Thursday, 28 July 2011

Korang camner

En Suami pernah pesan, kalu rasa nak marah dia, bengang ngan dia, janganla nak post kat fb atau pun dalam bahasa mudah janganla sampai seantero dunia tau. Lagi2 kalu tertiba rasa jealous ke apa ke. Dia cakap selain mengaibkan dia sebagai suami, isteri pun akan diberi pandangan serong. Dan juga memberikan persepsi buruk kepada orang lain terhadap hal dalaman rumah tangga kita.

Dia jugak cakap, kalu Cik Yan dok beli sana sini pastu mengeluh utilities bil mahal atau x cukup duit pun tak bagus jugak. Jenuh Cik Yan check dalam facebook. Ada ke Cik Yan mengeluh gitu. Alamak..dia terasa hati ke atau Cik Yan telah menunjukkan kegagalan dia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Sebab setahu Cik Yan, Cik Yan berfoya2 dengan duit bila dah settle semua bil tu. Kekadang dia jugak yang suruh membeli sebab katanya dia keje untuk bagi apa Cik Yan nak selagi dia mampu dan permintaan tak melampaui batas.

Mungkin dia bagi teguran berdasarkan apa yang kawan2 dia citer atau pemerhatian dia kot. Dia kata ada kes, hamba Allah ni mintak pinjam duit selepas bershopping sakan memenuhi kehendak isteri dan sudahnya baru perasan all the billing x settle satu apa. Isteri lak dok mintak2 je tak tanya bil2 tu dah bayar belum. Boleh pulak menggalakkan suami berhutang. Tu yang sudahnya gaji tak seberapa tapi pakaian, accessories penuh satu rumah..duit tak cukup je mintak suami pinjam dengan kawan. Tau nak berbelanja besar, cariklah jalan tambah pendapatan.

Dia jugak cakap kalu kita prasangka buruk kat pasangan kita, maknanya kita mendoakan supaya pasangan kita buat apa kita cakap tu. Dia cakap (cheh, banyak betul "Dia cakap") dari menuduh benda2 tak elok, baik bila terlintas cepat2 doa supaya dijauhkan dari benda2 tak baik tu. Cik Yan setuju sangat tu sebab macam terpercaya kalu kita cakap atau fikir benda x elok banyak2 kali nanti termakbul...time tu sape salah?

Jadi korang yang baca ni, status bujang ke isteri ke suami ke...apa pendapat anda tentang hal ni?

Sunday, 24 July 2011

Si Besar

Maka dengan ini..Si Besar harus ditukar tayarnya.

Keadaan ini berlaku kerana Si Besar kurang berjalan. Jadi tayar tu jadi tak bagus..Pasal tu stereng pun tak best.

En Suami pesan > tayar Michelin mahal melampau..kalu nak pun, xpe tapi make sure Besar sentiasa berjalan. Michelin tu lembik nanti mesti kecoh sekampung bila tengok nampak macam pancit

Cik Yan > tak de dah rasa camtu sebab dah tengok tayar mercedes baru lagi macam seinci je dari rim.

Technician > Akak pakai je Bridgestone

Cik Yan > Ada adik tu cakap Yoko Advan apa ntah..patutnya senang dapat tapi sure kedai tayar yang saya gi hari tu hampeh..ntah2 ada komisen kalu dapat jual tayar dia tu..

Techinician > Akak pakai Michelin jelah. Tadi kan akak tanya pasal Michelin..

Cik Yan > Gelak2 sambil terbayang bentuk ringgit..dan muka En Suami yang garang kerana tayar Michelin retak sebab jarang jalan..

Si Besar, banyak betul ujian kamu bagi kat Cik Yan yer..dahla nak service kena datang Puchong..Nak bawak gi mandi kedai takut kamu jadi pape..Kena la pulak Cik Yan mandikan kamu kat rumah Mak..


Bag..owh bag..

Excited la kan nak beli bag baru. Bila di tanya Cik Yan tak cakap la bag apa..mintak duit je tapi Cik Yan x bagi details. Gi kedai..excited tu berjalan penuh keselambaan menerjah kedai tu.

Saya nak yang itu, medium size..maka sales gal tu pun tunjukkan beg tu. Em..besar je ni..saya nak yang kecik..Bila dah kuarkan yang kecik, try letak kat bahu..mak aih tak best sungguh. Try yang besar tadi tu..pun sama je perasaan. Isk dalam hati cakap baru berangan nak cakap beg ni "must have" for this brand lover...Mintak jenis lain lak..tapi malangnya xde stock. So tanyala kedai mana yang available. Jawabnya xde kat Malaysia setakat ni. Isk..isk..

Bagitau En Suami..dia suruh tengok2 beg yang lain dalam kedai tu. Tapi Cik Yan macam dah target xnak terlampau melampau harga dia..Jadi hasilnya xdelah beg baru Cik Yan..


Tapi kan...x rasa pape pun sangat. Macam beli tu pasal nak ada..bukan pasal sesungguh suka ke apa..Jadi duit yang ada masuk tabung. Sedih la kan..Tapi fikir balik...masuk tabung tu kan bagus..Untung2 dapat Teana ke Fridge besar ke..rumah baru ke..

Saturday, 23 July 2011

Hari ini 23 July

Pada hari ni, seawal pagi Cik Yan bergerak menuju ke Tmn Kinrara untuk service Si Besar bebetul. Dulu kan Cik Yan sesat kan..elok2 30 minit perjalanan jadi 3 jam pusing2 sesat sebab nya Cik Yan tak maintain lane Cik Yan. Tu yang sampai ke IOI Mall semua tu. Elok2 xde kena tol kena bayar tol beberapa kali.

Service tu amik masa dalam 4 jam Cik Yan rasa. Memula boleh la duk diam sebab Cik Yan ngantuk jadi dengan penuh keselambaan Cik Yan gi tido situ. Pastu terjaga terus la baca paper yang Cik Yan beli awal2 lagi. Dah abis paper, ngadap lak magazine keta2 yang ada. Owh mata Cik Yan terpersona pada Teana, Audi A8. Tapi kalu tanya En Suami, mesti dia tanya balik..Banyak ke duit? Tapi ala apa salahnya berangan2 kan mana tau leh jadi kenyataan.

Kali ni service abih. Aircond filter tukar, betulkan jam dalam tu..ganti fluid pape yang ada dalam keta tu..stereng kasi ringan. Pastu akhir sekali soalan yang terpendam. Tayar ok ke? Jadi technician check pastu cakap kalu nak sedap, memang kena tukar la sebab sekian sekian apa ntah. Cik Yan pun tak ingat apa dia explain. Yang Cik Yan tau..soalan ni laju je kuar...Michelin ok? Technician tu suruh Cik Yan gi Klang untuk dapatkan tayar dan harga yang berpatutan..

Satu yang best tu kan..tempat service ni dekat ngan kedai2 jual barang dapur. Periuk kawah pun ada dan pelbagai jenis periuk, kuali, pisau2 semua ada. Jadi kali ni Cik Yan beli tempat yang letak aluminium foil, cling wrap ngan kitchen towel Cik Yan. Tak perlu la Cik Yan kuar masuk drawer. Jadi next service, leh tengok benda lain..Hehehe.

Ada sorang adik ni masa komen2 kat facebook Cik Yan mention pasal tukar rim semua. Menarik je rasa walaupun kita ni tak tau sangat pasal keta. Tapi as expected, En Suami memang x suka langsung part2 tu. Yang Cik Yan happy kan pasal selama ni Cik Yan takut sangat la merosakkan Si Besar tu..tapi boleh budak tu cakap engine dia bagus lagi..kalah keta yang muda dari Si Besar. Kembang ku rasa. Hahahahah.




Thursday, 21 July 2011

Yoko Advance

Cik Yan belek2 tayar si Besar tadi. Tengok keadaan macam tak best je. Harus di ingat yer, Cik Yan bukan tau sangat pasal tayar2 ni tapi nampak macam buruk je. Tak recall bila En Suami tukar tapi rasanya untuk Si Besar ni, baru 2 kali kot. Tayar asal pakai Yoko Advance tapi bila tukar hari tu, kedai xde tayar tu.

Kali ni Cik Yan macam excited la kot nak mencari Yoko Advance ni. Sebab masa dengan tayar tu kan, time corner kat Karak tu, sangat BEST yer..Maksudnya En Suami buat drift..smooth je bunyi. Tayar skang merisaukan. Bila brake pun, macam best je cengkaman dia. Tapi masa tu Cik Yan x pernah sentuh pun stereng Si Besar..

Dulu katanya tayar Michelin bagus tapi sangat mahal. Tapi masa tu Cik Yan berangan nak pakai kat Si Kecik. Semua kenkawan baik yang Cik Yan citer pasal niat ni cakap tak berbaloi. En Suami lagi la, dia cakap lagi Cik Yan takut nak bawak keta sebab tayar tu lembik..pastu nanti cepat retak sebab jarang drive. Huhu..Pasang kat si Besar? uiyo..dah la BESAR, tayar pun BESAR jadi duit bertambah BESAR la.

Bila post kat FB, ada orang sms Cik Yan cakap ada tempat yang leh bagi good price tapi xde pulak cakap tayar apa. Sebab Yoko Advance payah nak jumpa. Tapi kan..buatnya En Suami ke abah check bebetul tayar tu..nanti ntah2 dorang cakap tayar tu xde pape..PERASAAN je tu..sesilap pasal Cik Yan tak cuci keta jadi tayar tu kotor je?

Ni saje nak menempel..pagi tadi masa seberang jalan ke opis..nampak Audi A4 dark silver..Cantik tu...pastu nampak pulak si Silphy ke Teana...Warna x recall lak..hehhehe

Wednesday, 20 July 2011

Wishlist lagi

Tak salah buat list kan..supaya bila orang tanya kita ada jawapan. HEHEHE

Cik Yan nak :

  1. Peti ais BESO..takpun beli satu peti ais kecik - motif? simpan butter, keju, susu dan kek2 yang org order
  2. Gelas2 comel macam Cik Yan - malas nak selongkar kotak2 hadiah..
  3. Pisau2 untuk di guna (sbb pisau master chef sayang la nk pakai)
  4. Meja kecik yang portable..senang Cik Yan nak mkn mee ke atau mknn berkuah depan tv. Coffee table i berat giler u..
  5. Jual OGAWA - kalu lepas la..
  6. X yah masak selama seminggu...nk jadi mcm orang kaya..semua siap camtu je..HEHEHE

Kuasa Veto

Bukan la kuasa..ni lebih kepada pendapat veto..Okay tak. Hahahaha

Tau kan Cik Yan ni peminat HARRY POTTER. Awal pagi gegiler Cik Yan dan kawan duk beratur kat KLCC untuk beli buku 5,6 & 7 tu  dan bila movie kuar satu2..kalu Cik Yan kata best, best la..kalu x best cukupla sekali je kot Cik Yan tengok kat cinema tu.

Untuk musim kali ini, Harry Potter and The Deathly Hallow part 2. Bagi Cik Yan, director dia sangat BAGUS kerana menghasilkan 2 part. Sebabnya citer dalam buku sangat BEST..lagi BEST dari The Order Of Phoenix cuma masa ni pengarah x pandai kot. Dia buat satu movie je dan hasilnya banyak part2 best dalam buku xde.

Cik Yan sangat la SUKA dan SANGAT SANGAT SUKA akan citer no 7 ni. Jadinya pendapat veto Cik Yan adalah citer ini sangat best dari part 1 ke part 2. Kalu rasa x suka..tak yah inbox ke mesej bagitau x best unless Cik Yan tanya. I dont like u..Sebarang komen2 negative..tidak akan di layan.



Monday, 18 July 2011

The Devils Food Chocolate Cake

Kek ni sangat sedap. Dah buat untuk orang pun leh lagi terasa macam nak cancel je sebab nak makan. Ni antara kek2 yang Cik Yan buat dan Cik Yan suka makan. Selain tu, Cik Yan suka la sangat makan Japanese Souffle Cheese Cake dengan Marble Blueberry Chilled Cheese Cake. Red Velvet Cake tu memang Cik Yan x berapa gemar la walaupun itu la yang orang kerap order dan orang kata sedap.

Kek ni xde dalam list kek yang Cik Yan nak cuba buat tapi bila dah blog walking, baca2 resepi tu jadi terasa macam nak try. Kononnya nak buat Opera Cake tapi leceh tu..tu yang try jelah resepi ni. Harus kot Cik Yan betulkan balik list kek2 yang Cik Yan nak try tapi masa masih panjang kan..

Sebelum tu..nak say Thank You kat kawan Cik Yan..xyah la sebut nama kan..kalu2 dia terbaca blog ni. Thank You sebab percaya untuk order kek DEVILS ni. Maklumla tak pernah bagi try kan tertiba nak order. Terharu rasa..

First time buat kek ini adalah pada 02 July 2011 tapi masa tu main buat je alih2 hasil luarannya sangatla horror..






Mujur pakai piring berlekuk, jadi ganache tu xlah melimpah atas meja kan..Ni pulak hasil bila dah potong guna pisau yang tak di celur air panas ..



Ni resepi dia :

Kek coklat 
1 cwn tepung
1/4 cwn serbuk koko
3/4 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
1/2 cwn castor sugar
1/2 cwn brown sugar
65g butter (malas timbang, guna je 1/4 cwn)
1 biji telur
1tsp vanila
1/4 cwn buttermilk
1/2 cwn air panas (kalu air didih confirm failed > berdasarkan pengalaman..heheheh)

Panaskan oven pada suhu 170C.
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam, ketepikan.
Pukul butter dan 2 jenis gula hingga gebu kemudian masukkan telur. Masukkan tepung berselang seli dengan butter milk dan air panas. Kalu tak faham, camni :
Memula masukkan tepung sikit, pastu masukkan butter milk, air panas. Buat 3 kali tepung dan 2 kali bahan cair tu. Last masukkan vanila dan masukkan dalam bekas kek. Bakar selama 30 minit atau sampai masak. Biarkan sejuk.

Cream cheese frosting
250g cream cheese
125 butter
1 cwn icing sugar
1 tsp vanila

Pukul bahan2 frosting sampai ringan dan gebu. Biarkan.

Chocolate Ganache
200ml whipping cream
250g dark chocolate

Dengan menggunakan kaedah double boiler, panaskan whipping cream sampai nampak berbuih di tepi. Masukkan dark chocolate dan kacau sampai cair. Biarkan sejuk jugak tapi janganla sampai dia keras balik kan..

Maka kita ada 3 jenis adunan yer..

dari kiri : cream cheese, cake & choc ganache
Sapukan cream cheese frosting tadi atas kek coklat tadi. Sebelum nak tuang chocolate ganache, pastikan dah sejuk atau likat. Ini adalah supaya tidak jejaskan cheese frosting tadi tu.



Macam Cik Yan buat, Cik Yan gunakan sudu untuk tuang sikit2 choc ganache ni kat atas. Pastu buat bulatan ganache tu. Kemudian masukkan dalam peti ais sekejap je supaya ganache mengeras. Bila kuar dari peti ais, permukaan kek pun jadi sejuk gak jadi bila kita sambung lagi proses ganache tu, xdelah meleleh gegiler..Kuar masuk dalam peti ais supaya ganache tidak jejaskan cheese frosting kita. Jadi last2 ginilah hasilnya pada kali kedua buat dan inilah yang kawan Cik Yan tempah tu..


Inilah dia the DEVILS Food Chocolate Cake.. apa yang devils tu..cuba kira kandungan kalori dia..takpe..jangan risau..makan banyak, exercise lah..jangan sampai nak jaga kesihatan sampai tahan makan. Rugi tau nikmat dunia. Kalu x sempat exercise tu buat ke 3 minit exercise depan tv tu. Minit pertama lari setempat memadai angkat tumit sikit2, minit kedua angkat lutut tinggi2 dan minit terakhir pecut laju..senaman ini adalah elok untuk jantung yer..Ahli2 bina badan dan pemain rugby yang badan besar2 tu buat gini la supaya jantung sihat. Tapi kalu nak terkena, itu ujian yang telah diberi yang penting ada ikhtiar kan..


Saturday, 16 July 2011

16th July 2011

Maka dengan ini, pada tarikh ini, Cik Yan buat pertama kalinya selepas kawin gi tengok wayang sesorang. Unplanned? Ye, kisah bermula apabila ramai sangat dok sms, facebook, msg tanya bila Cik Yan nak tengok. Siap ada yang musykil nape tertiba x excited cam dulu. Risau lah tu citer x best kot..Almaklumlah dulu setiap movie dia (start dari movie #2) siap amik cuti untuk tengok wayang hari pertama citer dia kuar. X ngan kawan baik Cik Yan, dengan adik atau pun En Suami.

Kali ni konon macam xdela nak rushing sangat kan. Sebab xde yang special pun tengok awal2 kan. Barang2 dia xde pun jual kat cinema2 besar kat Malaysia ni. Dah tu, kawan baik Cik Yan pun bz gak..jadi buat relax jelah.

Tapi semalam, hari Jumaat sesambil tengok TV yang masak2 dengan Sheila Rusly tu, Cik Yan try jelah beli tiket online dan dapat. Memula xdelah nak cakap pape kan sebab takut2 esok harinya macam malas tapi bila makin lama makin ramai lak citer dah beli tiket..terus Cik Yan declare. Hehehe.

Jadi sape kata suami sibuk keje, kawan2 pun ada hal memasing ke keje ke, kita xleh kuar tengok wayang atau pun jenjalan. Asal kuar dengan izin, jaga diri sudah. Kalu tak sanggup sesorang..janganla berkeluh kesah yer..itu pilihan anda.

Balik tengok wayang, gi beli barang buat kek, masak mee bandung dan relax. Malam pulun buat kek siapkan order..Esok ahad balik rumah family makan durian dari Merlimau..Yahooo...


Thursday, 14 July 2011

Harry Potter lagi dan lagi



Cik Yan x puas hati sebenarnya.. nape Hermione x kawin ngan Harry?


Nape dia suka Ron?


Harry & Hermione..mcm leh jadi pasangan of the year la konon nya.


Harry kan glamour..leh jadi good auror..Ron apa ada?




Ayu..ko jgn marah ek aku kutuk bf ko dlm Harry Potter ni.


Sedih yang tak abis lagi bila Hedwig mati..Uwa...





Lagi satu, Snape..nape sanggup diamkan diri je walaupun sebenarnya dia sayang kan Harry. Sedih tau baca buku dia..Dia sanggup buat apa saje untuk jaga Harry dalam cara tersendiri kerana dia sayangkan Lily Potter (mak Harry la tu).

Tu yang sudahnya nama anak2 Harry & Ginny yang 7 orang tu ada nama Severus Snape, Albus Dumbledore..Remus Lupin (ni x confirm)..

Ada yang lupa sape Ginny tu..Ginny adalah adik Ron Wesley ye. Part dia banyak dalam Harry Potter The Chamber of Secret tu.

Tu jelah setakat ni yang nak reveal..Hahahah

Wednesday, 13 July 2011

Tertiba je


Hari ni, dari kat opis lagi takde rasa nak masak. Konon kalu lapar makan jela biskut ke roti ke atau tahan jela sampai pagi esok. Gigih la konon nak kuruskan badan kan..Tapi serius, part yang merisaukan adalah dagu. Camner nak hilangkan double chin ni.

Balik rumah dalam kutip2 baju nak basuh, terbayang fruit cocktail tapi malas lah nak duk dapur tu kan. Sambil tengok2 tv boleh pulak ada kertas kat kerusi ni. Tengok2 resepi pavlova. Cik Yan baca jelah sekali lalu. Pastu tengok Nigella. Dalam iklan tu boleh lagi tengok resepi pavlova dan terus ke dapur.

Bab yang melibatkan asingkan putih dan kuning telur memang jadi kegemaran setakat ni lagi2 lak kena pukul sampai bertanduk. Jadi terus nekad membuat pavlova berbuahkan cocktail tadi tu.

Ni adalah pertama kali Cik Yan buat yer. jadi ada gak try and error. Macam tadi tertiba boleh pulak kuning telur terpecah sama..pastu cepat sangat masuk gula sudahnya meringue x jadi. Last sekali lak whipping cream x tau masa bila nak stop sudahnya dia cair balik.

Sesape nak try, ni resepi dia :

4 biji telur putih
1 cwn gula castor
1 tbsp corn flour
1 tsp vanila
1 tsp cuka putih

Hiasan
1/2 cwn whipping cream (Cik Yan guna 1 cwn terus)
Buah2 pape yang patut..Cik Yan pakai fruit cocktail je..


Memula amik baking sheet ke aluminium foil ke pastu korang buat lah bentuk apa nak dan letak atas tray..Bukan apa, senang nak adjust bentuk dia nanti.

Panaskan oven pada suhu 140C.

Putih telur tu pukul sampai kembang..selepas berbuih dia macam kilat2 sikit. Masa tu masukkan gula sikit2 sampai abis. Jangan masuk semua terus. Abis je gula tu kan..ngam2 putih telur  tu sikit je lagi nak jadi bertanduk. Jadi bila dia bertanduk tu..nampak kental, shining gegiler tau. Masa tu tabur tepung jagung tadi pastu masukkan cuka ngan vanila. Guna kaedah kaup balik nak sebatikan tu.


Adunan tadi tuang atas aluminium tadi. Make sure tepi dia lagi tinggi dari tengah tu tau. Pastu masukkan ke dalam rak tengah oven. Bakar la sampai dia masak ataupun bertukar jadi warna kulit telur..Jangan pulak compare dgn kulit telur angsa atau itik..tu confirm tak masak tu.




Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan dia menyejuk dalam tu. Semerbak bau vanila dan teringat lak pavlova kat Bisou tu.. Agak2 dah sejuk tu..mohlah kita pukul whipping cream tu sampai stiff. Berdasarkan kesalahan yang telah berlaku tadi, Cik Yan rasala masa terbaik nak stop mixer adalah apabila kat cream tu dah makin ketara bentuk alunan dia. Kena ingat stiff dia xlah macam meringue yer..





Curahkan atas bahan bakar tadi dan hias ngan buah pilihan. Macam Cik Yan  kan letak je fruit cocktail. Dengan itu, jadilah PAVLOVA.

Tuesday, 12 July 2011

Harry Potter lagi

Citer Harry Potter nak kuar 14th July ni tapi bezanya kali ni Cik Yan xde sibuk, kepoh2 macam dulu. Tak tengok pun TGV ke GSC online tu. Hah..kali ni xdelah sibuk2 sampai nak amik cuti ke nak tengok midnite ke..Sebabnya adalah kerana....

Dah berkali2 Cik Yan tengok 1st show time dia tapi sambutan x best pun. Cuba tengok kat over the sea..meriah gegiler. Kalu Cik Yan pakai muffler Harry Potter ke atau apa jelah barang Harry Potter, x ramai pun yang ikut sama.

Jadinya kali ni..xnk rushing2..xnak amik cuti sesaja..Biar masa sampai je Cik Yan tengok. Cik Yan tak kisah kalu duk kat cinema tu dari pagi sampai petang untuk tengok Harry Potter je. Heheheh.

Plan nye nak tengok Gold Class, Premier Class, Couple Seat dan juga yang biasa2..Ada sesape terpikir begitu?

Ada sesape nak tau citer dia ending camner? Cik Yan tau lama dah..sejak buku dia kuar dulu..


Ni sesaje je tau

Kalu Cik Yan kata nak open order for biskut coklat ngan biskut sarang semut..agak2 ada yang nak order tak untuk raya?

Ni pertanyaan je xdela serius nak amik order lagi kan..hehehe

Biskut sarang semut

biskut coklat cip
Ni gambar masa buat raya lepas. Masa tu kan kira pertama kali beraya di rumah Melati Utama ni kan..Oven pun baru lagi. Heheheh

Monday, 11 July 2011

Musim demam Harry Potter

Harry Potter kembali lagi ngan last part dia. Kalu la kaya raya..seperti ingin ku tebang ke London untuk mengalami demam Harry Potter secara besar-besaran. Sah2 kat Warner Bros pun  ada latest merchandise kan dan akan Cik Yan beli yang mana menawan hati tanpa kira harganya (ayat kalu KAYA RAYA la).

Dan masa gi beratur tengok premier tu sah2 Muffler Gryfindor dan tongkat sakti akan di bawa sekali..Berangan x ingat dunia ni. Itulah penangan Harry Potter pada Cik Yan...

Ni antara gambo yang dapat Cik Yan download dari newsletter Harry Potter.








Kali ni xdenya Cik Yan membaca buku dia sebab hari tu dah baca sampai habis. Siap boleh berangan dan tertanya kawan baik Cik Yan masa bila pulak scene2 tertentu sebab Cik Yan tak recall tengok kat movie masa tu. Sekali rupanya Cik Yan teradvance. Sesape yang nak tau jalan citer dia sampai abih tapi xde masa baca buku..Cik Yan leh citer. HAHHAAH

Sunday, 10 July 2011

Carrot Cake


Aktiviti baking pada minggu ini adalah membuat carrot cake. Kek ni merupakan kegemaran mak Cik Yan. Kebetulan Birthday dia pun tak lama lagi, jadi wat dulu kek ni, next week insya Allah kita bake la kek lain. Mungkin yang ada coklat2 gak la since dia penggemar coklat. Cik Yan suka, setakat ni, dia takde masalah dalam makan kek2 yang Cik Yan buat. Bukan apa, kekadang bila dia jamah je kek2 yang beli tu, tekak dia automatik gatal dan mula batuk2. Sian tengok mak batuk2 sebab tekak dia sangat sensitif.

Ni kiranya kali kedua Cik Yan buat carrot cake pada tahun ni. Yang leceh kek ni adalah bab kena parut carrot tu. Tapi hasilnya memang puas hatilah. Berbaloi-baloi sebab yang lain tu semua keje biasa je. Dan yang buat jadi semangat lagi adalah kerana kena buat telur putih tu jadi stiff atau bertanduk ataupun shining.

Ni apa yang Cik Yan guna untuk buat Carrot Cake. Next time seperti nak try letak nenas ke apple ke sekali dalam tu.






1 1/2 cwn carrot yang diparut
100g walnut yang dicincang
1 1/2 cwn minyak jagung
150g gula castor
150g brown sugar
4 biji telur diasingkan putih dan kuning

Bahan Ayak
250g tpg gandum
1tsp serbuk kayu manis (Mak Cik Yan x suka bau nya jadi Cik Yan guna 1/2tsp je)
1 1/2tsp soda bicarbonate (Cik Yan guna dlm 3/4 tsp je..x suka, nanti pahit)
1tsp garam


Panaskan oven pada suhu 180C.
Pukul kuning telur dan masukkan minyak, gula castor dan gula perang sehingga nampak pekat dan masukkan carrot yang diparut tadi.


Bahan tadi akan mencair setelah dimasukkan carrot tu. Selepas itu masukkan walnut dan akhir sekali bahan yang diayak. Pastikan rendahkan kelajuan mixer apabila masukkan tepung. Ketepikan.


Didalam bekas yang lain, pukul putih telur sampai dan bila diterbalikkan tak jatuh.

 



Akhir sekali masukkan telur putih ni ke dalam bancuhan tepung tadi dan bakar selama 45 minit.

 
Suggest menggunakan bekas 9*9*4 sebab kek Cik Yan yang pakai bekas kecik naik tinggi gila..macam nak condong lepas kena potong.





Apala carrot cake kalu togel camni je kan..nak makan pun mesti macam tersekat je tekak tu kan. Lagi2 orang yang kurang makan sayur like ME. Jadinya kita balutkan ngan frosting.

Frosting
125g cream cheese
110g icing sugar
50g butter

Pukul semua bahan ni sampai lembut dan sapukan atas kek. Kalu creative hias la kan. Macam Cik Yan memang tak creative..jadi camni jelah.


Siap sudah dan sangat seronok mak suka bila tengok Cik Yan buat kek ni.

Indahnya Cinta

Jadi suka pulak kat lagu ni bila tengok time iklan kat Astro. Paling best bila dia ckp "Indahnya Cinta Sampai Tua" lebih kurang la. Cik Yan x hafal sangat lirik dia. Insya Allah. Semoga kita semua dapat mengecapi cinta sekarang sampai akhir hayat.

Saturday, 9 July 2011

Apakah kebaikannya

Dalam berita baik dalam paper atau online..kat tv pulak semua berkisar BERSIH. Bosan lah pulak. Mujur Cik Yan ni jenis duk rumah je jadi tak lah terasa sangat kalu x dapat kuar berjalan2..

Semua ni pasal ketidak puasan hati ngan sistem politik kan tapi kena ke buat camtu? Tidak boleh kah kita tangani dengan cara intelektual? Golongan bijak pandai kan ramai..dengan cara intelektual yang Cik Yan pun tak taulah camner kan mungkin takde yang susah..tak menyusahkan orang. X menjahanamkan harta benda..

Apa yang korang dapat kalu kena tangkap. Penganjur tu semua kaya raya..kalu kena buang dari Malaysia pun..duit dorang, harta dorang dah berkepok dah..leh duduk goyang kaki jer.. Yang korang ni..kalu kena buang keje, apa korang dapat? Kaya sangat ke macam penganjur?

Tak kesian ke kat anggota penyelamat yang terpaksa bertugas. Ye ada yang cakap takat tengok keta, berdiri, duk lepak2 hisap rokok tapi dorang tu tinggalkan anak bini. Camner kalu ada anak kecik yang mahukan masa untuk berjalan? Tak kesian ke. Nak suruh dorang berenti keje? Sape nak bagi makan? Keje lain? cuba korang berenti keje skang dan carik keje lain..Boleh dapat dengan mudah ke? BENGONG korang ni.

Tu kat berita citer camner orang luar datang KL tapi terpaksa berenti kat memana ntah sebab bas xleh masuk KL. X kesian ke kat dorang yang susah, x biasa dengan jalan kat sini duk menempek kat tepi jalan untuk tunggu masa dapat masuk KL?

Tu tak kesian ke peniaga pasar malam Jalan Tar..yang kerugian kerana aktiviti ni? Korang ni menutup periuk nasi dorang je. Lum lagi dengan jalan2 yang ditutup sana sini, camner kalu berlaku kecemasan, kaum keluarga kita kena gi spital untuk rawatan kecemasan..tak kesian ke?

Ada bukti ke negara2 yang kerap lancarkan perhimpunan haram ni yang berjaya guling kerajaan mereka dapat hidup dengan bagus selamanya? Tak kan..tengok je Indonesia. Gunakan tunjuk perasaan untuk kemerdekaan tapi hasilnya sampai skang negara HANCUR.

Yang bijak pandai yang tak suka keadaan skang, buatla sesuatu secara intelektual supaya semua dapat hasil yang tidak menyusahkan rakyat..Orang yang dok berarak tu semua nya golongan biasa je..Kalu kena tangkap mesti majoriti anak bini, rumah, keta semua tak berbayar nanti.

Kalu gian sangat nak berarak jauh2 camtu..gunala masa perhimpunan Maulidur Rasul..Kan itu lagi bagus. Sambil berarak berselawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Bukan bagus begitu menegakkan syiah Islam.


Blueberry Marble Cheese Cake (Chilled)

Ini adalah resepi pertama Cik Yan dalam membuat kek keju tanpa perlu di bakar. Selama ni kalu kek keju yang x perlu bakar adalah tiramisu je. Memandangkan gelatin telah dibeli jauh nun di Kota Bharu, harusla menggunakannya tanpa was- was lagi.



Pertama kali memakannya adalah sangat enjoy. Tidak begitu terasa cheesy nyer namun combination bahan dalam itu sangat lazat. Seperti Cik Yan kalu lupa diri boleh menghabiskannya (pastu bising gemuk dan kelam kabut nak bakar kalori)..

Based :
1/4 cwn (60g) butter
120g oreo kisar (boleh juga menggunakan biskut digestive sekiranya suka)

Bahan ini digaul sehingga bergumpal dan tekankan atas bekas yang telah di lapik baking sheet. Boleh juga jika ingin cairkan butter tu. Jadi jugak yer..lepas tu simpan dalam fridge selama 30 minit. Kalu nak bakar pun boleh juga..

Filling :
250g cream cheese
200 ml whipping cream
150 ml plain yogurt
90g castor sugar
15g gelatin
60 ml air panas
50g buah blueberry
25 ml blueberry syrup (Cik Yan guna blueberry filling je, leh gak guna jem)

Bancuh gelatin dengan air panas, kacau sehingga larut dan biar suam. Boleh juga gunakan kaedah double boiler.

Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul sehingga sebati dan masukkan gelatin tadi. Pukul lagi hingga rata.

Dengan spatula, masukkan buah dan filling tadi. Memadai kacau biasa saja supaya dapat menghasilkan jalur2 marble nanti. Kemudian tuang atas bekas berisi based tadi dan sejukkan selama 2-3 jam.



Hasilnya SANGAT SEDAP sehingga menjilat sudu..



Friday, 8 July 2011

Jiran Cik Yan

Ha..kali ni nak citer pasal jiran Cik Yan kat opis. Tapi memadai di sebelah, sebelah depan dan jugak depan Cik Yan.

Dedua awek di depan Cik Yan adalah orang yang berpengalaman dalam bidang masing2. Xleh nak citer lelebih tapi Cik Yan nak gelar yang depan Cik Yan tu Pengurus Alam Sekitar dan sebelahnya pulak Pengurus Kesihatan. Cuba tanya akta alam sekitar pada pengurus Alam Sekitar tu..dalam kepala dia je bebenda tu. Nak buang sampah ikut kategori pun kepakaran dia. Pengurus Kesihatan tu pulak bebenda Industrial Hygiene dalam kepala dia jugak.. Cik Yan la pulak kena menuntut ilmu dari mereka berdua ni.

Dan jiran terakhir yang jarang2 Cik Yan cakap2 ngan dia adalah DORAEMON dari Vietnam..Alkisahnya TWSA memanggil dia masuk dalam bilik. Dia panggil "Anh, Anh, Anh" Cik Yan lak dalam tengok worksheet depan mata tu terbayang lagu DORAEMON tu..to be specific tgk masa 00.42 tu





Ni kartun zaman kanak2 Cik Yan..dan nama gelaran ni melekat pada Pengurus Alam Sekitar tu..heheheh

Thursday, 7 July 2011

Wednesday, 6 July 2011

Butter Cake ke Vanilla Sponge Cake

Alkisahnya sebelum kawin, kalu singgah di Jusco Alpha Angle, harus Cik Yan atau En Suami membeli butter cake/ sponge cake buat bekalan di kala dia belajar.

Dah kawin (baru dia tau Cik Yanreti buat kek..hehhehe), maka harusla membuat untuk insan tersayang kan. Tapi sangatlah susah untuk mencapai standard En Suami itu. Padahal semua suka butter cake Cik Yan tu. Bawak balik kampung dia, licin..since mereka suka simple cake.

Bagi Cik Yan, butter cake harusla bila di potong semerbak bau butter, jadi harusla menggunakan butter yang bagus. Tapi En Suami lak, tak suka begitu. Dia nak kan butter cake dia yang xde bau butter. Makanya Cik Yan tukarlah butter tapi butter tu masih berbau wangi gak cuma tak sewangi butter asal.

Apabila berjumpa ngan satu resepi ni..abis..tak jadi langsung..padahal buat kek lain yang complicated senang je jadi..butter cake ni lak seperti bantat..

Jadinya satu hari tu, Cik Yan cakapla yang sebenarnya mungkin selama ni yang kitorang beli tu bukan butter cake tapi adalah sponge cake. Terdiam dia.. Dia tanya naper.. Cik Yan cakapla kerana resepi itu kurang menggunakan butter dan juga menggunakan meringue..jadi bau meringue tu dah mengurangkan bau butter. Dia pun hampir percayalah. Cik Yan lak cakap berdasarkan apa yang Cik Yan baca kan.kalu kena tipu, harap dimaafkan.

En Suami pun, minta la tukang masak dia buatkan butter cake dia ni. Sudahnya boleh pulak dia cakap, boleh tak kalu suruh tukang masak dia belajar ngan Cik Yan sebab kek tukang masak dia tak gebu. Dan mula la nanti2 mungkin kawan2 Cik Yan akan kebosanan makan butter cake kot. Akan Cik Yan guna resepi yang banyak ni dan gunakan style meringue..tengok mana yang buat dia xde komen selepas makan. Dalam komen2 tu..boleh pulak x bagi langsung share butter cake tu ngan orang lain...

Jadi, tau la kan En Suami Cik Yan bukan penggemar kek. Kalu Cik Yan buat kek2 keju ke coklat ber krim ke apa ke..dia cuma jamah atau nak share Cik Yan punya. Selebihnya bawak opis. Dia siap potong dan pack kan. Jadi bagi orang yang suka dok cakap "i tak buat sbb hubby i x suka makan"..ala alasan tu je..anda MALAS kan..HAHHAHA


Mari buat wish list

Memandangkan En Suami sangatla tau apa yang Cik Yan ada kan..jadi harusla kena merancang dengan teliti supaya apa yang di idamkan itu adalah sangat logik baginya.. Jadi setakat ini..tengah malas baking kan..Cik Yan nak list down apa Cik Yan nak.. later kita cancel2 la yang mana macam tak logik kan..

  1. snorkeling (ni lama gila tinggal..sejak kawin xde dah gi snorkeling..rindu sudah diriku pada batu karang)
  2. mandi laut yang bersih (terbayang biru kehijauan air Teluk Kalong di Pulau Redang)
  3. jalan tepi pantai yang bersih (kena letak bersih sbb dulu ada gak gi Cherating..x bersih pun pantai dia)
  4. set pisau chef tu (manalah pisau khas dari jepun itu..)
  5. kasut
  6. kasut
  7. kasut
  8. beg hitam
  9. ni bakal di cancel..tapi buat masa ni letak dulu - tertiba rasa x best je kabinet dapur tu..hehehhe
  10. grill pun..bunga kena cat dark purple..kayu pun kasi tukar..Hahahhah
 Setakat ini list pada hari ini...peace no war!!

Monday, 4 July 2011

Hari ke 4 dlm Julai

Benda rutin takyah citer la kan..selepas melakukan rutin harian..Cik Yan menikmati keindahan seni potong kek Cik Yan. Naper excited sangat kan..sebabnya kek tu The Devil's Food Chocolate Cake kelihatan indah..sangat cantik, tempting setelah dipotong menggunakan pisau yang direndam air panas. Terkesima, terpaku melihatkan keindahan kek yang Cik Yan buat tu. Sangat bersyukur kerana hobi Cik Yan ni menjadi dan membuatkan Cik Yan kurang makan kek. Boleh gitu? Sebabnya adalah sangat excited nak share ngan kawan2 satu dept dan juga teman opis yang suka menikmati kek2 Cik Yan. Suka tengok muka dorang bila Cik Yan tunjuk cake atau pun yang Cik Yan pass kat mereka dalam diam2..tak perlula reveal kan nama2 mereka..senyap sudah..







Tgk..mcm comel bagi Cik Yan.. macam balance je eh tak..nampak kemas..selalu kek Cik Yan kan agak bersepah..hehe. xleh lah..bab kreativiti memang out..

Masa panggil ada sorang mat salleh ni try. Cik Yan cakap la do you to try my devil's food choc cake. Terbeliak mata dia sambil reply "the devils?"..bila dia dah try dengan gelak2 dia ckp rupanya devils tu adala jumlah kalori yang terkandung dalam kek Cik Yan. Siap ada yang puji macam Choc Indulgence sikit. HAHAHAH. kembang diriku ini seperti terbang di awangan pun ada.

Abih kisah opis..petang balik amik anak sedara En Suami dan kami melepak di Wangsa Walk jap untuk cari barang pesanan En Suami. Pastu Cik Yan ajak dia gi makan kat satu tempat ni..Korang tau kan Mee Udang Kuala Sepetang ni sangat sedap jadi Cik Yan pun ajak anak sedara ni makan Mee Udang Mak Jah Kampung Menteri Kuala Sepetang. Perjalanan mengambil masa 15 minit dari Wangsa Walk sebab tak tau arah mana kan..Hehehe..ada tak terfikir macam Cik Yan gi turun Kuala Sepetang Perak?

For info..kedai ini opposite dengan restoran Amy Search, Cheng Ho.


Ni antara gambar yang Cik Yan sempat snap la

menu nya..

ni menuju ke dapur

tepi2 dinding

ni nombor meja

Dan ini pulak hasilnya...







Setakat ni bagi Cik Yan memang berbaloi gi sebab rasa dia samalah jugak ngan kat Kuala Sepetang tu. Udang dia pun udang laut yang segar..service cepat..Harga? tu kat menu tu ada..korang judge sendiri la ek..

Abih makan..saje nak makan frozen yogurt jadi menyinggah la Cik Yan di tutti fruitti..gambar xde..asyik makan sambil jenjalan kaki ke parking keta.

Dalam perjalanan balik, anak sedara tu nak naik lrt Wangsa Maju..pastu terpaksala Cik Yan drive sendiri dari situ kan. Budak tulah siap tanya Cik Yan reti ke nak kuar. Cik Yan cakapla takpe yang ni pandai kot..Hahaha..Pastu tertiba terpandang dashboard. ada lambang pelik. Mujur budak tu tak naik jejantas lagi. Dia gi tengok tayar keta sebab Cik Yan cakap macam x best je sejak pam angin hari tu. Cik Yan cakapla kat dia..ala keta ni rosak ke..tertiba ada lambang ni. Budak tu tengok dan gelak..tapi still explain la kat Cik Yan..


Salahkan En Suami yer..ajar tak abis..Si Kecik xde nye lambang2 gitu..kalu tak perasan..tu lambang atas isyarat lampu tu..Ye Cik Yan recall anak sedara tu ada cakap kita pasang lampu bumper je kalu time senja ni. tak tau lah pulak lampu bumper tekan lain..Patutla selama ni pelik nape la macam x cukup lampu je kalu Cik Yan drive memalam..Lampu besar je tak cantik sungguh..ni baru nampak cantik time tengok kat mirror yang dorang gantung kat selekoh parking.

Habih dah citer..