En Suami pernah pesan, kalu rasa nak marah dia, bengang ngan dia, janganla nak post kat fb atau pun dalam bahasa mudah janganla sampai seantero dunia tau. Lagi2 kalu tertiba rasa jealous ke apa ke. Dia cakap selain mengaibkan dia sebagai suami, isteri pun akan diberi pandangan serong. Dan juga memberikan persepsi buruk kepada orang lain terhadap hal dalaman rumah tangga kita.
Dia jugak cakap, kalu Cik Yan dok beli sana sini pastu mengeluh utilities bil mahal atau x cukup duit pun tak bagus jugak. Jenuh Cik Yan check dalam facebook. Ada ke Cik Yan mengeluh gitu. Alamak..dia terasa hati ke atau Cik Yan telah menunjukkan kegagalan dia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Sebab setahu Cik Yan, Cik Yan berfoya2 dengan duit bila dah settle semua bil tu. Kekadang dia jugak yang suruh membeli sebab katanya dia keje untuk bagi apa Cik Yan nak selagi dia mampu dan permintaan tak melampaui batas.
Mungkin dia bagi teguran berdasarkan apa yang kawan2 dia citer atau pemerhatian dia kot. Dia kata ada kes, hamba Allah ni mintak pinjam duit selepas bershopping sakan memenuhi kehendak isteri dan sudahnya baru perasan all the billing x settle satu apa. Isteri lak dok mintak2 je tak tanya bil2 tu dah bayar belum. Boleh pulak menggalakkan suami berhutang. Tu yang sudahnya gaji tak seberapa tapi pakaian, accessories penuh satu rumah..duit tak cukup je mintak suami pinjam dengan kawan. Tau nak berbelanja besar, cariklah jalan tambah pendapatan.
Dia jugak cakap kalu kita prasangka buruk kat pasangan kita, maknanya kita mendoakan supaya pasangan kita buat apa kita cakap tu. Dia cakap (cheh, banyak betul "Dia cakap") dari menuduh benda2 tak elok, baik bila terlintas cepat2 doa supaya dijauhkan dari benda2 tak baik tu. Cik Yan setuju sangat tu sebab macam terpercaya kalu kita cakap atau fikir benda x elok banyak2 kali nanti termakbul...time tu sape salah?
Jadi korang yang baca ni, status bujang ke isteri ke suami ke...apa pendapat anda tentang hal ni?
No comments:
Post a Comment