Pada hari ni, seawal pagi Cik Yan bergerak menuju ke Tmn Kinrara untuk service Si Besar bebetul. Dulu kan Cik Yan sesat kan..elok2 30 minit perjalanan jadi 3 jam pusing2 sesat sebab nya Cik Yan tak maintain lane Cik Yan. Tu yang sampai ke IOI Mall semua tu. Elok2 xde kena tol kena bayar tol beberapa kali.
Service tu amik masa dalam 4 jam Cik Yan rasa. Memula boleh la duk diam sebab Cik Yan ngantuk jadi dengan penuh keselambaan Cik Yan gi tido situ. Pastu terjaga terus la baca paper yang Cik Yan beli awal2 lagi. Dah abis paper, ngadap lak magazine keta2 yang ada. Owh mata Cik Yan terpersona pada Teana, Audi A8. Tapi kalu tanya En Suami, mesti dia tanya balik..Banyak ke duit? Tapi ala apa salahnya berangan2 kan mana tau leh jadi kenyataan.
Kali ni service abih. Aircond filter tukar, betulkan jam dalam tu..ganti fluid pape yang ada dalam keta tu..stereng kasi ringan. Pastu akhir sekali soalan yang terpendam. Tayar ok ke? Jadi technician check pastu cakap kalu nak sedap, memang kena tukar la sebab sekian sekian apa ntah. Cik Yan pun tak ingat apa dia explain. Yang Cik Yan tau..soalan ni laju je kuar...Michelin ok? Technician tu suruh Cik Yan gi Klang untuk dapatkan tayar dan harga yang berpatutan..
Satu yang best tu kan..tempat service ni dekat ngan kedai2 jual barang dapur. Periuk kawah pun ada dan pelbagai jenis periuk, kuali, pisau2 semua ada. Jadi kali ni Cik Yan beli tempat yang letak aluminium foil, cling wrap ngan kitchen towel Cik Yan. Tak perlu la Cik Yan kuar masuk drawer. Jadi next service, leh tengok benda lain..Hehehe.
Ada sorang adik ni masa komen2 kat facebook Cik Yan mention pasal tukar rim semua. Menarik je rasa walaupun kita ni tak tau sangat pasal keta. Tapi as expected, En Suami memang x suka langsung part2 tu. Yang Cik Yan happy kan pasal selama ni Cik Yan takut sangat la merosakkan Si Besar tu..tapi boleh budak tu cakap engine dia bagus lagi..kalah keta yang muda dari Si Besar. Kembang ku rasa. Hahahahah.
No comments:
Post a Comment