Thursday, 2 June 2011

Long Weekend - 1st plan

Maka dengan ini pada 2 Jun 2011, selepas tamat waktu bekerja bermulala cuti hujung minggu yang panjang buat Cik Yan. Ni kerana Hari Pertabalan Agong yang jatuh pada hari Sabtu, maka syarikat kami pun bercuti pada hari Jumaat. Macam2 nak buat time ni walaupun Cik Yan x bercuti-cuti Malaysia. Tapi awal2 cakap ek kalu tertiba satu apa pun tak jadi..korang janganla cakap Cik Yan hampeh (teringat kawan Cik Yan dedulu suka ckp "hampeh"). Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..Jadi Cik Yan rancang je banyak2 dan tengok mana yang jadi kan..xkan xde rancang pape..tu nak jadi apa lak kan..

Tadi gi KLCC beli benda2 ni sebab teringin nak rasa Nutella Cupcake which end up berjenis Cik Yan beli..worth it ya..

Pavlova..sedaplah

Salah satu darinya Nutella Cupcake


Sedapla Pavlova..nanti nak lagi




Dah dapat apa yang nak dirasa maka harusla Cik Yan bersenam kan supaya menjadi sihat.Jadi Cik Yan nak berlari di atas tanah/ jalan..tapi taklah jauh kan..dari rumah ke stesen LRT Gombak pastu patah balik rumah kan..tapi masa bagitau kat kawan Cik Yan (teringat acid splasher) dia cakap turun je join tai chi kat taman tu pastu lari je kat situ..kurang sikit risau kan.Jadi nampak gaya seawal 6.30 pagi Cik Yan harusla terpacak kat taman tu kan..mesti nak tau gak buat2nye kena bayar dulu kan..selalu dorang mula pukul 6.45 pagi.

Selepas tu..konon macam nak breakfast set mc donald tu tapi nanti nak gi Jusco..sure ada benda lain Cik Yan nak beli tu.Cancel la breakfast tu.Jadi aktiviti selepas bersenam tu adalah menuju ke Jusco kerana ada member sales. Cik Yan harusla melengkapkan barang2 rumah Cik Yan. Lama betul x shopping barang dapur ni sampaikan sos tiram pun xde stok dah. Pastu kalu boleh nak gi makan mee bandung kat Kunyah, Wangsa Walk.

Memula hari tu macam nak buat movie marathon..tapi ada pulak orang tanya xnak ke buat biskut coklat Cik Yan tu..dia nak beli..mula hati ini haru biru..mcm best pulak dapat buat biskut kan..tapi still Cik Yan tak fikir lagi pasal biskut ni sebabnya malam tu kena siapkan RVC ngan Oreo Cupcake..kawan Cik Yan nak amik pepagi Sabtu nanti..tu lum lagi org order untuk celebrate birthday Mak dia. Jadi kan pada hari Sabtu, Cik Yan kena buat kek besday orang pada besday Cik Yan..korang ada? HAHAHHA.

Bila dah beli barang tu sah2 leh tengok ikan2, sotong2, udang2 semua kan.. Macam nak la pulak makan ketam kan. Harap adalah rezeki Cik Yan..Kesimpulannya pada hari Jumaat ni Cik Yan nak masak bebetul..ada lauk ikan ke ketam ke bersama sayur, pencuci mulut semua..Tak lupa gak nak beli buah2an dan juga avocado. Cik Yan suka skang ni buat Guacamole..best okay makan dengan corn chip takpun nugget. Jadi itu setakat ni perancangan Cik Yan pada hari Jumaat.Oh ya Cik berazam nak start balik skim exercise Cik Yan macam dulu. Jadi harapnya di hari keputerian Cik Yan, Cik Yan akan melakukan minimum 2 jenis exercise seperti dahulu..

No comments:

Post a Comment