Thursday 6 October 2016

Food Processor Quick Puff Pastry

Sejak kawan share cara buat puff pastry sendiri, ada masa2 rasa seronok untuk makan yang kita buat sendiri tapi ada masa2 yang kita beli je kat baking supply. Kali ni tergerak nak try resepi menggunakan food processor sebab masa tengok MY Kitchen Rules, peserta kebanyakan menggunakan puff pastry yang dibuat menggunakan food processor pastu dapat kepujian.

Resepi yang menarik perhatian Cik Yan adalah dari Martha Stewart siap ada video sekali jadi kalau kita rasa macam was-was boleh refer kat video tu.

Adaptasi dari web http://www.marthastewart.com

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cwn unsalted butter, chilled
  • 2 cwn tepung serbaguna/ plain flour ~ Cik Yan guna tepung gandum je
  • 3/4 tsp garam
  • 2/3 cwn air sejuk
Cara membuatnya
  • 1 cawan butter dipotong dadu kemudian diletakkan didalam bahagian chiller seketika. Seeloknya susun potongan butter tu sekata 
  • Masukkan tepung dan garam ke dalam processor dan pulse untuk sebatikan.
  • 1/4 cwn butter dipotong nipis kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi, pulse 3 kali dimana setiap pulse lebih kurang 1 saat. Masukkan air sebanyak 2 kali dan pulse 2 kali. Adunan tidak akan membentuk berbola
  • Keluarkan adunan tadi dan letak atas permukaan yang telah ditabur tepung. Bentukkan menjadi silinder kemudian diratakan untuk membentuk segiempat
  • Menggunakan roller, ketuk2 doh tadi dari bahagian paling jauh dari kita. Jika terdapat butter yang melekat, taburkan tepung.
  • Ketuk2 sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada roller kemudian roll doh supaya berbentuk segiempat (anggaran 10 inc * 20 inc). Lipat bahagian hujung yang panjang supaya bahagian lagi satu boleh menutupinya dan gulungkan. Simpan dalam chiller selama 20 minit.
  •  Leperkan gulungan tadi supaya menjadi segiempat semula dan ambil bahagian yang pendek dan lipat seperti tadi.
  • Jika mahu boleh ulang lagi langkah lipatan tadi atau doh kira sudah sedia untuk disimpan dan boleh digunakan selepas 3 jam berada di chiller.
  • Ambil bahagian hujung dan lipatkan supaya bahagian lagi satu boleh sama rata dengan nya.


No comments:

Post a Comment