Saturday, 2 July 2011

Minggu pertama Julai

Cik Yan tak buat pun lagi..setakat kul 8.20 pm ni, baru kuarkan butter, cream cheese ngan butter milk..
Saje blog tu supaya plan kali ni menjadi walaupun dalam hati dah terfikir macam ok je kalu buat esok pagi.

Memula hujung minggu ni Cik Yan plan nak la lap2 pape yang patut..kibas apa yang patut dikibas..tapi dah kena sakit mata ni..haruslah Cik Yan membatalkan plan tu..dahla gatal2 mata karang kena habuk lagi la nak tenyeh je mata tu kan..jadi pulak mata ET.

Kononnya nak buat kek ni. nama dia OPERA Cake. Sebab nak membuatnya adalah kerana dia menggunakan serbuk badam. Hari tu Cik Yan beli sampai 1 kg kot serbuk badam ni dengan hasrat nak buat macaron sampai jadi. Maklumla konon dah puas baca sebab2 nape macaron x jadi kan..Tapi x buat2 jugak sebab siapkan kek2 yang di tempah dan juga terasa malas nak ngadap benda2 yang dikategori macam biskut ni. Jadi setiap kali blog walking..nampak je resepi guna serbuk almond, harus di simpan.



Bila tengok2 resepi Opera Cake ni..makin tengok makin excited nak buat memula..pastu jadi malas..Sebabnya banyak layer tu. salah satu sebab malas buat kek lapis, nilah..tapi kek lapis tu senang la sikit dari kek ni sebab kita curah adunan tu setiap beberapa minit. Kek ni pulak, proses dia banyak mula dari Jaconde Almond, Coffee Syrup, Chocolate Ganache & Coffee Ganache. Okayla bab ganache tu tapi bab nak membelah Jaconde almond kepada beberapa lapisan tu yang leceh tu.

Belek lagi resepi yang ada dan hasilnya adalah cubaan untuk membuat Devil's Food Chocolate Cake. Itu pun dalam nak cari gambo dia..ternampak lak resepi lain. Ish..tidak.. Cik Yan x moh baking macam2 minggu ni. Simpan untuk bebila la nanti.



Okay..nampak simple je kan cake ni..xde layer2 macam Opera tu tadi. Bawah tu chocolate cake je pastu cream cheese dan atas sekali chocolate ganache. Ada sesetengah resepi x letak cream cheese atau chocolate ganache. Cik Yan pula nak buat semua ni sebab stok dark chocolate ngan cream cheese pun banyak. Jadi..next entry baru kita citer samada berjaya atau tak menghasilkan Devil's Food Chocolate Cake ni yer..








No comments:

Post a Comment