Sunday, 10 July 2011

Carrot Cake


Aktiviti baking pada minggu ini adalah membuat carrot cake. Kek ni merupakan kegemaran mak Cik Yan. Kebetulan Birthday dia pun tak lama lagi, jadi wat dulu kek ni, next week insya Allah kita bake la kek lain. Mungkin yang ada coklat2 gak la since dia penggemar coklat. Cik Yan suka, setakat ni, dia takde masalah dalam makan kek2 yang Cik Yan buat. Bukan apa, kekadang bila dia jamah je kek2 yang beli tu, tekak dia automatik gatal dan mula batuk2. Sian tengok mak batuk2 sebab tekak dia sangat sensitif.

Ni kiranya kali kedua Cik Yan buat carrot cake pada tahun ni. Yang leceh kek ni adalah bab kena parut carrot tu. Tapi hasilnya memang puas hatilah. Berbaloi-baloi sebab yang lain tu semua keje biasa je. Dan yang buat jadi semangat lagi adalah kerana kena buat telur putih tu jadi stiff atau bertanduk ataupun shining.

Ni apa yang Cik Yan guna untuk buat Carrot Cake. Next time seperti nak try letak nenas ke apple ke sekali dalam tu.






1 1/2 cwn carrot yang diparut
100g walnut yang dicincang
1 1/2 cwn minyak jagung
150g gula castor
150g brown sugar
4 biji telur diasingkan putih dan kuning

Bahan Ayak
250g tpg gandum
1tsp serbuk kayu manis (Mak Cik Yan x suka bau nya jadi Cik Yan guna 1/2tsp je)
1 1/2tsp soda bicarbonate (Cik Yan guna dlm 3/4 tsp je..x suka, nanti pahit)
1tsp garam


Panaskan oven pada suhu 180C.
Pukul kuning telur dan masukkan minyak, gula castor dan gula perang sehingga nampak pekat dan masukkan carrot yang diparut tadi.


Bahan tadi akan mencair setelah dimasukkan carrot tu. Selepas itu masukkan walnut dan akhir sekali bahan yang diayak. Pastikan rendahkan kelajuan mixer apabila masukkan tepung. Ketepikan.


Didalam bekas yang lain, pukul putih telur sampai dan bila diterbalikkan tak jatuh.

 



Akhir sekali masukkan telur putih ni ke dalam bancuhan tepung tadi dan bakar selama 45 minit.

 
Suggest menggunakan bekas 9*9*4 sebab kek Cik Yan yang pakai bekas kecik naik tinggi gila..macam nak condong lepas kena potong.





Apala carrot cake kalu togel camni je kan..nak makan pun mesti macam tersekat je tekak tu kan. Lagi2 orang yang kurang makan sayur like ME. Jadinya kita balutkan ngan frosting.

Frosting
125g cream cheese
110g icing sugar
50g butter

Pukul semua bahan ni sampai lembut dan sapukan atas kek. Kalu creative hias la kan. Macam Cik Yan memang tak creative..jadi camni jelah.


Siap sudah dan sangat seronok mak suka bila tengok Cik Yan buat kek ni.

No comments:

Post a Comment