Sunday 4 September 2016

Kek Sarang Semut

Terasa nak abiskan susu pekat yang ada dalam peti, bahan lain pun semua ada maka jadilah aktiviti membuat kek bersama kanak-kanak riang.

Kek Sarang Semut ni kawan yang share resepi ni sebab resepi yang Cik Yan pernah guna tu kena peram sampai 4 jam sebelum bakar. Resepi ni buat terus bakar jadi boleh la cuba.

Adaptasi dari Facebook Princess Ema

Bahan-bahan
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter
  • 4 butir telur
  • 1 cwn susu pekat
  •  1 cwn tepung gandum
  • 2 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya
  • Buat karamel dengan meletakkan gula atas dapur, apabila gula mula mencair dan bertukar warna, letak air. Pada ketika ini, kadang2 berlaku percikan, jadi berhati-hati ketika curahkan air tu. Kemudian masukkan butter dan tutup api. Biar sejuk.
  • Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan susu dan pukul sebati
  • Masukkan tepung kemudian akhir sekali masukkan air gula yang dah sejuk tadi
  • Bakar pada suhu 160C selama 50 min menggunakan api bawah dan kemudian 10 minit lagi menggunakan api atas bawah.

No comments:

Post a Comment