Sunday 25 September 2016

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah merupakan salah satu lauk yang akan dicari sekiranya terdapat jemputan majlis kahwin. Biasanya, ayam masak merah ketika majlis kahwin tu ada satu rasa yang menjadikan ianya sangat sedap.

Dulu, En Suami ada beli pes masak merah ni tapi dia tak ingat beli kat mana dan Cik Yan dah merata tempat cari. Pes tu sedap sangat sebab selama beli pes masak merah tu takde yang memberikan satu rasa yang Cik Yan cakap tadi.

Tapi skang, tau dah sebab ada kawan Cik Yan pandai buat pes tu...masa memenuhi jemputan makan2 kat rumah dia time raya, mak aih punyala sedap ayam masak merah dia pastu.....siap hint lagi sila buatkan pes bila berkesempatan memandangkan keadaan kami memasing yang mempunnyai kanak2 riang kan.

Walaupun macam tu, Cik Yan still lagi mencari resepi ayam masak merah yang kena pada tekak sebab bagi Cik Yan, tak salah pun cuba dan perasaan tu semakin membuak sebab masa memula masak tu, kanak2 riang suka amat sampai tak cukup lauk. Resepi pertama kali tu (resepi tanpa pes, first time sejak ada Muhammad), Cik Yan share kemudian sebab hp tengah charge. Ni resepi kali kedua pastu memang saja buat banyak dan kanak2 riang suka jugak.

Resepi adaptasi dari buku 1Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong gelang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
 Bahan B (dikisar)
  • 15  tangkai cili kering
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
Cara memasaknya
  • Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga garing
  • Masukkan ayam yang digoreng tadi diikuti sos tomata, bawang besar, garam dan gula.
  • Jika mahu, boleh dimasukkan air sedikit
  • Gaul sehingga sebati dan rata

No comments:

Post a Comment