Hari Jumaat, Cik Yan gi tengok Harry Potter lagi. Kali ni tonton di GSC Signature, Garden. Kononnya nak lah tengok Gold Class tapi semua Gold Class adalah tayangan 3D jadi tengok jelah Premier Class.
Abih je wayang dalam kul 2 pagi tu, terus menuju ke Kemaman. Konon nak sampai awal pagi2 la sangat kan tapi mata tak larat terus tertido sampai 3 jam kat R&R Temerloh. Terjaga pun sebab dengar azan Subuh. Lepas solat semua, teruskan perjalanan ke Kemaman. Masa kat mana ntah kabus sangat tebal memula ok je sekali kabus tu mengehadkan jarak penglihatan kurang 50m. Lepas kabus tu semua, terpaksa pulak Cik Yan drive. Berpeluh abih rasa walaupun cuaca sejuk. Kita rasa ok je atas jalan tu bila potong2 tapi orang lain rasa x ok. Sudahnya bertekak jap dan barulah dapat drive dengan aman (dalam hati, Allah jelah tau betapa takutnya)..tapi pengalaman la tu kan...Rasa bangga jugak la sikit..sebab kalu dulu confirm xnk atau x berani langsung nk bawak kat highway tapi ni takut tu jadi 80% je..Next, mana tau Insya Allah leh drive jauh lagi kan..
Sampai Kemaman terus breakfast kat tempat yang Cik Yan paling suka iaitu kedai Kopi Hai Peng. Memula takat makan nasi lemak dengan kopi O je pastu terasa nak makan telur separuh masak. Memang bestla kat sini..
Pas breakfast gi lak KSB..konon dapatla naik kapal kan sekali kena tahan ngan guard sebab pakai selipar..heheheh. Kononla nak buat selamba sangat kan tapi malu oh..Terus duk dalam keta.
Gi lepak pulak ngan sorang captain ni. Dia nak makan mihun sup kat tepi Centre Point tu tapi Cik Yan tak makan la...breakfast tadi x abih process lagi.
Pastu amik anak buah En Suami dan gi makan kat tepi sungai. Lauk biasa je tapi ikan semua fresh. Ni kali kedua makan kat situ. Kat sungai tu lah tempat nelayan2 kecik turunkan hasil tangkapan.
Gi menyegarkan diri kat rumah sedara sambil tunggu dorang sekeluarga pulang dari kampung. Sampai je dorang, terus kitorang ajak kuar carik durian..Heheheh
Best ok..selamba je makan2 kat tepi2 tu walaupun durian tu bukannya dari Kemaman. Almaklumla kali ni, musim durian tak menjadi di Pantai Timur.
Konon nak makan Chili Crab kat Tong Juan tapi bila call, orang kedai kata Ketam xde..jadinya makanla kat kemana yang sedara ni kata best. Dan memang best la jugak makan kat situ walaupun dalam hati mengharapkan makan seafood. Hehehe.
Balik rumah sedara melayan anak2 dia. Comel2 tu..aktif main tapi x merosakkan mainan pun. Cik Yan wonder, naper kat rumah Cik Yan dulu, bebudak datang abih mainan adik Cik Yan walaupun ketika itu, parent dorang ada kat situ.
Dah penat main, ayah dorang pasangkan citer Kembar Siam. Cik Yan pun layankan aje sambil menunggu rasa ngantuk. Bila ngantuk je, apa lagi TIDO...
Paginya harus bersiap ngan segera untuk pulang ke KL. Singgah makan dulu nasi lemak yang sedap tu dan juga nasi dagang yang 3 kali tukar kerana dorang tak abih2 antar nasi tu ngan kuah ikan tongkol. Padahal dah cakap xnak ikan..
Singgah jap di Jabatan Laut dan terus pulang ke KL. Sampai KL apa lagi..tido lagi lah..memalam Mak call suruh balik amik buah2 dari kebun Merlimau.
Sedap ni..dah makan terus solat terawih lak..Semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik dari Ramadhan sebelumnya..
No comments:
Post a Comment