Friday, 30 September 2016

Kari Ikan Tanpa Santan

Resepi ni dicari suatu ketika dulu sebab terasa nak makan kari tapi untuk elak dari rasa tak sama macam yang En Suami masak, kena buat kelainan.

Hasilnya boleh tahan, dah banyak kali masak dan bila masak dengan bawal putih pun sedap je rasanya.

Adaptasi dari Blog Azlita

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan 
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
Bahan kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
Cara memasaknya
  • Panaskan minyak kemudian tumis jintan manis sehingga wangi baru dimasukkan halba.
  • Masukkan bawang yang di hiris, daun kari, tumis hingga garing
  • Apabila bawang dah garing, masukkan bahan kisar serta cili kisar. Anggaran cili bergantung tahap kepedasan yang kita mahu
  • Kemudian masukkan rempah kari dan sedikit air. Rempah ini mestila dimasak sehingga garing untuk menghilangkan rasa rempahnya.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air dan dibiarkan mendidih
  • Apabila kuah dah mendidih, masukkan bendi atau terung diakhiri ikan, perasakan dengan garam secukupnya dan tutup api.

No comments:

Post a Comment