Sunday, 28 August 2011

Mak kepoh tapi anak.....


Dulu En Suami pernah beritahu sekiranya kami ada rezeki anak, dia tak mahu anak itu dimanjakan dengan menunaikan segala kehendak atau pun keperluan semasa ketika itu. Contohnya kalu bebudak semua ada PSP, dia kata x semestinya budak itu akan diberikan PSP walaupun harga murah. Bila dengar rasa agak kejam kan..dan terasa seperti isk apa ni, kita penat2 mengandung, tapi dia buat camtu kat anak.

Ayah En Suami dulu mempunyai 3 cawangan kedai di Kemaman. Ketika ini, tapak satu dari kedai makan yang terbesar skang menjual apa ntah. Bukan takat kedai makan, dia jugak membuka perniagaan runcit. Anak2 dia disuruh bekerja dikedai bagi menolong urusan perniagaan. Walaupun berkemampuan, anak2 tidak diajar erti kemewahan. Mereka juga di ajar dengan cara yang sangat keras namun itu sangat berhasil dengan keadaan anaknya yang menjadi orang.

Ketika pemergian arwah ayah tu, perniagaan mereka dibolot oleh teman baik arwah ayah mereka. Maka dari zaman senang, mereka menjadi orang susah. Mujur arwah ayah telah menyiapkan tanah dan rumah dan juga sumber perolehan sedikit di kampung mereka.

Walaupun hidup susah, En Suami dan abangnya mempunyai keazaman yang tinggi. Walaupun dicerca orang kampong kerana kemiskinan, mereka mampu mengubah dan membetulkan kembali hidup mereka. Dan ketika inilah, mereka yang mencerca ibarat menjilat kembali air ludah mereka.

Berbalik kepada permulaan kisah, ada seorang ni teramatla menumpukan kepada keje. Fokus untuk mencari rezeki sehingga melepaskan tanggungjawab mendidik anak. Orang ini sangatla gah namanya di bidangnya namun dari segi kehidupan keluarga, sangat gagal. Kerana terlalu sibuk mengejar peluang pekerjaan, anak2 dilepaskan kepada ibu mereka untuk mendidik. Apa nak semua dapat, ibu lak jenis tak reti nak mengawal dan mendidik..Sudahnya pada umur yang sudah lanjut, orang ini masih lagi perlu bekerja..anak pulak sudah hampir mencecah umur 30 an tapi masih terkapai2 mencari arah hidup.

Sayangkan anak tidak bermakna memberikan kemewahan, memberikan apa saja yang di ingini..membiarkan saja tingkah laku anak tanpa sebarang teguran tapi sayangkan anak adalah dengan berusaha membentuk supaya anak menjadi orang berguna. Selalunya orang yang hidup susah lagi berjaya dari mereka yang dibesarkan dalam kemewahan. Mereka ini lagi menghargai kehidupan mereka berbanding dengan mereka yang disumbat apa sahaja oleh orang tua mereka.

Orang yang dok sibuk ngan urusan orang lain pun akan membuatkan anak mereka menjadi tidak berguna. Tidak semua anak2 boleh berjaya sekiranya tidak mendapat perhatian keluarga. Ni ada orang ni dok kepoh sekampung..dok bz bodi memanjang sudahnya mujur anak sulung terfikir betapa tak bagusnya hidup tanpa masa depan. Tapi si adik yang terlampau dimanjakan, beri je apa saje mulala. Baru form 2 dah taknak sekolah. Apa je nak jadi padahal selera mewah..

Cik Yan bersyukur ditemukan jodoh ngan En Suami. Sape sangka dia yang dipandang rendah pada satu ketika, dia yang menjadi mangsa cemuhan orang kampung telah berjaya membuktikan orang susah tak semestinya akan susah selamanya. Semoga apabila dikurniakan rezeki anak, anak2 ini akan menjadi seperti En Suami tapi xleh semua la..Still x puas hati kalu tak dapat bagi latest toy kan..

No comments:

Post a Comment