menilai tanggungjawab atau rasuah mulalah segera menanggung.

Aiya..ntah pape kan…janganlah orang2 gini terlibat dalam industri perbankan..rosak kepercayaan pengguna.

Sunday, 7 August 2011

Ku tertipu--

Konon la dapat berbuka kat luar kan..sekali ada jemputan. Alhamdulillah..

Sebelum tu merayap dulu kat One Utama. Memula masuk kat BEST. Rambang mata dan terpersona melihat lambakan food processor dan juga mixer. Punyalah penat kepala otak ini fikir harus atau tak beli food processor tu. Punyala banyak checklist dalam kepala otak kan dan sudahnya x beli pun. Ni gara2 suka sangat tengok Masterchef jadi apa je barang dorang guna, macam NAK juga ada. En Suami masa Cik Yan explain pasal barang2 ni dia tanya naper nak? Cik Yan lak selamba dan cepat je jawab sebab NAK la..lepas tu baru la cakap leh buat pastry, mayonis lah, buat kisar barang sikit2..Dapat lagi soalan, selalu ke nak buat..mixer kat rumah xleh perform ke..Ops..soalan ni menunjukkan peluang tipis..jadi malas la nak pikir2 carik alasan..

Pasal dah tak dapat tu lalu membawa hati yang lara ni ke tempat lain tapi nampak pulak HOME apa ntah nama kedai tu..dahla nampak cadar2 jenis yang Cik Yan suka..harga? mestilah jauh bagi rendah banding dengan food processor tu kan,..Teruslah mengambil cadar yang punyala banyak pilihan dia tu..SUKA..SUKA..SUKA..pastu nampak lak tuala..Cik Yan seperti kesukaan lak tengok keadaan tuala tu..Pastu salesperson situ cakap kalu jadi member, entitle for another 10% discount..Jadi kalu barang tu ada 40% discount..tambah lak ngan jadi member jadi entitle for 50% discount. Jadi harus jadi member kerana ada lagi barang yang membuatkan En Suami suka dan peluang untuk datang lagi ada. Serius cadar di situ sangat best.

Sampai masa menuju ke tempat jemputan berbuka. Masa sampai dah sangat pelik kerana reception mintak isi form dan dah nampak sangat kat form tu tulis Business Review Form..Sangat pelik tapi nak tinggal xleh dah kerana pompuan yang invite tu dah tau sape kami..Dia request Cik Yan's details tapi Cik Yan letak sikit jelah..

Pastu ada pulak budak muda attend kitorang..interview keje kitorang. Cik Yan pun interview dia balik..Kata shipping company tapi tanya macam2 dan bila Cik Yan cakap nape u tak tau menda padahal keje with this company, dia bagi alasan dia budak baru. Okay alasan di terima...Juadah berbuka adalah sangat simple..Nasi goreng, mee goreng dan kuih je. Kurma pun dia letak dalam 10 biji. Budak tu tanya lagi dan lagi dan apabila dah abis makan dia tanya leh tak dia explain on this company nyer activity..


Cik Yan tension..rupanya company itu (nama xleh sebut) yang bertempat di Boulevard adalah ibarat company yang bertopengkan nama shipping company tapi operasi seperti Multi Level Marketing..Dahla x telus..just imagine ya...dia dok ckp kalu join u akan dpt sekian2 amount tapi bila tanya what is cost so that we can calculate the % of profit dia kata dia tak tau and kena tanya the supervisor. Cik Yan pun tanya..Dik  u ni buat MLM ke..off course la dia xkan mengaku kan..silly me.

Pastu bila Cik Yan insist nak balik..cepat2 dia panggil supervisor dia utk bgtau the price..Pastu macam push kitorang to join..Siap tanya kalu u dpt sekian2 money what will u do. So Cik Yan jawab yang Cik Yan jenis nak enjoy and save some for future. Cik Yan xnak terikat for any investment atau pape yang membuatkan cash dlm tangan hilang..Boleh pulak supervisor tu nak komen pasal cara Cik Yan..Bila Cik Yan cakap naper nak terlampau save, limit your life for something yang u tak tau? Cukup with insurans, some saving for hari tua..duit banyak2 bukan leh bawak mati pun..Baik beli rumah ke tanah ke dari invest ntah pape ni.

Rosak plan berbuka pose..duk rumah buat kuih sendiri dan masak2 lagi best tau. Mujur kat Ikea tu dapat makan meatball kalu tak..angin tak abis la kerana terbuang masa ke tempat tu..



Sedetik Lebih

Teringat lak masa tengok Anuar Zain kat Sime Darby Convention Centre last April with Cik M..ticket courtesy from En Suami.


Friday, 5 August 2011

Tak paham

Adalah satu keadaan ni..nak details? xyahla..baca jelah apa nak menaip ni kan..

  1. Pelik la kan naper orang sukala melibatkan Allah, hadis2 tapi pada zahirnya dia menyakitkan hati orang.
  2. Memesan, mengingatkan kesilapan kita tapi dalam masa yang sama dia menyinggung perasaan orang macamla kita x tau hukum hakam..Ada seorang teman, dia tahu hukum aurat tapi dia x buat..bila ditegur, dia jawab dia sedar dan perlukan masa untuk membetulkan diri..Kita dengar pun taklah rasa lain macam sangatkan..
  3. Berburuk sangka melampau2 sampai satu tahap nak je terdoa apa yang dia syak tu jadi kenyataan
  4. Kalu orang x kenal sekali terbaca la kat memana cakap bagusnya hamba Allah ni kerana ruang tulisannya dipenuhi dengan kata nasihat, ayat suci Al Quran tapi keadaanya macam terpesong dari itu..
  5. Hakikat sebenar musuh jangan di cari tapi makin meramaikan musuh lah pulak..Dalam Islam pun cakap musuh jangan dicari..kalu kawan2 tu nak membawa kepada jalan kesesatan, kita menjauhkan diri..Betul tak?

Wednesday, 3 August 2011

Minggu terakhir di Bulan Julai

Hari Jumaat, Cik Yan gi tengok Harry Potter lagi. Kali ni tonton di  GSC Signature, Garden. Kononnya nak lah tengok Gold Class tapi semua Gold Class adalah tayangan 3D jadi tengok jelah Premier Class.

Abih je wayang dalam kul 2 pagi tu, terus menuju ke Kemaman. Konon nak sampai awal pagi2 la sangat kan tapi mata tak larat terus tertido sampai 3 jam kat R&R Temerloh. Terjaga pun sebab dengar azan Subuh. Lepas solat semua, teruskan perjalanan ke Kemaman. Masa kat mana ntah kabus sangat tebal memula ok je sekali kabus tu mengehadkan jarak penglihatan kurang 50m. Lepas kabus tu semua, terpaksa pulak Cik Yan drive. Berpeluh abih rasa walaupun cuaca sejuk. Kita rasa ok je atas jalan tu bila potong2 tapi orang lain rasa x ok. Sudahnya bertekak jap dan barulah dapat drive dengan aman (dalam hati, Allah jelah tau betapa takutnya)..tapi pengalaman la tu kan...Rasa bangga jugak la sikit..sebab kalu dulu confirm xnk atau x berani langsung nk bawak kat highway tapi ni takut tu jadi 80% je..Next, mana tau Insya Allah leh drive jauh lagi kan..

Sampai Kemaman terus breakfast kat tempat yang Cik Yan paling suka iaitu kedai Kopi Hai Peng. Memula takat makan nasi lemak dengan kopi O je pastu terasa nak makan telur separuh masak. Memang bestla kat sini..



Pas breakfast gi lak KSB..konon dapatla naik kapal kan sekali kena tahan ngan guard sebab pakai selipar..heheheh. Kononla nak buat selamba sangat kan tapi malu oh..Terus duk dalam keta.

Gi lepak pulak ngan sorang captain ni. Dia nak makan mihun sup kat tepi Centre Point tu tapi Cik Yan tak makan la...breakfast tadi x abih process lagi.

Pastu amik anak buah En Suami dan gi makan kat tepi sungai. Lauk biasa je tapi ikan semua fresh. Ni kali kedua makan kat situ. Kat sungai tu lah tempat nelayan2 kecik turunkan hasil tangkapan.

Gi menyegarkan diri kat rumah sedara sambil tunggu dorang sekeluarga pulang dari kampung. Sampai je dorang, terus kitorang ajak kuar carik durian..Heheheh

Best ok..selamba je makan2 kat tepi2 tu walaupun durian tu bukannya dari Kemaman. Almaklumla kali ni, musim durian tak menjadi di Pantai Timur.



Konon nak makan Chili Crab kat Tong Juan tapi bila call, orang kedai kata Ketam xde..jadinya makanla kat kemana yang sedara ni kata best. Dan memang best la jugak makan kat situ walaupun dalam hati mengharapkan makan seafood. Hehehe.



Balik rumah sedara melayan anak2 dia. Comel2 tu..aktif main tapi x merosakkan mainan pun. Cik Yan wonder, naper kat rumah Cik Yan dulu, bebudak datang abih mainan adik Cik Yan walaupun ketika itu, parent dorang ada kat situ.

Dah penat main, ayah dorang pasangkan citer Kembar Siam. Cik Yan pun layankan aje sambil menunggu rasa ngantuk. Bila ngantuk je, apa lagi TIDO...

Paginya harus bersiap ngan segera untuk pulang ke KL. Singgah makan dulu nasi lemak yang sedap tu dan juga nasi dagang yang 3 kali tukar kerana dorang tak abih2 antar nasi tu ngan kuah ikan tongkol. Padahal dah cakap xnak ikan..

Singgah jap di Jabatan Laut dan terus pulang ke KL. Sampai KL apa lagi..tido lagi lah..memalam Mak call suruh balik amik buah2 dari kebun Merlimau.



Sedap ni..dah makan terus solat terawih lak..Semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik dari Ramadhan sebelumnya..






Dengar radio dan terselit dlm otak..

Hari Sabtu baru2 ni, kami bertolak dari R&R Temerloh menuju ke Kemaman. Kononnya nak tido sejam je sekali terlajak ke 3 jam..dan2 azan Subuh, baru terjaga. Lepas solat semua segera menuju ke destinasi. Sambil drive tu dengarlah radio. Kebetulan chanel ketika itu adalah Radio IKIM yang sedang menjalankan rancangan soal jawab bersama Prof Muhaya. Prof ni adalah seorang pakar mata yang terkenal juga di Prince Court Medical Centre dan juga mengacarakan rancangan Mata Hati di Astro OASIS.

Antara soalan yang menarik perhatian Cik Yan adalah berkisarkan hal rumah tangga. Maklumla kita ni baru jugala di alam rumah tangga jadi nak menuju ke angka 10 thn, 20 thn, akhir hayat harusla belajar dan mengambil apa yang betul dalam melayari alam rumah tangga. Ni antara apa yang Cik Yan ingat :

Isteri kepada sorang mualaf risaukan suaminya yang tak mengerjakan ibadah
Prof Muhaya : Dia cakap selagi suami tu x mengambil benda haram, syukur Alhamdulillah. Prof juga menanyakan keadaan isteri..adakah isteri solat 5 waktu, adakah isteri mengamalkan ajaran Islam. Jika ya, doa sahaja dan ajak secara lembut (isteri tu ckp dia suka tinggi suara kat suami dia tu). Prof juga cakap biarkan suami itu merasai keindahan Islam dan dari situ dia Insya Allah akan terpaut dan mula mengerjakan solat.


Kes 2 : Suami suka marah2 dan merendahkan isteri (Isteri tu kuat melawan bila suami marah)
Prof Muhaya : Isteri harus bersabar dan mengakui kesilapannya ketika dimarahi suami. Sentiasa merendahkan diri pada suami dan berdoa agar suami dilembutkan hatinya. Pada ketika yang sesuai, terangkan kepada suami jika apa yang dikatakan itu menggores perasaan ataupun salah.

Kes 3 : Kawan
Prof Muhaya menerangkan pentingnya untuk kita memilih kawan. Silap pilih kawan, kawan yang tak berakhlak akan merosakkan kita. Bagi remaja, harus pandai memilih dan beritahu kepada ibu bapa dengan siapa kita berkawan. Sentiasa berpegang kepada Islam agar kita dapat mengesan jika tingkah laku kawan kita mula terpesong.

Kes 4 : Berbaik sangka
Prof Muhaya menerangkan suami isteri harus berbaik sangka antara satu sama lain bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Memang normal perasaan cemburu itu tapi jangan melampaui batas sehingga boleh mengaibkan antara satu sama lain. Sentiasa jujur dan kenal sapa kawan2 pasangan kita.


Tu jelah yang Cik Yan dapat capture masa dengar hari tu. Rancangan itu pun cuma 15 min kalu x silap atau mungkin Cik Yan terlewat buka radio. Setiap insan mesti inginkan rumahtangga yang bahagia sehingga akhir hayat kan.

Otak-otak

Selama ni, kita cuma kenal atau dengar mengenai otak2 dari Johor atau pun lebih dikenali dengan otak-otak kempas. Kalu search kat Yahoo ke Google, majoriti gambar akan menunjukkan otak2 kempas ni.

Tapi buat yang berasal dari pantai timur atau pernah ke sana, mereka juga ada otak2 mereka sendiri. Pertama kali memakannya, teringat remarks seorang teman dari Marine Park. Dia cakap "ni la otak2 Terengganu, nak lagi sedap beli kat Kemaman. Tengok ikan dia besar tak macam otak2 kempas yang kedekut ikan dan ini lagi sedap" Kisah abih disitu kerana Cik Yan tak suka rasa otak2 itu.

Apabila pertama kali berkunjung ke Kemaman, Cik Yan dibawa kawan opis gi makan satar dan otak2 yang sedap di Kemaman. Kerana kawan tu bukan orang Pantai Timur, jadi kami makan dengan enjoy tanpa perlu membanding otak2 Kemaman dan otak2 Kempas.

Cik Yan suka akan kedua2 jenis otak2 ini. Setiap kali makan ikar bakar di Port Klang, inilah yang harus di order. Begitu juga kalu bulan2 pose, kekadang otak2 ini jadi macam pembuka selera. Otak2 Kemaman pulak memang akan di order setiap kali sesapa turun dari Kemaman atau pun En Suami belikan otak2 dan satar setiap kali habis keje di sana.

Semalam terjadi kembali kisah pembandingan otak2 Terengganu dan Kempas ni. Orang tu (bukan En Suami) bertanyakan En Suami tentang otak2 Kempas ni. Belum sempat menjawab, orang tu bagitau yang otak2 Kempas ni banyak sangat MSG la, ikan sedikit la, dan sebagainya. Cik Yan dengar terdiam. Tapi Cik Yan buat satu kesimpulan begini.

Orang macam Cik Yan (yang berasal dari KL) dan jenis pemakan akan enjoy semua jenis makanan yang boleh di terima tekak tak kira dari mana asalnya asalkan HALAL. Tapi majoriti orang luar KL yang ada makanan tersendiri akan memburukkan makanan dari tempat lain. Orang tu tak tau, Cik Yan pernah jugak tengok pembuatan otak2 Kemaman yang diletakkan MSG. Jadi nak kutuk2 makanan yang berasal luar dari lingkungan kita agak2 lah.