Saturday, 13 August 2011

Peluang kedua

Sesuatu telah berlaku pada hari Jumaat. Kami di pejabat mendapat berita tentang pemergian sorang teman sekerja kami. Setakat ini, disyaki kerana serangan jantung tapi details tak diketahui lagi.

Bila mendapat berita ni, terus Cik Yan sms kakak sepupu dan jugan En Suami. Cik Yan meluahkan pendapat bahawa mereka2 yang menjalani angiostand, balooning dan bypass sebenarnya diberi peluang kedua untuk merubah cara hidup mereka. Mereka masih berpeluang untuk menikmati hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga. Kalu jadi seperti kawan opis ni, tertiba je pergi..masih terasa juga kerana baru je berborak dengan dia tertiba dah pergi.

Orang yang diberi peluang kedua, tapi tidak merubah atau meninggalkan tabiat buruk mereka, bukankah mereka memudaratkan diri mereka. Ni pandangan Cik Yan  ye kerana ada orang terdekat menjalani bypass dan tertiba setelah beberapa bulan dia mula menghisap rokok kembali. Cik Yan sangat tahu lifestyle dia yang pastinya tiada istilah bersenam langsung, merokok bersilih ganti..Walaupun kaya, mampu beli ubat sana sini, apa guna ubat, supplement jika semua itu menambah toksik dalam badan kerana telah bercampur dengan racun rokok?

Dan tidak terfikirkah betapa susahnya keluarga tatkala melihatkan dia di dewan bedah, menunggu berjam2 mendoakan pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat? Tidak terfikirkah mereka2 yang terlibat dalam urusan membuat claims insurans, keluarga dedua belah berkumpul di rumah satu keluarga ni yang terpaksa juga bekerja, menguruskan urusan pergi balik hospital dan makan minum. Perlukah itu berlaku lagi?

Apabila kita memudaratkan diri sendiri, bukankah kita juga telah berdosa kepada Allah. Dah tau benda tak elok, buat jugak..Dah elok2 Allah ciptakan manusia dengan sempurna, kita rosakkan badan kita..

Jadi pada yang pernah mengalami sakit kritikal dan dapat sembuh, jagalah diri..berhentilah tabiat merokok, makan yang berlebihan, jagalah .. jalanila hidup secara seimbang, sihat..




No comments:

Post a Comment