Tempat ni dah lama ada tapi takde lah merasa nak gi makan sini. Lagi2 lak En Suami kata macam tak laku je sebab orang tak ramai. Jadi pada ketika itu, kami makan jelah kat restoran Amy Search, Cheng Ho..namun lepas tu xde dah makan kerana selain dia kerap tutup, kami dah beralih arah makan di de Templer sebab walking distance kan..
Dekat facebook, ada lah kawan ni selalu makan di situ, jadi Cik Yan pun tanya ok ke..dia kata ok..Lelama, makin ramai lak makan2 di situ..Tapi still tak rasa nak try lagi..Sampaila satu masa, si adik RVC ni citer tentang keenakan tom yam di situ..Cik Yan dah blink2 mata tu..Pastu bila ada budak sorang ni nak makan2 dengan date dia, Cik Yan tersuggest this place. Segera jugak Cik Yan meminta pendapat dia..Dia kata ok jugak. Jadinya harus try la kan..Semangat tu nak gi makan sesorang..Tapi x gi2 jugak..
Jadi pada 22 Julai, En Suami tertiba je bawak gi dinner sama. Agak suprise juga kerana dia tak berapa suka makanan ala siam sebab katanya bosan dah makan time keje..Rezeki jangan di tolak..orang dah bawak..kita ENJOY!!!.
Memula tak best rasa sebab dia suruh order..Cik Yan tau tomyam je..pastu bila nampak muka Cik Yan tak reti nak order apa, terus dia mintak waiter tu recommend apa yang patut..Jadi rancakla mengorder kan..jadi inilah gambo2 makanan di situ..
Dan seterusnya pada 26 Julai, bawak pulak abang, sepupu dan ipar En Suami makan disitu. Sepupu tu puji abis tomyam di situ..Ipar En Suami yang cerewet makan pun berselera menerima lauk kat situ. Mujur dia leh makan..kalu tak mana nak cari lauk ikan kering dia tu..
Jadi mari mencuci mata melihat makanan2 yang Cik Yan dah try..
No comments:
Post a Comment