Sunday 19 June 2011

Salah satu aktiviti hujung minggu


Semalam Cik Yan cuba la kek baru. Nama dia Lemon Cheese Ice Cream Cake. Tapi nak buat kek ni sangat2 mencabar bagi Cik Yan. Mungkin sebab Cik Yan tak biasa dan kurang pandai lagi dalam bab baking kan. Sponge cake tu membuka semangat sebab naik cantik dan lembut..

Bila bab membuat cream tu dah mula melemahkan semangat sikit. Pertamanya dalam resepi tu kata putar sampai pekat tapi tak pekat2 pun. Banyak je tengok tapi kek sponge tu sikit jadi macam tak balance je. Simpan dalam freezer rasanya sejam lebih kot. Cik Yan siap tertido tu..sedar2 teringat keje tak siap lagi..Jadi tak jugak keras dan bila nak putar lagi terpaksala Cik Yan amik separuh je.

Dah letak non dairy whipping cream pun tak pekat gak..jadi tawakal jelah..Huhu. Dah belah sponge cake tabur lak cream tu kat tengah2 dan letak lagi selapis. Terus simpan dalam freezer. Pagi tadi terus siapkan topping dia. Hasilnya tak tau lagi sebab nak potong kat rumah mak Cik Yan. Oh ya..sempat gak try resepi lain blueberry cake. Konon resepi hari tu macam sikit je kan pastu buah blueberry jatuh kan..ni Cik Yan gunala bekas kecik dan buah tu Cik Yan x tekan2 masuk dalam tray (separuh sekali ngan tepung, separuh golek je atas kek tu)..kali ni aiya..kek membuak melimpah sikit dan blueberry tu tak tenggelam pun.. Lesson learned.



Lemon Cheese Ice Cream Cake
 

Blueberry lemon cake

No comments:

Post a Comment