Tengah hari tadi En Suami hint2 la macam dia ada duit lebih. Patutla dok tanya ada berkenan beg memana ke kasut memana ke..Tapi bab kasut, takkan la Cik Yan nak cakap "meh gi Bandung shopping kasut"..sure dia kata "ini terlebih sudah"..Bukan apa, Cik Yan suka kasut2 kat satu tempat ni..harga pun berpatutan..Ada satu kasut tu tinggi amat tapi tak terasa pun masa memakainya.selesa abis..kalu convert duit kita harga taklah beratus2 macam kat Malaysia ni..
Jadi pasal takde hati ngan beg2, kasut pun macam nanti2 lah..maka dengan senyum lebar Cik Yan ngajak gi kedai letrik BGC kat Tmn Permata tu. Cik Yan cakap nak dryer, dia gelak je sebab dulu masa nak pindah masuk rumah dia ada offer tapi Cik Yan kata hold. Cik Yan suka keringkan baju dengan bantuan sinaran mentari. Maklumla dari kecik dok sidai baju kat ampaian kan..bila hujan kelam kabut angkat baju..Tapi bila dah family En Suami dok bertandang selalu, pastu hisap rokok kat balkoni tu terus la Cik Yan terasa bagusnya kalu ada dryer..taklah baju2 tercemar..Lagi lak seganlah nak sidai baju time orang reramai..
Sebab hari tu orang dok suggest Electrolux jadi sampai je kat kedai tu, tanyala Anuar (the best sales person kat BGC Tmn Permata tu) mana dryer..sampai je bahagian dryer tu nampak Electrolux..pasal kawan ada cakap beli yang vented jangan condensate jadi tanya lagi..Maka dengan rasminya jadilah Cik Yan memiliki cloth dryer ni. Alhamdulillah saya SANGAT SUKA!!!!!
Sambil menunggu Anuar tu check harga yang dia leh bagi kat kitorang, Cik Yan duduk la kat area mixer..sekali mata terpaku kat food processor..Jadi Cik Yan pun belek2 lah semua yang ada kat situ..Sekali En Suami cakap "Hah, belilah. Dari hari tu dok tengok2 kat kedai..Ni amik, kita beli terus. Nak tak?" Maka dengan lajunya haruslah Cik Yan menjawab "Sila beli".
Pastu adalah lagi benda2 yang Cik Yan tengok sampai satu tahap En Suami cakap kat Anuar tu "Ko tunjuk2 kitchen appliance kat wife aku, memang makin rambangla mata wife aku tu". Nak wat camner kan..tengok je..ada keperluan kita fikir2 lah nanti kan..x cukup duit, kita simpan.
Ni lagi satu..agak2 bila la teknologi mesin lipat kain ni nak tercipta yer..
No comments:
Post a Comment