Friday, 5 August 2011

Tak paham

Adalah satu keadaan ni..nak details? xyahla..baca jelah apa nak menaip ni kan..

  1. Pelik la kan naper orang sukala melibatkan Allah, hadis2 tapi pada zahirnya dia menyakitkan hati orang.
  2. Memesan, mengingatkan kesilapan kita tapi dalam masa yang sama dia menyinggung perasaan orang macamla kita x tau hukum hakam..Ada seorang teman, dia tahu hukum aurat tapi dia x buat..bila ditegur, dia jawab dia sedar dan perlukan masa untuk membetulkan diri..Kita dengar pun taklah rasa lain macam sangatkan..
  3. Berburuk sangka melampau2 sampai satu tahap nak je terdoa apa yang dia syak tu jadi kenyataan
  4. Kalu orang x kenal sekali terbaca la kat memana cakap bagusnya hamba Allah ni kerana ruang tulisannya dipenuhi dengan kata nasihat, ayat suci Al Quran tapi keadaanya macam terpesong dari itu..
  5. Hakikat sebenar musuh jangan di cari tapi makin meramaikan musuh lah pulak..Dalam Islam pun cakap musuh jangan dicari..kalu kawan2 tu nak membawa kepada jalan kesesatan, kita menjauhkan diri..Betul tak?

1 comment: