Pada ketika ini, Cik Yan sibukla sangat ngan resepi berasaskan blueberry. Memula buat kek blueberry, menggunakan buah blueberry segar, bawak opis, Alhamdulillah semua suka..pastu try lagi resepi lain tapi Cik Yan tak suka la sangat. Ni try pulak blueberry filling...hasilnya pun sangat sedap. Cik Yan suka..lagi2 taster keju Cik Yan pun kata okay lah jugak.
Based :
120g oreo
2-3 tbsp butter
Mesinkan oreo sampai halus dan gaulkan dengan butter sehingga boleh dikepal. Kemudian tekankan kepada bekas spring form. Cik Yan guna bekas biasa je tapi alas baking sheet. Simpan dalam fridge.
Filling :
250g cream cheese
70g butter
120ml fresh cream
120g gula castor
50g tepung jagung
30g tepung superfine (Cik Yan guna Self raising flour)
(Dedua tepung ni diayak bersama..senang keje)
1 tsp vanila
4 biji telur ayam..diasingkan putih dan kuningnya
2 tbsp blueberry filling
Topping :
Blueberry filling
Panaskan oven pada suhu 150C
Pukul cream cheese, butter, gula dan fresh cream sehingga gebu. Tahap mana gebu tu kan..korang tengokla sendiri..akan ada perasaan seperti eh gebunya..hehehe
Masukkan kuning telur satu persatu dan vanila dan pukul sehingga sebati. Masukkan kedua2 jenis tepung menggunakan kaedah kaup balik.
Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur sehingga bila kita terbalik kan pun tak tumpah..kalu tumpah, sila buat balik yer. Lagi satu cara untuk pastikan telur tu dah cukup kembang adalah bila kita dapat bentuk tanduk yang tegak bila kita tenyeh pemukul kita kat putih telur tu.
Dengan menggunakan kaedah kaup balik juga, masukkan telur tu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian tambahkan blueberry filling dan kacau dengan penuh kelembutan.
Tuangkan adunan tu ke dalam bekas yang berisi oreo tu dan bakar selama 70 - 75 minit (Cik Yan still amalkan cucuk kat tengah2 utk tau dah masak lum)
Dah masak, biar je dalam oven tapi pintu kasi buka sikit..pastu dah sejuk tu masukkan dalam fridge. Biarkan selama 4-5 jam atau semalaman sebelum dihiaskan dengan topping dan boleh dihidangkan..
No comments:
Post a Comment