Konon la dapat berbuka kat luar kan..sekali ada jemputan. Alhamdulillah..
Sebelum tu merayap dulu kat One Utama. Memula masuk kat BEST. Rambang mata dan terpersona melihat lambakan food processor dan juga mixer. Punyalah penat kepala otak ini fikir harus atau tak beli food processor tu. Punyala banyak checklist dalam kepala otak kan dan sudahnya x beli pun. Ni gara2 suka sangat tengok Masterchef jadi apa je barang dorang guna, macam NAK juga ada. En Suami masa Cik Yan explain pasal barang2 ni dia tanya naper nak? Cik Yan lak selamba dan cepat je jawab sebab NAK la..lepas tu baru la cakap leh buat pastry, mayonis lah, buat kisar barang sikit2..Dapat lagi soalan, selalu ke nak buat..mixer kat rumah xleh perform ke..Ops..soalan ni menunjukkan peluang tipis..jadi malas la nak pikir2 carik alasan..
Pasal dah tak dapat tu lalu membawa hati yang lara ni ke tempat lain tapi nampak pulak HOME apa ntah nama kedai tu..dahla nampak cadar2 jenis yang Cik Yan suka..harga? mestilah jauh bagi rendah banding dengan food processor tu kan,..Teruslah mengambil cadar yang punyala banyak pilihan dia tu..SUKA..SUKA..SUKA..pastu nampak lak tuala..Cik Yan seperti kesukaan lak tengok keadaan tuala tu..Pastu salesperson situ cakap kalu jadi member, entitle for another 10% discount..Jadi kalu barang tu ada 40% discount..tambah lak ngan jadi member jadi entitle for 50% discount. Jadi harus jadi member kerana ada lagi barang yang membuatkan En Suami suka dan peluang untuk datang lagi ada. Serius cadar di situ sangat best.
Sampai masa menuju ke tempat jemputan berbuka. Masa sampai dah sangat pelik kerana reception mintak isi form dan dah nampak sangat kat form tu tulis Business Review Form..Sangat pelik tapi nak tinggal xleh dah kerana pompuan yang invite tu dah tau sape kami..Dia request Cik Yan's details tapi Cik Yan letak sikit jelah..
Pastu ada pulak budak muda attend kitorang..interview keje kitorang. Cik Yan pun interview dia balik..Kata shipping company tapi tanya macam2 dan bila Cik Yan cakap nape u tak tau menda padahal keje with this company, dia bagi alasan dia budak baru. Okay alasan di terima...Juadah berbuka adalah sangat simple..Nasi goreng, mee goreng dan kuih je. Kurma pun dia letak dalam 10 biji. Budak tu tanya lagi dan lagi dan apabila dah abis makan dia tanya leh tak dia explain on this company nyer activity..
Cik Yan tension..rupanya company itu (nama xleh sebut) yang bertempat di Boulevard adalah ibarat company yang bertopengkan nama shipping company tapi operasi seperti Multi Level Marketing..Dahla x telus..just imagine ya...dia dok ckp kalu join u akan dpt sekian2 amount tapi bila tanya what is cost so that we can calculate the % of profit dia kata dia tak tau and kena tanya the supervisor. Cik Yan pun tanya..Dik u ni buat MLM ke..off course la dia xkan mengaku kan..silly me.
Pastu bila Cik Yan insist nak balik..cepat2 dia panggil supervisor dia utk bgtau the price..Pastu macam push kitorang to join..Siap tanya kalu u dpt sekian2 money what will u do. So Cik Yan jawab yang Cik Yan jenis nak enjoy and save some for future. Cik Yan xnak terikat for any investment atau pape yang membuatkan cash dlm tangan hilang..Boleh pulak supervisor tu nak komen pasal cara Cik Yan..Bila Cik Yan cakap naper nak terlampau save, limit your life for something yang u tak tau? Cukup with insurans, some saving for hari tua..duit banyak2 bukan leh bawak mati pun..Baik beli rumah ke tanah ke dari invest ntah pape ni.
Rosak plan berbuka pose..duk rumah buat kuih sendiri dan masak2 lagi best tau. Mujur kat Ikea tu dapat makan meatball kalu tak..angin tak abis la kerana terbuang masa ke tempat tu..
No comments:
Post a Comment