Friday, 18 November 2016

Susu Badam

Biarla gambar berbicara...mudah kan.


Ikan Celup Tepung

Resepi jumpa kat myresepi masa-masa suka sangat nak makan ikan celup tepung (mengandungkan Muhammad).

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air sejuk
  • 1 tbsp marjerin
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati. Adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat
  • Salutkan ikan dengan bancuhan tersebut dan goreng
  • Best makan dengan sos kepok lekor yang belah2 pantai timur.

Nota :
Sebab dulu buat cempedak goreng, terbaca adunan harus sentiasa sejuk, jadi Cik Yan sentiasa masukkan dalam chiller kalau ikan tu amik masa nak masak.





Thursday, 17 November 2016

Steam Fish With Lime & Garlic


Resepi adaptasi dari Eating Thai Food.
https://www.eatingthaifood.com/steamed-fish-with-lime-and-garlic-recipe

Pic from Eating Thai Food page

Ingredients

For the fish:

  • 1 whole barramundi, about 1 - 2 kilos (or whatever size you can get), guts and gills already removed
  • 5 stalks lemongrass, bottom half only, smashed, and cut into chunks

For the sauce / soup:

  • 1 cup good chicken stock or fish stock (fresh or canned)
  • 2 Tbsp finely chopped palm sugar
  • 8 Tbsp lime juice
  • 6 Tbsp fish sauce
  • 2 heads of garlic, chopped
  • Thai chilies to taste, finely chopped
  • 20 - 25 springs cilantro, chopped
  • 1- 2 stalks Chinese celery, cut into 1-inch pieces

Instructions

  • Make sure your fish is scaled and gutted, and then score the fish with 3 diagonal incisions on each side of the fish. Cut off the top halves of the lemongrass, bruise, and stuff the lemongrass into the cavity of the fish. Steam the fish over high boiling water for about 10 - 15 minutes depending on the size of your fish.
  • In a saucepan, heat the chicken stock until it comes to a boil, and then toss in the sugar, reduce heat, and boil until the sugar is completely dissolved. Pour the mixture into a bowl and set aside.
  • Mince the garlic, chilies, and cilantro, and mix into the chicken stock soup, along with fish sauce and lime juice. Stir gently and then taste test. Make sure it's sour, and balanced with a hint of sweetness.
  • When the fish is fully steamed, transfer it to a serving platter (with edges to keep in the soup), garnish with a bed of Chinese celery, and place the fish on the platter. 
  • Gently scoop on all the sauce over the fish, putting most of the garlic and chilies on the top of the fish.


Sunday, 13 November 2016

Baked Salmon With Parmesan Herb Crust

Buka peti konon nak bakar kambing tapi nampak salmon, rasa baik makan salmon. Boring dah makan teriyaki salmon tu jadi ingat nak makan yang ada kuah ke atau apa jelah yang leh abis kan whipping cream ke cheese ke. Maka dalam mencari grilled salmon with white sauce jumpa lak resepi ni.

Adaptasi dari Add A Pinch

PIcture from addapinch

Bahan-bahan
  • 1 fillet salmon

Bahan crust
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn parsley yang dicincang
  • 1/2 cwn parmesan cheese ~ Cik Yan guna ground parmesan je

Cara membuatnya
  • Bakar salmon dengan ditutupi aluminium foil atau baking parchment selama 10 minit pada suhu 220C. Pastikan kulit salmon di bawah.
  • Bawang putih di cincang halus dan dicampurkan dengan parsley dan parmesan.
  • Apabila salmon telah dibakar, keluarkan seketika dan taburkan campuran parmesan tadi.
  • Bakar semula pada suhu 120C selama 10 minit lagi ataupun sehingga parmesan mencair


Cik Yan sebelum tabur crust tu gi renjis olive oil sebab rasa musykil lak kan...tu nampak berminyak...



Chocolate Cupcake

Alkisahnya resepi asal ni untuk kejadian cupcake tapi memikirkan lagi mudah untuk jadi bekalan, Cik Yan jadikan je bentuk kek. Lagipun tak jauh beza pun resepi ni dengan kek coklat dari web yang sama.



Resepi adaptasi dari Add A Pinch

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung serbaguna ~ Cik Yan guna tepung gandum je
  • 1 cwn gula ~ Cik Yan guna brown sugar
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp espresso powder ~ guna nescafe je
  • 1/2 cwn susu
  • 1/4 cwn minyak sayur
  • 1 butir telur
  • 1/2 tsp vanilla
  • 1 cwn air mendidih

Cara membuatnya
  • Satukan tepung, gula, serbuk koko, baking powder, soda bicarbonate, garam dan espresso powder dalam bekas
  • Masukkan bahan cecair termasuk telur ke dalam bahan kering (kecuali air mendidih)
  • Putar sehingga sebati kemudian masukkan air mendidih
  • Putar lagi selama seminit untuk memberi ruang udara ke dalam adunan dan tuangkan dalam bekas cupcake (ikut resepi asal leh jadi 12 biji)
  • Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing


Wednesday, 9 November 2016

Coconut Cupcake

Resepi ni untuk dicuba kemudian hari, letak kat blog awal2 supaya mudah buat reference nanti.

Adaptasi dari http://bakingbites.com/2016/02/the-best-coconut-cupcakes/

Ingredients
  • 2 cups all purpose flour
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 1 cup + 2 tbsp sugar
  • 1 cup light coconut milk (from a can)
  • 1 large egg
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 cup sweetened shredded coconut
  • 1/3 cup butter, melted and cooled
  • 1 batch Vanilla Cream Cheese Frosting
  • approx 1 1/2 cups shredded coconut (for topping)

Methods
  • Preheat oven to 350F. Line a 12-cup muffin tin with paper liners.
  • In a large bowl, whisk together flour, baking powder, salt and sugar.
  • In a large measuring cup, whisk together coconut milk, egg and vanilla extract. Pour coconut mixture into the dry ingredients and begin to stir them together. When only a few streaks of dry ingredients remain, stir in shredded coconut. Add butter all at once after the other ingredients have been combined and stir until the butter is completely incorporated. Divide batter evenly into prepared muffin cups.
  • Bake for 21-24 minutes, or until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean and the tops of the muffins spring back when lightly pressed.
  • Turn muffins out onto a wire rack to cool completely before frosting.

        Vanilla Cream Cheese Frosting
        • 1/2 cup butter, room temperature
        • 8 oz cream cheese
        • 1 1/2 tsp vanilla extract
        • 1/4 tsp salt
        • 2 1/2-3 cups confectioners’ sugar
        Combine all ingredients except the sugar in a large bowl and beat until softened. Gradually blend in the confectioners’ sugar until a smooth spreadable frosting forms.


                          Sourdough Scone

                          Cik Yan sedang dalam proses membuat sour dough starter yang mana jika ianya berjaya, ia akan menjadi pengganti kepada instant yeast. Wild yeast ni nanti akan membantu menghuraikan gluten yang ada dalam tepung dan boleh mengurangkan kegatalan ke atau kesan2 exzema. Untuk yang takde masalah pape, ok je sesekali nak gluten free masa makan2 kek ke roti ke sebab boleh memudahkan proses penghadaman.

                          Kali ni merupakan kali ketiga mencuba sourdough starter selepas dua kejadian lepas tidak begitu memberangsangkan. Gigih beli wholemeal flour dan juga air botol mineral Spritzer sebab dalam group FB kata mudah membiak dengan tepung dan air mineral tu.



                          Sebab setiap kali bagi makan kena discard, Cik Yan kumpulkan hasil discard tu dalam bekas kaca kecil dan ada masa letak dalam bancuhan kuih muih macam hari Sabtu lepas, bancuhan lempeng dicampurkan dengan discarded sourdough starter ni. Ikut kejadian sebenar bila gunakan sourdough ni kena peram bancuhan tepung tu tapi Cik Yan tak buat.

                          Walaupun dah guna untuk buat lempeng, discarded tu ada je lagi dan Cik Yan merancang nak buat scone. Ada resepi dalam group tapi kena cream butter ngan gula semua. Bahan-bahan tak pun step macam banyak je jadi malas. Cik Yan teringat website sorang ni yang dulunya Cik Yan gunakan resepi untuk buat donut sourdough (tapi tak jadi sebab sourdough tu tak berjaya).

                          Resepi adaptasi dari http://local-lovely.com/sourdough-scones/

                          Bahan-bahan
                          • 2 cwn tepung naik sendiri ~ Cik Yan guna unbleached flour je
                          • 1/4 cwn gula
                          • 1/2 tsp garam
                          • 1 tsp soda bicarbonate
                          • 2/3 cup butter, potong dalam bentuk kiub, sejuk
                          • 1 cwn sour dough starter ~ Cik Yan guna discarded starter tu
                          • 4 tbsp whipping cream
                          • 1 beaten egg
                          • Cinnamon sugar (mix caster sugar and cinnamon together to taste!)

                                        Cara membuatnya
                                        • Tepung, gula, garam dan soda bicarbonate diletakkan di dalam bekas
                                        • Masukkan butter dan ramas sehingga mencari serbuk 
                                        • Kemudian, tuangkan sourdough starter dan juga cream, sebatikan
                                        • Canai jika suka dan gunakan cookie cutter. ~ Cik Yan leperkan je dalam baking pan
                                        • Sapu telur atas permukaan kemudian taburkan cinnamon sugar
                                        • Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak



                                        Sunday, 6 November 2016

                                        Home made Finger Paint

                                        Ha.....ada tepung jagung expired kat rumah tak? Pastu ada kanak2 riang? Mehla test resepi ni. Cik Yan nak beli2 rasa macam nanti tersimpan je jadi memandangkan bahan2 ni ada kat rumah, terus buat bila free.

                                        Resepi dari page Martha Stewart



                                        Bahan-bahan

                                        • 1/2  cwn tepung jagung
                                        • 2 cwn air
                                        • 4 tbsp gula
                                        • Pewarna

                                        Cara membuatnya
                                        • Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam periuk dan panaskan. Kacau bahan tersebut sehingga mula memekat. Tutup api (kerana ianya akan memekat juga bila sejuk)
                                        • Bahagikan mengikut pewarna diingini dan simpan dalam bekas 

                                        Nota
                                        • Cik Yan pernah buat dulu tapi letak kat luar je jadi lelama ianya berkulat. Kali ni Cik Yan simpan dalam peti sebaris dengan playdoh tu. Esok Mia balik sekolah leh test macam mana keadaan pewarna tu


                                        Saturday, 5 November 2016

                                        Butter Rolls



                                        Resepi ni Cik Yan ambil masa dok tengok2 Instagram Baking Delights. Tergerak nak mencubanya sebab dulu pernah gak cuba buat butter rolls ni kalau tak silap dari Blog Daily Delicious. Masa tu memang uli tangan la dan hasil tak seberapa sebab tangan Cik Yan memang tak kuat. Sakitnya tangan tu berhari-hari padahal roti dah abis sekejap je sebab bawak opis.

                                        Memandangkan Cik Yan ni walaupun dah 8 tahun memiliki mixer tu, tapi hook tu baru-baru ni je cuba pakai (buat pau). Lelama rasa seronok lak gunakan hook tu dan bertepatan la dengan resepi ni yang menggunakan mixer.

                                        Bahan-bahan

                                        • 30g butter sejuk - potong kiub
                                        • 300g tepung roti ~ Cik Yan campur dengan tepung gandum sebab tak cukup
                                        • 1 butir telur
                                        • 30g gula
                                        • 1 1/2 tsp instant yeast
                                        • 150ml air

                                        Cara membuatnya
                                        • Tepung dan butter diramas sehingga terjadi seperti serbuk yang sekata
                                        • Masukkan telur, gula dan yeast ke dalam tepung
                                        • Putar sehingga tepung dan bahan telur melekat
                                        • Masukkan air dan putar lagi sehingga doh tidak berapa melekat pada mixer bowl
                                        • Griskan bekas dan alih adunan doh ke dalam bekas kemudian dibiarkan mengembang
                                        • Adunan adalah sedikit melekit dan bolehla sapukan tepung pada jari ketika nak alih ke dalam bekas
                                        • Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagi dua
                                        • 2 bahagian itu di bulatkan dan dibiar 5 minit
                                        • Ambil 1 bahagian dan canai menjadi segiempat dan kemudian dipotong-potong menjadi segitiga. Di bahagian yang lebar tu belah skit untuk mudah proses penggulungan
                                        • Sapukan butter dan tabur sedikit gula sebelum di gulung (macam buat croissant tu)
                                        • Biarkan selama 5 minit dan kemudian sapu susu jika suka
                                        • Bakar pada suhu 160C selama 15 minit atau mengikut kepanasan oven memasing.

                                        Kari Daging Tanpa Santan


                                        Adaptasi resepi dari ilhamdapur.blogspot.com

                                        Bahan-bahan

                                        • 500g daging lembut/batang pinang - hiris nipis
                                        • 3 ulas bawang merah *
                                        • 1 ulas bawang putih *
                                        • 1 inci halia *
                                        • 1/2 inci lengkuas *
                                        • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
                                        • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) - tumbuk sikit
                                        • 3 sudu besar serbuk kari daging/ayam - bancuh dengan sedikit air
                                        • 1 tangkai daun kari
                                        • 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (4 sekawan)
                                        • 1 biji buah tomato - dadu kasar
                                        • 1 biji ubi kentang
                                        • 2 biji cili hijau
                                        • minyak untuk menumis
                                        • 1/2 sudu besar budu, nisan, garam, gula secukup rasa dan aji jika suka 


                                        Cara memasaknya

                                        • Tumbuk bahan bertanda *. ~~ Cik Yan blender aje
                                        • Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk, daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis biar wangi. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis.
                                        • Masukkan rempah kari, tumis biar pecah minyak, masukkan tomato, sebatikan dan tambah air 3-4 sudu, tumis lagi biar rempah masak dan ulang cara masuk air ni 2-3x
                                        • Masukkan daging, sebatikan dan masak dengan api sederhana biar daging keluarkan airnya, tutup periuk biar berwap dan masak selama 10 minit sambil dikacau sekali sekala agar daging mesra dengan bahan rempah.
                                        • Kemudian masukkan air secukupnya, ubi kentang dan cili hijau. Perasa secukup rasa dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut dalam 40 minit 

                                        Friday, 4 November 2016

                                        Home made Playdoh

                                        Mia dengan Muhammad ni suka sangatla main playdoh tapi bila main sesama, tak terkawal perangai. Memasing ada nak buat ikut otak sendiri pastu kalau sorang pegang color merah, lagi sorang pun mula nak gak warna merah. Bila gaduh atau tak puas hati mula la warna lain jadi mangsa dengan cara lenyek2 atas lantai sampai terkeluarla api dari mulut naga.

                                        Kitorang ada je set baru play doh tapi nak bagi main tu macam kena fikir penat ke tak, leh layan je ragam dorang ke tak. Leceh kan nak lap2 playdoh tu jadi kebanyakan masa disorok termasukla set yang dibeli time2 offer kat lobby Curve tu.

                                        Hari tu kat fb, keluar lagi cara buat playdoh dan ntah kenapa terasa nak try (sebabnya favourite flour Cik Yan masih ada promo), Buatnya mudah je dan jika kerana cream of tartar tu masih banyak, rasanya leh lagi buat dan buat,

                                        Resepi ni adaptasi dari SweetBonda Stories

                                        Bahan-bahan

                                        • 1 cwn tpg gandum
                                        • 1 cwn air suam
                                        • 1/4 cwn garam
                                        • 2 tbsp cream of tartar
                                        • 2 tbsp minyak masak
                                        • Pewarna makanan

                                        Cara membuatnya
                                        • Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati
                                        • Panaskan atas api dan kacau sehingga memekat dan melekat
                                        • Tutup api dan letakkan doh atas papan pencanai
                                        • Apabila telah sejuk, uli sehingga lembut
                                        • Simpan dalam ziplock dan letak di chiller untuk tahan lebih lama



                                        Nota
                                        • Bahan-bahan yang digunakan takdela merisaukan sangat kan,
                                        • Kegunaan garam adalah untuk menambah ketahanan playdoh (pengawet)
                                        • Cream of tartar pula mengikat dan melembutkan lagi playdoh tu. Kalau kehabisan cream of tartar leh ganti dengan cuka atau lemon

                                        Dinner rolls


                                        Another tested recipe for homemade dinner rolls. I make it halves of the recipe.



                                        Recipe from http://thestayathomechef.com/
                                        Author : Rachel Farnsworth

                                        Ingredients
                                        • 2 cups warm milk
                                        • 2 tablespoons instant dry yeast
                                        • ¼ cup white granulated sugar
                                        • 2 teaspoons salt
                                        • 6 tablespoons salted butter, softened
                                        • 2 large eggs
                                        • 6 cups all-purpose flour
                                        • 1 tablespoon melted butter

                                        Instructions
                                        • In the bowl of a stand mixer, combine warm milk, yeast, sugar, salt, butter, and eggs.
                                        • Add in 5½ cups of flour. Using a dough hook, turn the mixer on to a low speed. Once the flour starts to incorporate into the dough, increase the speed to a medium range. Slowly add the remaining ½ cup of flour until the dough pulls away from the sides of the bowl. The dough mixture should be slightly sticky and soft.
                                        • Transfer the dough to a lightly greased mixing bowl. Cover with a towel and let rise 90 minutes.
                                        • Lightly grease a baking sheet. Punch down the dough and form into 24 rolls. Place on the greased baking sheet in six rows of four.
                                        • Cover and let rise 1 hour.
                                        • Preheat oven to 375 degrees. Bake the rolls for 12 to 14 minutes, until lightly browned.
                                        • Remove rolls from oven and brush with melted butter.
                                        • Serve the rolls warm, or to cool, let rest on the pan for 15 minutes before transferring to a wire cooling rack. Once cooled completely, store in a plastic bag.

                                        Thursday, 3 November 2016

                                        Sup Sayur Ala Kung Fu

                                        Sebenarnya asyik teringat lauk sayur yang kekadang ada kat kedai tu. Ianya macam kuah mee kung fu tu jadi sebab tengok bahan2 ada dalam peti sedikit sebanyak jadi Cik Yan olah jelah dengan harapan dapatlah melepas rasa sayur tu.

                                        Resepi adaptasi dari buku 1 Hari 1 Resepi, 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza

                                        Bahan-bahan

                                        • 3 ulas bawang putih
                                        • 100g sawi/ kailan
                                        • 100g bunga kubis
                                        • 1 batang lobak
                                        • 2 tbsp minyak masak
                                        • 2 tbsp tepung jagung
                                        • 1 cwn air rebusan ayam ~ Cik Yan guna suku lebih kiub ayam
                                        • 2 tbsp sos tiram
                                        • 1 tbsp lada sulah
                                        • Garam
                                        Cara memasaknya
                                        • Tumis bawang putih sehingga garing
                                        • Masukkan air, kiub ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak
                                        • Masukkan tepung jagung yang dibancuh
                                        • Kemudian, masukkan kailan dan bunga kubis
                                        • Tutup api dan kacau
                                        Note:
                                        Pilihan sayur terpulang kepada citarasa memasing dan Cik Yan pada ketika membuatnya menggunakan kailan, cendawan, brokoli, bunga kubis dan lobak.


                                        Ikan Bakar Portugis

                                        Memandangkan dah hampir 3 kali Sabtu tak berkesempatan ke pasar tani, maka stok bahan mentah makin susut dan limited (sebab Cik Yan kan tak pandai masak, terasa stress).

                                        Ada ikan besar dalam freezer tapi tak tau nak buat apa (masakan berkuah), jadi datang idea untuk bakar je dan buat sup sayur. Resepi pilihan adalah ikan bakar portugis sebab dia tak simple tapi tak juga memerlukan bahan atau kerja yang banyak.

                                        Resepi adaptasi dari buku Selera Malaysia Chef Wan

                                        Bahan-bahan

                                        • 4 tbsp minyak masak
                                        • 1/2 biji air limau nipis
                                        • 1/2 tbsp kicap pekat
                                        • Garam
                                        • Gula
                                        • Ikan

                                        Pes rempah 
                                        • 4 tangkai cili merah dibuang biji
                                        • 4 biji buah keras
                                        • 8 ulas bawang merah
                                        • 1 batang serai
                                        • 1/2 tsp belacan
                                        • 1 tbsp serbuk cili
                                        • 2 helai limau purut

                                        Cara memasaknya 
                                        • Bahan-bahan pes rempah dikisar dan tumis sehingga wangi, Tambah jus limau nipis, kicap, garam dan gula
                                        • Lumur pes pada ikan dan balut
                                        • Panggang pada suhu 180C selama 20 minit
                                        • Jika suka boleh tambahkan bendi

                                        Gambar dari blog Dayang Jack

                                        Tuesday, 1 November 2016

                                        Kandi Kelapa

                                        Kebiasaanya, sekolah Mia mesti akan menyambut setiap perayaan yang diraikan masyarakat Malaysia. Ianya lebih kepada nak bagi kanak2 suka sesambil berkongsi makanan yang ibu bapa bekalkan. Jadi memandangkan salah sorang class teacher dia meraikan Diwali, Cik Yan tergerak untuk merancang membuat kandi kelapa ni sebagai salah satu makanan untuk Mia bawa tatkala sambutan di sekolah. Yelah mana tau selama ni, teacher dia tu tak dapat nak makan2 sangat sebab vegetarian ke atau ada daging2 lembu ke. 

                                        Memandang pengalaman yang lalu, buat kandi ni tak berapa jadi dengan bau minyak sapi bagai, kali ni Cik Yan mencuba resepi lain dan juga tip yang Cik Yan dapati dari group di facebook. Resepi kat facebook tu tak bagi sukatan susu sebenar jadi Cik Yan agak kerisauan sedikit.




                                        Resepi adaptasi dari Blog Citarasawan, olahan Cik Yan

                                        Bahan-bahan
                                        • 500g kelapa putih
                                        • 500g susu pekat (1 tin)
                                        • 350g gula pasir
                                        • 2 tbsp butter
                                        • 1 tsp vanilla
                                        • Pewarna disukai
                                        Cara membuatnya
                                        • Kelapa, susu pekat dan gula digaul rata dan dimasak atas api kecil
                                        • Kacau sehingga menjadi pekat
                                        • Sebelum masukkan vanilla, butter dan pewarna, ambil secubit campuran kelapa tu dan bulatkan. Masukkan ke dalam air kosong dan lihat jika masih kekal, maknanya kandi kelapa hampir tersedia. Jika bulatan kelapa tu pecah, kacau lagi sehingga ianya tidak pecah ketika dalam air.
                                        • Apabila kandi kelapa itu berbentuk kekal dalam air, masukkan vanilla, butter dan pewarna. (Jika masukkan pewarna awal-awal, ianya akan menjadi semakin pudar)

                                        • Kacau sehingga sebati dan tutup api
                                        • Lengser acuan dengan butter atau minyak sapi dan tekan kelapa tadi sehingga padat
                                        • Guna butter atau minyak sapi pada kuantiti minima dalam proses nak memampatkan kelapa tu supaya ianya tahan lama
                                        • Cik Yan padatkan menggunakan penekan kek lapis tu.
                                        • Biarkan sejuk sedikit atau boleh terus potong mengikut bentuk kita suka
                                        • Kalau dari blog Citarasawan, dia gunakan acuan untuk coklat berbentuk segiempat
                                        • Bila dah sejuk bebetul, boleh la simpan dalam bekas bertutup.