Friday, 4 November 2016

Home made Playdoh

Mia dengan Muhammad ni suka sangatla main playdoh tapi bila main sesama, tak terkawal perangai. Memasing ada nak buat ikut otak sendiri pastu kalau sorang pegang color merah, lagi sorang pun mula nak gak warna merah. Bila gaduh atau tak puas hati mula la warna lain jadi mangsa dengan cara lenyek2 atas lantai sampai terkeluarla api dari mulut naga.

Kitorang ada je set baru play doh tapi nak bagi main tu macam kena fikir penat ke tak, leh layan je ragam dorang ke tak. Leceh kan nak lap2 playdoh tu jadi kebanyakan masa disorok termasukla set yang dibeli time2 offer kat lobby Curve tu.

Hari tu kat fb, keluar lagi cara buat playdoh dan ntah kenapa terasa nak try (sebabnya favourite flour Cik Yan masih ada promo), Buatnya mudah je dan jika kerana cream of tartar tu masih banyak, rasanya leh lagi buat dan buat,

Resepi ni adaptasi dari SweetBonda Stories

Bahan-bahan

  • 1 cwn tpg gandum
  • 1 cwn air suam
  • 1/4 cwn garam
  • 2 tbsp cream of tartar
  • 2 tbsp minyak masak
  • Pewarna makanan

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati
  • Panaskan atas api dan kacau sehingga memekat dan melekat
  • Tutup api dan letakkan doh atas papan pencanai
  • Apabila telah sejuk, uli sehingga lembut
  • Simpan dalam ziplock dan letak di chiller untuk tahan lebih lama



Nota
  • Bahan-bahan yang digunakan takdela merisaukan sangat kan,
  • Kegunaan garam adalah untuk menambah ketahanan playdoh (pengawet)
  • Cream of tartar pula mengikat dan melembutkan lagi playdoh tu. Kalau kehabisan cream of tartar leh ganti dengan cuka atau lemon

No comments:

Post a Comment