Dalam berita baik dalam paper atau online..kat tv pulak semua berkisar BERSIH. Bosan lah pulak. Mujur Cik Yan ni jenis duk rumah je jadi tak lah terasa sangat kalu x dapat kuar berjalan2..
Semua ni pasal ketidak puasan hati ngan sistem politik kan tapi kena ke buat camtu? Tidak boleh kah kita tangani dengan cara intelektual? Golongan bijak pandai kan ramai..dengan cara intelektual yang Cik Yan pun tak taulah camner kan mungkin takde yang susah..tak menyusahkan orang. X menjahanamkan harta benda..
Apa yang korang dapat kalu kena tangkap. Penganjur tu semua kaya raya..kalu kena buang dari Malaysia pun..duit dorang, harta dorang dah berkepok dah..leh duduk goyang kaki jer.. Yang korang ni..kalu kena buang keje, apa korang dapat? Kaya sangat ke macam penganjur?
Tak kesian ke kat anggota penyelamat yang terpaksa bertugas. Ye ada yang cakap takat tengok keta, berdiri, duk lepak2 hisap rokok tapi dorang tu tinggalkan anak bini. Camner kalu ada anak kecik yang mahukan masa untuk berjalan? Tak kesian ke. Nak suruh dorang berenti keje? Sape nak bagi makan? Keje lain? cuba korang berenti keje skang dan carik keje lain..Boleh dapat dengan mudah ke? BENGONG korang ni.
Tu kat berita citer camner orang luar datang KL tapi terpaksa berenti kat memana ntah sebab bas xleh masuk KL. X kesian ke kat dorang yang susah, x biasa dengan jalan kat sini duk menempek kat tepi jalan untuk tunggu masa dapat masuk KL?
Tu tak kesian ke peniaga pasar malam Jalan Tar..yang kerugian kerana aktiviti ni? Korang ni menutup periuk nasi dorang je. Lum lagi dengan jalan2 yang ditutup sana sini, camner kalu berlaku kecemasan, kaum keluarga kita kena gi spital untuk rawatan kecemasan..tak kesian ke?
Ada bukti ke negara2 yang kerap lancarkan perhimpunan haram ni yang berjaya guling kerajaan mereka dapat hidup dengan bagus selamanya? Tak kan..tengok je Indonesia. Gunakan tunjuk perasaan untuk kemerdekaan tapi hasilnya sampai skang negara HANCUR.
Yang bijak pandai yang tak suka keadaan skang, buatla sesuatu secara intelektual supaya semua dapat hasil yang tidak menyusahkan rakyat..Orang yang dok berarak tu semua nya golongan biasa je..Kalu kena tangkap mesti majoriti anak bini, rumah, keta semua tak berbayar nanti.
Kalu gian sangat nak berarak jauh2 camtu..gunala masa perhimpunan Maulidur Rasul..Kan itu lagi bagus. Sambil berarak berselawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Bukan bagus begitu menegakkan syiah Islam.
No comments:
Post a Comment