Ini adalah resepi pertama Cik Yan dalam membuat kek keju tanpa perlu di bakar. Selama ni kalu kek keju yang x perlu bakar adalah tiramisu je. Memandangkan gelatin telah dibeli jauh nun di Kota Bharu, harusla menggunakannya tanpa was- was lagi.
Pertama kali memakannya adalah sangat enjoy. Tidak begitu terasa cheesy nyer namun combination bahan dalam itu sangat lazat. Seperti Cik Yan kalu lupa diri boleh menghabiskannya (pastu bising gemuk dan kelam kabut nak bakar kalori)..
Based :
1/4 cwn (60g) butter
120g oreo kisar (boleh juga menggunakan biskut digestive sekiranya suka)
Bahan ini digaul sehingga bergumpal dan tekankan atas bekas yang telah di lapik baking sheet. Boleh juga jika ingin cairkan butter tu. Jadi jugak yer..lepas tu simpan dalam fridge selama 30 minit. Kalu nak bakar pun boleh juga..
Filling :
250g cream cheese
200 ml whipping cream
150 ml plain yogurt
90g castor sugar
15g gelatin
60 ml air panas
50g buah blueberry
25 ml blueberry syrup (Cik Yan guna blueberry filling je, leh gak guna jem)
Bancuh gelatin dengan air panas, kacau sehingga larut dan biar suam. Boleh juga gunakan kaedah double boiler.
Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul sehingga sebati dan masukkan gelatin tadi. Pukul lagi hingga rata.
Dengan spatula, masukkan buah dan filling tadi. Memadai kacau biasa saja supaya dapat menghasilkan jalur2 marble nanti. Kemudian tuang atas bekas berisi based tadi dan sejukkan selama 2-3 jam.
Hasilnya SANGAT SEDAP sehingga menjilat sudu..
Nk tny..gelatin tu bli kota bharu kt kedai mne ye?
ReplyDeleteSaya beli online je tapi kali x silap dia ada kiosk kat KB mall
ReplyDelete