Friday, 30 September 2016

Kari Ikan Tanpa Santan

Resepi ni dicari suatu ketika dulu sebab terasa nak makan kari tapi untuk elak dari rasa tak sama macam yang En Suami masak, kena buat kelainan.

Hasilnya boleh tahan, dah banyak kali masak dan bila masak dengan bawal putih pun sedap je rasanya.

Adaptasi dari Blog Azlita

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan 
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh halba
  • 1 cawan air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
Bahan kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
Cara memasaknya
  • Panaskan minyak kemudian tumis jintan manis sehingga wangi baru dimasukkan halba.
  • Masukkan bawang yang di hiris, daun kari, tumis hingga garing
  • Apabila bawang dah garing, masukkan bahan kisar serta cili kisar. Anggaran cili bergantung tahap kepedasan yang kita mahu
  • Kemudian masukkan rempah kari dan sedikit air. Rempah ini mestila dimasak sehingga garing untuk menghilangkan rasa rempahnya.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air dan dibiarkan mendidih
  • Apabila kuah dah mendidih, masukkan bendi atau terung diakhiri ikan, perasakan dengan garam secukupnya dan tutup api.

Sunday, 25 September 2016

Kari Ayam Tanpa Santan

Resepi ni di ambil dari group masak2 kat FB, Masak Apa Hari Ni. Resepi asal dari Sis Kalai yang memang banyak berkongsi resepi masakan2 India yang menjadi kegemaran sesetengah kita ni.

Sebab tak larat nak type satu2 dan Cik Yan bila masak pun refer pada gambar ni, maka Cik Yan upload jela dalam ni buat rujukan 1 hari nanti. 

 



Ikan Butter Milk

Tiga tahun yang lalu, sejak En Suami kena sesekali masuk opis kat Subang Jaya, dia kekadang suka belikan lauk butter milk ni tak kira la ikan, ayam atau daging. Katanya dari restoran Islam Laos ke Champa tak perasan Cik Yan. Pernah makan kedai ni masa Mia kecik & ada maid yang tua tu, memang sedap sangat walaupun kedai kecik tapi servis pantas dan sentiasa ramai orang menanti tempat kosong.

Cik Yan pun tak tau naper tertiba tergerak hati nak test padahal tekak dok teringatkan sotong masak telur masin. Tapi untuk buat tu ada beberapa bahan tak wujud dalam rumah ni maka terjadilah resepi Ikan Dory Butter Milk.

Ni antara 3 resepi yang Cik Yan google dan menarik cumanya 1 je yang guna susu pekat semata memandangkan 2 resepi lain memerlukan susu cair. Susu cair tu sesekali beli untuk kejadian puding caramel tak pun masak pape. Susu pekat lak dibeli sebab antara bahan diperlukan untuk donut. Tapi sebab dah pandai sikit skang, lepas buka susu tin tu segera tukar atau salin dalam botol kaca jadi takdela terdedah pada tindakbalas tin dan udara kan...

Resepi asal guna ayam tapi ayam tak de yang boneless. Sebab ada lauk ikan parang masak asam pedas jadi Cik Yan dedikasikan lauk ikan dory ni untuk kanak2 riang.

Adaptasi dari Blog kathyjem.

Bahan-bahan ~ sukatan ikut anggaran sendiri
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Tepung Gandum
  • 1 tbsp Susu Pekat (Susu cair pon boleh)
  • 1 tangkai  Daun Kari
  • Ayam atau ikan atau udang (dipotong kecil-kecil)
  • Butter
  • 1 butir telur
Cara memasaknya
  • Ayam atau ikan di celup ke dalam telur dan salutkan tepung gandum
  • Goreng sehingga masak dan ketepikan 
  • Butter dicairkan dalam kuali kemudian tumis bawang putih (kuantiti butter akan menentukan kuantiti kuah)
  • Apabila bawang putih naik bau, masukkan sesudu besar susu pekat (kalau lebih nanti manis tapi bergantung pada citarasa gak)
  • Masukkan sedikit air
  • Akhir sekali masukkan ayam atau ikan yang telah di goreng tadi bersama daun kari
Note:
Kalau nak pedas, boleh je tumis sekali cilipadi atau cili kering bersama garlic tapi Cik Yan memang buat untuk kanak2 riang maka tak letak la. Lagi lak ikan parang asam pedas pun dah terlebih pedas hari ni..


Ayam Masak Merah

Ayam masak merah merupakan salah satu lauk yang akan dicari sekiranya terdapat jemputan majlis kahwin. Biasanya, ayam masak merah ketika majlis kahwin tu ada satu rasa yang menjadikan ianya sangat sedap.

Dulu, En Suami ada beli pes masak merah ni tapi dia tak ingat beli kat mana dan Cik Yan dah merata tempat cari. Pes tu sedap sangat sebab selama beli pes masak merah tu takde yang memberikan satu rasa yang Cik Yan cakap tadi.

Tapi skang, tau dah sebab ada kawan Cik Yan pandai buat pes tu...masa memenuhi jemputan makan2 kat rumah dia time raya, mak aih punyala sedap ayam masak merah dia pastu.....siap hint lagi sila buatkan pes bila berkesempatan memandangkan keadaan kami memasing yang mempunnyai kanak2 riang kan.

Walaupun macam tu, Cik Yan still lagi mencari resepi ayam masak merah yang kena pada tekak sebab bagi Cik Yan, tak salah pun cuba dan perasaan tu semakin membuak sebab masa memula masak tu, kanak2 riang suka amat sampai tak cukup lauk. Resepi pertama kali tu (resepi tanpa pes, first time sejak ada Muhammad), Cik Yan share kemudian sebab hp tengah charge. Ni resepi kali kedua pastu memang saja buat banyak dan kanak2 riang suka jugak.

Resepi adaptasi dari buku 1Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong gelang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
 Bahan B (dikisar)
  • 15  tangkai cili kering
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
Cara memasaknya
  • Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga garing
  • Masukkan ayam yang digoreng tadi diikuti sos tomata, bawang besar, garam dan gula.
  • Jika mahu, boleh dimasukkan air sedikit
  • Gaul sehingga sebati dan rata

Friday, 16 September 2016

Puding Karamel

Ini merupakan resepi kedua Cik Yan cuba demi untuk mendapatkan tekstur yang En Suami inginkan. Katanya cuba buat macam kita beli kedai (yang jual dalam bekas microwave kecik2 tu) sebab tekstur yang Cik Yan buat tu tak selembut mana sebab bagi Cik Yan keadaan tu sesuai dah bila kita potong dia, cantik lagi baki2 yang lain.

Adaptasi dari Tertunailah Hasrat Di Hati

Bahan-bahan

Bahan untuk puding

  • 6 butir telur 
  • 1 tin susu sejat 
  • 1 tin air 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan untuk karamel

  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 tbsp air

Cara penyediaan karamel

  • Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. 
  • Masukkan air, kacau sehingga kesemua larut dan tuangkan ke dalam bekas 

Penyediaan puding

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang
  • Masukkan susu dan air
  • Curahkan esen vanila
  • Tapis adunan kemudian tuang ke dalam bekas berisi karamel
  • Kukus selama 20-25 minit
  • Apabila puding dah sejuk sedikit, terbalik kan dan simpan dalam peti seketika
Notes:
Cik Yan dapat tekstur yang diingini En Suami tapi tak berapa suka dengan hasil kejadian yang berlubang2. Teringat tengok rancangan masakan, itu tandanya terlebih pukul telur takpun terlebih kukus.
Maka akan datang, Cik Yan nak gunakan resepi yang sama tetapi menggunakan teknik bain marie.



Kuih Cara Manis



Beberapa bulan lepas Cik Yan minta En Suami belikan acuan bahulu tembaga jika dia bekerja di Kuala Terengganu. Kisahnya sebab selalu teringat kakak selalu buat masa kami kecik2 dulu menggunakan acuan tembaga yang arwah abah beli. Masa balik rumah mak, ngendeng la acuan tu tapi mak kata dia sayang sebab dibelikan abah.
Maka En Suami pun meluangkan masa mencari acuan itu pastu dia tanya, suruh beli ni nak buat apa. Acuan2 kuih, barang2 membakar dessert atau pastry jangan ditanya soalan sebegitu. Lainla peralatan mengemas, yang mudah2 pun ku tunggu mood mendatang.
Jadinya ketika melihat kewujudan daun pandan di dalam peti ais, maka terus dirancang membuat kuih cara manis untuk hidangan minum petang. Resepi pilihan datang dari Mat Gebu tapi rerata resepi yang lain pun sama je bahan-bahannya.

Adaptasi dari blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan

  • 2 cwn tpg gandum
  • 3 cwn santan kelapa (nak sedap guna yang fresh) ~~ ai guna santan kotak cap Ayam
  • 2 butir telur
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya, sebagai inti
  • Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

Cara membuatnya

  • Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  • Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  • Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  • Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 











Thursday, 15 September 2016

S'more Dip

Time Raya Haji baru ni, kami terkurung la di dalam rumah dek kerana kanak2 riang dedua tu kena jangkitan HFMD. Plan asal nak balik beraya kampung En Suami tak kesampaian sebab risau nanti anak-anak buah kena lagilak ada baby dalam 3 bln gitu umur lagilah kita harus risau.

Sampai satu masa tu En Suami ajak gi KLIA just untuk bagi kanak2 riang tu tengok kapal terbang dengan lebih dekat. Yelah nak gi bercuti naik kapal terbang agak tak sesuai sangat la skang .. duit yang ada harus berjimat cermat jadi leh selalu shopping barang baking dan mengopi..HAAA over tak.

Masa nak balik tu, En Suami bermurah hati nak belikan kanak2 riang tu coklat dan kanak2 riang no 1 telah memilih marshmallow dalam paket yang sangat besar dan En Suami ok kan aje. Coklat lain menarik tau tapi bila Cik Yan kata eh nak la this one (Lindt dark choc x silap), En Suami cakap tunggu dia bisnes travel nanti leh beli kat duty free. Emmmmm. Sabo jelah.

Maka selepas beberapa hari marshmallow itu disorok En Suami dan kanak2 riang lupa akannya, pagi ni Cik Yan terasa untuk mencuba resepi ni yang dah lama dibaca dan pernah try tapi tak berapa menjadi.

Resepi asal dari http://www.fivehearthome.com/2014/08/10/smores-dip-baked-in-skillet-oven/

Ingredients

  • 1/2 tablespoon butter
  • 1 1/2 cups chocolate chips (semi-sweet, milk chocolate, or a combo) ~ ai guna dark compound coin
  • 15 jumbo marshmallows, halved ~ eh x perasan..ai x halve
  • Graham cracker squares ~ ai cicah cream cracker aje..tu pun sikit.

Instructions

  • Adjust rack to center position of oven and place 8-inch cast iron skillet on rack. 
  • Preheat oven to 450°F with skillet inside. 
  • Once oven is preheated, use a pot holder to remove hot skillet from the oven. 
  • Place pat of butter in the skillet and use a pot holder to hold the handle and swirl the skillet so that the melted butter coats the bottom and sides. 
  • Pour chocolate chips in an even layer into the bottom of the skillet. 
  • Taking care not to burn fingers on the sides of the skillet, arrange marshmallow halves over the surface of the chocolate chips, covering the chocolate completely. 
  • Bake for 5 to 7 minutes or until marshmallows are toasted to your preference (watch closely!). 
  • Use an oven mitt to remove the skillet from the oven and allow to rest for 5 minutes. Serve immediately with graham cracker squares or sticks...but be careful, because the dip (and the skillet) will be very hot!

Notes
  • You may use another type of oven-safe baking dish, but it should be noted that the chocolate will probably melt more evenly (and stay melted more consistently) using a heavy cast iron skillet, which retains heat better than other types of dishes.
  • Be sure to let the skillet rest for 5 minutes before serving so that the residual heat from the skillet can finish melting the chocolate chips. Some of the chocolate chips may retain their shape, but once you dip a graham cracker into them, they should be fully melted (in the same way that chocolate chips melted in the microwave hold their shape until stirred).
  • Adjust the proportions of chocolate and marshmallows to your liking or to the size of the skillet or baking dish that you use, but don't make the layer of chocolate chips too thick or they may not fully melt.
  • You may use whatever type of chocolate or marshmallows you have on hand...finely chopped chocolate, mini chocolate chips, regular chocolate chips, mini marshmallows, (halved) jumbo marshmallows, etc.

Cara ai....

  • Calit butter dekat bekas, ai guna ramekin sebab xnak banyak2 nanti kanak2 riang overdose sugar
  • Tabur dark compound coins tu bagi jangan bertimbun
  • Susun marshmallow, letak butter skit atas dia
  • Masuk oven bakar temp 200C selama 20 minit ke 10 minit ~ nanti ai ulang buat, ai update ek
  • Memula guna bottom heat dulu kasi coklat cair
  • Pastu top heat untuk brownish the marshmallow 
  • Pastu use both heat sekejap
  • Kuarkan dari oven, biar seketika pastu amik sudu dan biskut terus makan. 
Best tau sebab marshmallow it self memang takleh tekak telan rasa macam getah kan tapi bila dah bakar sedapnya sangat2. Lagi hangus, lagi sedap selagi tak mencapai tahap hangit atau rentung kot.





Kuih Tepung Beras

Kuih tepung beras ni Cik Yan mula kenal selepas kawin dengan En Suami lagi2 dia yang tukang buat. Kalau suka makanan macam lempeng bagai leh try resepi ni sebab dia ibarat lempeng cumanya ada bawang goreng. Makan dengan kari pape memang sesuai la rasa dia. 

Dan lagi sekali sebab ni copy paste dari notes dlm FB Cik Yan, maka formatnya agak berlainan la dari yang biasa Cik Yan buat bila share resepi.

Nilah resepi kuih tepung beras :

Sebiji bawang besar dihiris dan digoreng
Goreng bwg smpi kekuningan..
Goreng bwg smpi kekuningan


1/2 Paket tepung beras
2 biji telur
Air (jgn cair sgt)
Santan
Garam
Gula

Santan (kuar dari fridge..heheh) Tepung beras ngan telur..gambo garam, gula ngan air x amik ye
Santan (kuar dari fridge..heheh) Tepung beras ngan telur..gambo garam, gula ngan air x amik ye


Bancuh tpg, telur dan air. Make sure tak cair sgt. Pastu masukkan bawang yg dah kena goreng tadi tu. Last2 letak santan ngan garam & gula secukup rasa. Pastu masak mcm korang buat lempeng tu...Tapi memandangkan xde kuali leper, maka terjadilah aksi2 ni..


Leperkan selagi boleh..kalu ada kuali rata lg senang keje


Siap dah..






Wednesday, 14 September 2016

Bread Machine Cinnamon-Raisin Bread

Cik Yan dalam mood meroti tambahan lagi dah beli tepung roti atau nama lain high protein flour dan 500g instant yeast. Kisahnya beli banyak gitu sebab jenama SAF takde stok dalam bentuk kotak macam Mauripan tu.

Nak buat donut, kids kena HFMD jadi memang cuba elakkan dorang dari makan gula sebab sah2 minuman bagai pun ada gula kan.

Roti pilihan kali ni adalah roti loaf yang ber kismis.
Adaptasi dari Betty Crocker
Bread Machine Cinnamon - Raisin Bread



Bahan-bahan

  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter or margarine, softened
  • 3 cwn tepung roti
  • 3 tbsp gula
  • 1 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk kayu manis
  • 2 1/2 tsp instant yeast
  • 3/4 cwn kismis

Cara membuatnya
  • Sukat setiap bahan dan masukkan segala bahan-bahan kecuali kismis ke dalam bekas roti. Kismis diletakkan pada bekas fruit/nut pada bread machine tersebut kalau tak pun, masukkan kismis pada 5-10 minit terakhir kneading cycle ~ ni pepandai la yer mengenal bread machine anda
  • Tekan pilihan SWEET atau BASIC/WHITE
  • Pilihan crust LIGHT / MEDIUM 
  • Tukar pilihan NO NUT kepada YES
  • Tunggu sehingga masak, keluarkan dari bekas dan sejukkan sebelum disimpan 

Sunday, 4 September 2016

Kek Sarang Semut

Terasa nak abiskan susu pekat yang ada dalam peti, bahan lain pun semua ada maka jadilah aktiviti membuat kek bersama kanak-kanak riang.

Kek Sarang Semut ni kawan yang share resepi ni sebab resepi yang Cik Yan pernah guna tu kena peram sampai 4 jam sebelum bakar. Resepi ni buat terus bakar jadi boleh la cuba.

Adaptasi dari Facebook Princess Ema

Bahan-bahan
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter
  • 4 butir telur
  • 1 cwn susu pekat
  •  1 cwn tepung gandum
  • 2 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya
  • Buat karamel dengan meletakkan gula atas dapur, apabila gula mula mencair dan bertukar warna, letak air. Pada ketika ini, kadang2 berlaku percikan, jadi berhati-hati ketika curahkan air tu. Kemudian masukkan butter dan tutup api. Biar sejuk.
  • Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan susu dan pukul sebati
  • Masukkan tepung kemudian akhir sekali masukkan air gula yang dah sejuk tadi
  • Bakar pada suhu 160C selama 50 min menggunakan api bawah dan kemudian 10 minit lagi menggunakan api atas bawah.

Ayam Bakar Mayonis

Hari ni Ahad, seperti biasa mood memasak adalah sangat ke laut tapi kalau tak masak, lapar kan. Jadi segalanya harus mudah disediakan tapi sedap di makan. Lunch buatkan budak2 ni ikan dory masak halba pastu ikan jenahak tempoyak untuk kami. Masak tu memang ngam2 je utk lunch kotla nanti nak merayap ke kan..

Tapi nampaknya mood merayap pun ke laut, mungkin sebab beberapa hari ni asyik kuar sekejap jadi weekend rasa bagusnya duk rumah. Lagi bagus bila budak2 kasi chance tengok tv jadi perasaan melekap depan tv bestnya...

Sebab lauk dah abis, maka buat ayam panggang sebab ada lebihan ayam yang tak di masak hari tu. Sebelum ni ada resepi yang sedap tapi sebab terasa nak buat yang mudah2 aje, maka Cik Yan guna resepi ni.

Adaptasi Resepi dari http://www.dianarashid.com/2015/07/resepi-ayam-bakar-mudah-dan-sedap.html

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kcil garam
Cara memasaknya 
  •  Tumbuk bawang putih sehingga lumat
  • Campurkan bahan-bahan lain dan lumur pada ayam
  • Ayam terpulang sama ada nak dipotong2 atau bahagian besar
  • Perap selama 30 - 60 minit
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau bergantung pada oven masing2
  • Dalam masa pembakaran tu, sedap je kalau nak letak butter dan madu dekat ayam tu

Saturday, 3 September 2016

Teriyaki Salmon



Masa dalam perjalanan ke Port Klang, kawan bagitau plan dia nak buat salmon teriyaki donburi. Google tengok macam eh boleh terima ke tekak ni. Pastu satu blog ni tunjuk pulak simple teriyaki salmon terus rasa eh leh try ni nanti.

Dinner tak tau nak makan apa sebab memasing kenyang lagi tapi tak makan langsung karang takut pulak kelaparan di tengah malam jadinya try jelah resepi ni.

Adaptasi dari http://www.justonecookbook.com/easyrecipe-print/26259-0/

Ingredients
  • 2 salmon fillets with skin (about ¾ lb./340 g, ½ to ¾ " thickness, skin will hold the flesh together while cooking.)
  • ¼ tsp. kosher salt
  • Freshly ground black pepper
  • 1 Tbsp. all-purpose flour
  • ½ Tbsp. vegetable oil
  • 1 Tbsp. butter
  • 1 Tbsp. sake (or dry sherry) ~ Cik Yan guna apple cider
Seasoning
  • 1 Tbsp. sake (or dry sherry) ~ Cik Yan guna apple cider
  • 1 Tbsp. mirin (or 1 Tbsp. sake + 1 tsp. sugar) ~ Cik Yan guna apple cider + gula
  • 1 Tbsp. sugar
  • 2 Tbsp. soy sauce

Instructions
  • Combine the ingredients for Seasonings and mix well until the sugar is mostly dissolved (or you can microwave for seconds). Rinse the salmon and pat dry. Season the salmon with kosher salt and black pepper on both sides.
  • Sprinkle ½ Tbsp. of all-purpose flour on one side of salmon and spread evenly. Flip over and sprinkle the rest of flour on the other side. Gently remove the excess flour.
  • In a frying pan, add the vegetable oil and melt the butter over medium heat. Don’t burn the butter. If the flying pan gets too hot, reduce heat or remove from the heat temporally.
  • Add the salmon fillets, skin side on the bottom (this will be top when you serve). Cook the salmon for 3 minutes, or until the bottom side is nicely browned.
  • Add sake and cover with lid. Steam the salmon for 3 minutes, or until it's cooked through. Remove the salmon to a plate.
  • Add the seasonings to the pan and increase the heat little bit. When the sauce starts to boil, add salmon back in the pan and spoon the sauce over the salmon.
  • When the sauce thickens, turn off the heat. Plate the salmon on a plate and serve immediately.
 Notes ;
  • Kenapa tabur tepung sikit sebab : * By coating the fish with flour, we keep nice umami and juice inside. Also, the texture will get crispy and the sauce will be nicely coated.
  • Sebab Cik Yan tak baca bebetul, Cik Yan terbuat cara lain tapi masih sedap gak. Cik Yan letak ikan macam dia suruh pastu biar 3 minit. Lepas tu curah seasoning + air dan biarkan sampai masak.



Thursday, 1 September 2016

Guacamole version Cik Yan

Alkisahnya teringin nak makan kerepek chachos tu tapi dah tau kena share ngan kanak-kanak riang, maka niat tu dipendamkan saje sampaila satu hari tu, pegang avocado dapat yang lembik maka terus beli avocado sebiji dan chachos keju tu.

Memang dari dulu makan kerepek tu bercicahkan Guacamole tapi dulu ai buat pedas amat tau. Sedap! Kali ni sejak bertemankan dua kanak-kanak riang, maka harus di seimbangkan semuanya. Dorang dibenarkan makan junkfood tapi kena cicah benda2 sihat. Tulah sape kata duk rumah senang, banyak terbatas gak demi keseimbangan keluarga ..erkkkk.



Simple je nak buat guacamole ni..

Bahan-bahan
  • 1 biji avocado ~ mashed with fork
  • 1/2 ulas bawang besar - dadu
  • 1/2 biji tomato - dadu
  • Cilipadi kalau suka - potong halus
  • Lemon juice secukup rasa
  • Garam & Gula secukup rasa
Cara membuatnya
Gaul semua bahan kemudian curah lemon juice, garam dan gula mengikut kesesuaian tekak. Avocado ni kalau ada yang suka, boleh je dadu2 tapi macam Cik Yan memang dari dulu suka dia hancur lumat. Kalau dapat rasa yang seimbang, dapatlah rasa lemak avocado, pedas cilipadi dan masam masin manis semua.