Wednesday 9 November 2016

Sourdough Scone

Cik Yan sedang dalam proses membuat sour dough starter yang mana jika ianya berjaya, ia akan menjadi pengganti kepada instant yeast. Wild yeast ni nanti akan membantu menghuraikan gluten yang ada dalam tepung dan boleh mengurangkan kegatalan ke atau kesan2 exzema. Untuk yang takde masalah pape, ok je sesekali nak gluten free masa makan2 kek ke roti ke sebab boleh memudahkan proses penghadaman.

Kali ni merupakan kali ketiga mencuba sourdough starter selepas dua kejadian lepas tidak begitu memberangsangkan. Gigih beli wholemeal flour dan juga air botol mineral Spritzer sebab dalam group FB kata mudah membiak dengan tepung dan air mineral tu.



Sebab setiap kali bagi makan kena discard, Cik Yan kumpulkan hasil discard tu dalam bekas kaca kecil dan ada masa letak dalam bancuhan kuih muih macam hari Sabtu lepas, bancuhan lempeng dicampurkan dengan discarded sourdough starter ni. Ikut kejadian sebenar bila gunakan sourdough ni kena peram bancuhan tepung tu tapi Cik Yan tak buat.

Walaupun dah guna untuk buat lempeng, discarded tu ada je lagi dan Cik Yan merancang nak buat scone. Ada resepi dalam group tapi kena cream butter ngan gula semua. Bahan-bahan tak pun step macam banyak je jadi malas. Cik Yan teringat website sorang ni yang dulunya Cik Yan gunakan resepi untuk buat donut sourdough (tapi tak jadi sebab sourdough tu tak berjaya).

Resepi adaptasi dari http://local-lovely.com/sourdough-scones/

Bahan-bahan
  • 2 cwn tepung naik sendiri ~ Cik Yan guna unbleached flour je
  • 1/4 cwn gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 2/3 cup butter, potong dalam bentuk kiub, sejuk
  • 1 cwn sour dough starter ~ Cik Yan guna discarded starter tu
  • 4 tbsp whipping cream
  • 1 beaten egg
  • Cinnamon sugar (mix caster sugar and cinnamon together to taste!)

                Cara membuatnya
                • Tepung, gula, garam dan soda bicarbonate diletakkan di dalam bekas
                • Masukkan butter dan ramas sehingga mencari serbuk 
                • Kemudian, tuangkan sourdough starter dan juga cream, sebatikan
                • Canai jika suka dan gunakan cookie cutter. ~ Cik Yan leperkan je dalam baking pan
                • Sapu telur atas permukaan kemudian taburkan cinnamon sugar
                • Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak



                No comments:

                Post a Comment