Friday, 17 June 2011

Mee Bandung Muar

Cik Yan sangat suka mee bandung. Sejak bila suka adalah sejak mendapat peluang makan di restoran Kunyah, Wangsa Walk. Sejak itu harus singgah makan mee bandung jika berjalan di Wangsa Walk.

Sesaja pesan kat kawan sebab dulu dia ada tanya nak tak perencah mee bandung tapi Cik Yan tak rasa nak pulak..


Tapi sejak sangat susah nak gi Wangsa Walk..maka Cik Yan minta tolong kawan Cik Yan belikan sekiranya dia ke Muar. Jadinya dapat la perencah ni..Kawan Cik Yan siap ajar lagi camner nak buat dalam kuantiti yang sikit..dia cakap amik 2 sudu paste ni..tapi...nanti Cik Yan citer ek..

Perencah Mak Pon


Cara Cik Yan yang nak instant je kan..

Stok Udang >Udang dikupas kulit..kulit di cuci hingga bersih dan direbus kemudian kisar hingga halus dan tapis.
Udang 
Daging di hiris nipis dan direbus bersama halia sedikit sampai empuk
Tauhu digoreng sikit
Tomato di belah sesuka hati
Bawang putih dan merah
Sayur sawi
Telur
dan terakhir sekali pastinya PERENCAH MEE BANDUNG

Tumis bawang putih sehingga naik wangi
Masukkan udang dan biar macam kemerahan sikit. Pastu masukkan air rebusan daging beserta daging sekali. Kemudian masukkan stok udang yang kita buat tadi tu. Biar kan sampai mendidih.

Apabila mendidih, masukkan perencah tu. Kalu takat nak makan berdua katanya 2 sudu besar cukup tapi Cik Yan letak 5 sudu besar yang 3 dari tu menimbun. Tu yang tertiba rasanya menjadi seperti makan di KUNYAH tu.,.jimat duit pasni. HEHEEHEH

Kacau dan kacau dan masukkan sayur sawi dan tomato. Letakkan sedikit garam dan kalu suka leh perah air limau. Celur mi kuning dan letakkan dalam bekas sebelum dicurah kuah. Pastu untuk telur tu pulak, Cik Yan amik sesenduk dan letak dalam kuali..pastu Cik Yan pecah kan telur dan biar sehingga kuning telur mengeras kemudian pindahkan ke dalam mangkuk nak makan tu. Pastu tabur la tauhu goreng tu ngan daun pape ntah tu Hasilnya seperti gambar di bawah. Ni adalah cara Cik Yan..jadi sesape yang lagi pandai..sure panjang idea korang kan..



No comments:

Post a Comment