Wednesday, 3 August 2011

Dengar radio dan terselit dlm otak..

Hari Sabtu baru2 ni, kami bertolak dari R&R Temerloh menuju ke Kemaman. Kononnya nak tido sejam je sekali terlajak ke 3 jam..dan2 azan Subuh, baru terjaga. Lepas solat semua segera menuju ke destinasi. Sambil drive tu dengarlah radio. Kebetulan chanel ketika itu adalah Radio IKIM yang sedang menjalankan rancangan soal jawab bersama Prof Muhaya. Prof ni adalah seorang pakar mata yang terkenal juga di Prince Court Medical Centre dan juga mengacarakan rancangan Mata Hati di Astro OASIS.

Antara soalan yang menarik perhatian Cik Yan adalah berkisarkan hal rumah tangga. Maklumla kita ni baru jugala di alam rumah tangga jadi nak menuju ke angka 10 thn, 20 thn, akhir hayat harusla belajar dan mengambil apa yang betul dalam melayari alam rumah tangga. Ni antara apa yang Cik Yan ingat :

Isteri kepada sorang mualaf risaukan suaminya yang tak mengerjakan ibadah
Prof Muhaya : Dia cakap selagi suami tu x mengambil benda haram, syukur Alhamdulillah. Prof juga menanyakan keadaan isteri..adakah isteri solat 5 waktu, adakah isteri mengamalkan ajaran Islam. Jika ya, doa sahaja dan ajak secara lembut (isteri tu ckp dia suka tinggi suara kat suami dia tu). Prof juga cakap biarkan suami itu merasai keindahan Islam dan dari situ dia Insya Allah akan terpaut dan mula mengerjakan solat.


Kes 2 : Suami suka marah2 dan merendahkan isteri (Isteri tu kuat melawan bila suami marah)
Prof Muhaya : Isteri harus bersabar dan mengakui kesilapannya ketika dimarahi suami. Sentiasa merendahkan diri pada suami dan berdoa agar suami dilembutkan hatinya. Pada ketika yang sesuai, terangkan kepada suami jika apa yang dikatakan itu menggores perasaan ataupun salah.

Kes 3 : Kawan
Prof Muhaya menerangkan pentingnya untuk kita memilih kawan. Silap pilih kawan, kawan yang tak berakhlak akan merosakkan kita. Bagi remaja, harus pandai memilih dan beritahu kepada ibu bapa dengan siapa kita berkawan. Sentiasa berpegang kepada Islam agar kita dapat mengesan jika tingkah laku kawan kita mula terpesong.

Kes 4 : Berbaik sangka
Prof Muhaya menerangkan suami isteri harus berbaik sangka antara satu sama lain bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Memang normal perasaan cemburu itu tapi jangan melampaui batas sehingga boleh mengaibkan antara satu sama lain. Sentiasa jujur dan kenal sapa kawan2 pasangan kita.


Tu jelah yang Cik Yan dapat capture masa dengar hari tu. Rancangan itu pun cuma 15 min kalu x silap atau mungkin Cik Yan terlewat buka radio. Setiap insan mesti inginkan rumahtangga yang bahagia sehingga akhir hayat kan.

No comments:

Post a Comment