Sunday 26 June 2011

Lemon White Chocolate Cake

Kek ni dikategorikan dalam senarai Continental Cake. Kenapa? Mana Cik Yan tau. Chef cakap gitu, Cik Yan google pun memang cakap camtu gak. Jadi Cik Yan takla turut bebulat kata Chef kan. Hehehe. Overall bagi Cik Yan, kek ni amat sesuai la kot nak hidang masa minum petang..takpun masa raya, Cik Yan tau dah nak buat kek apa bawak balik kampung En Suami.


Bahan Kek

150g coklat putih - dicairkan menggunakan kaedah double boiler, biar suam
250g butter
3/4 cwn gula castor
3 biji telur (Size A)
2 tbsp jus lemon
1 biji lemon zest
2 1/2 cwn tepung naik sendiri - ayak 3 kali
1/4 cwn susu (Cik Yan guna full cream)


Panaskan oven pada suhu 180C.

Putarkan butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
Kemudian masukkan lemon zest (bila nak masukkan lemon zest baru sagat), jus lemon dan coklat putih.
Apabila adunan sebati, masukkan tepung berselang seli dengan susu dan putar sehingga sebati dengan low speed. Tuangkan ke dalam bekas dan bakar selama 45 min sekiranya menggunakan bekas 9" atau selama 30 min dengan bekas 10".


 
Frosting

60g coklat putih dicairkan
1/4 cwn gula castor/ gula biasa - kurangkan 2 tbsp supaya x manis melampau
1 tbsp jus lemon
1 tsp butter

Cairkan jus lemon dan gula secara double boiler atau pun direct fire. Apabila gula hancur, angkat dan gaulkan dengan butter. Tuangkan atas kek tadi. (sebelum tuang, cucuk kek tu sikit2). Pipe coklat putih cair tadi di atas kek yang telah di letakkan campuran gula tadi.

p/s : kek ni open for order..
pastukan kalu rasa macam malas je nak frosting tu..makan camtu je pun ok gak..terasa lemon tau ngan coklat tau..


No comments:

Post a Comment