Selama ni, kita cuma kenal atau dengar mengenai otak2 dari Johor atau pun lebih dikenali dengan otak-otak kempas. Kalu search kat Yahoo ke Google, majoriti gambar akan menunjukkan otak2 kempas ni.
Tapi buat yang berasal dari pantai timur atau pernah ke sana, mereka juga ada otak2 mereka sendiri. Pertama kali memakannya, teringat remarks seorang teman dari Marine Park. Dia cakap "ni la otak2 Terengganu, nak lagi sedap beli kat Kemaman. Tengok ikan dia besar tak macam otak2 kempas yang kedekut ikan dan ini lagi sedap" Kisah abih disitu kerana Cik Yan tak suka rasa otak2 itu.
Apabila pertama kali berkunjung ke Kemaman, Cik Yan dibawa kawan opis gi makan satar dan otak2 yang sedap di Kemaman. Kerana kawan tu bukan orang Pantai Timur, jadi kami makan dengan enjoy tanpa perlu membanding otak2 Kemaman dan otak2 Kempas.
Cik Yan suka akan kedua2 jenis otak2 ini. Setiap kali makan ikar bakar di Port Klang, inilah yang harus di order. Begitu juga kalu bulan2 pose, kekadang otak2 ini jadi macam pembuka selera. Otak2 Kemaman pulak memang akan di order setiap kali sesapa turun dari Kemaman atau pun En Suami belikan otak2 dan satar setiap kali habis keje di sana.
Semalam terjadi kembali kisah pembandingan otak2 Terengganu dan Kempas ni. Orang tu (bukan En Suami) bertanyakan En Suami tentang otak2 Kempas ni. Belum sempat menjawab, orang tu bagitau yang otak2 Kempas ni banyak sangat MSG la, ikan sedikit la, dan sebagainya. Cik Yan dengar terdiam. Tapi Cik Yan buat satu kesimpulan begini.
Orang macam Cik Yan (yang berasal dari KL) dan jenis pemakan akan enjoy semua jenis makanan yang boleh di terima tekak tak kira dari mana asalnya asalkan HALAL. Tapi majoriti orang luar KL yang ada makanan tersendiri akan memburukkan makanan dari tempat lain. Orang tu tak tau, Cik Yan pernah jugak tengok pembuatan otak2 Kemaman yang diletakkan MSG. Jadi nak kutuk2 makanan yang berasal luar dari lingkungan kita agak2 lah.
No comments:
Post a Comment