Tgk..mcm comel bagi Cik Yan.. macam balance je eh tak..nampak kemas..selalu kek Cik Yan kan agak bersepah..hehe. xleh lah..bab kreativiti memang out..
Masa panggil ada sorang mat salleh ni try. Cik Yan cakap la do you to try my devil's food choc cake. Terbeliak mata dia sambil reply "the devils?"..bila dia dah try dengan gelak2 dia ckp rupanya devils tu adala jumlah kalori yang terkandung dalam kek Cik Yan. Siap ada yang puji macam Choc Indulgence sikit. HAHAHAH. kembang diriku ini seperti terbang di awangan pun ada.
Abih kisah opis..petang balik amik anak sedara En Suami dan kami melepak di Wangsa Walk jap untuk cari barang pesanan En Suami. Pastu Cik Yan ajak dia gi makan kat satu tempat ni..Korang tau kan Mee Udang Kuala Sepetang ni sangat sedap jadi Cik Yan pun ajak anak sedara ni makan Mee Udang Mak Jah Kampung Menteri Kuala Sepetang. Perjalanan mengambil masa 15 minit dari Wangsa Walk sebab tak tau arah mana kan..Hehehe..ada tak terfikir macam Cik Yan gi turun Kuala Sepetang Perak?
Ni antara gambar yang Cik Yan sempat snap la
menu nya.. |
ni menuju ke dapur |
tepi2 dinding |
ni nombor meja |
Dan ini pulak hasilnya...
Setakat ni bagi Cik Yan memang berbaloi gi sebab rasa dia samalah jugak ngan kat Kuala Sepetang tu. Udang dia pun udang laut yang segar..service cepat..Harga? tu kat menu tu ada..korang judge sendiri la ek..
Abih makan..saje nak makan frozen yogurt jadi menyinggah la Cik Yan di tutti fruitti..gambar xde..asyik makan sambil jenjalan kaki ke parking keta.
Dalam perjalanan balik, anak sedara tu nak naik lrt Wangsa Maju..pastu terpaksala Cik Yan drive sendiri dari situ kan. Budak tulah siap tanya Cik Yan reti ke nak kuar. Cik Yan cakapla takpe yang ni pandai kot..Hahaha..Pastu tertiba terpandang dashboard. ada lambang pelik. Mujur budak tu tak naik jejantas lagi. Dia gi tengok tayar keta sebab Cik Yan cakap macam x best je sejak pam angin hari tu. Cik Yan cakapla kat dia..ala keta ni rosak ke..tertiba ada lambang ni. Budak tu tengok dan gelak..tapi still explain la kat Cik Yan..
Salahkan En Suami yer..ajar tak abis..Si Kecik xde nye lambang2 gitu..kalu tak perasan..tu lambang atas isyarat lampu tu..Ye Cik Yan recall anak sedara tu ada cakap kita pasang lampu bumper je kalu time senja ni. tak tau lah pulak lampu bumper tekan lain..Patutla selama ni pelik nape la macam x cukup lampu je kalu Cik Yan drive memalam..Lampu besar je tak cantik sungguh..ni baru nampak cantik time tengok kat mirror yang dorang gantung kat selekoh parking.
Habih dah citer..
cake tu mmg nmpak devil la kak yan.. hehe ;p
ReplyDeletehahaha..sesape nak diet xleh mkn kek ni..
ReplyDelete