Monday, 27 June 2011

Pemikiran Cik Yan

Masa belek2 facebook Cik Yan, Cik Yan terbaca status kawan Cik Yan ni. Bunyinya agak menarik untuk Cik Yan ulas walaupun mungkin apa yang kawan maksudkan x sama dengan pemahaman Cik Yan. So untuk kawan Cik Yan, pinjam ek quote anda itu :

"org tua kata..belajar tinggi melangit ke hujung dunia sekalipun kalau dah takde ajaran dalam tutur kata menghormati orang lain tk guna jugak.. ada betul tak geng!"

Ada keadaan di mana seorang ni memang berkelulusan tapi miskin dengan budi bahasa. Miskin dengan sifat hormat menghormati. Bila kita cakap pasal hormat, x bermakna hormat sesama manusia je tapi hormat la segala yang berkaitan. 

Contoh dulu..Cik Yan dapat bag free dari bank kerana berjaya buat housing loan dengan bank tu. Bag tu sangat besar yer..macam sesapa badan kecik leh masuk dalam tu..Jadi memandangkan Cik Yan naik LRT, maka bag tu tinggal dulu di opis sementara menunggu abah Cik Yan berkesempatan menjemput bila balik keje. Ada hamba Allah ni datang sambil bercakap kakinya dengan selamba menendang bag tu berkali2. Cik Yan terkejut dan tak suka dengan perilaku itu. Itu harta Cik Yan, sekali pun dapat free, Cik Yan appreciate benda itu dan tak mahu orang lain rosakkan. Cik Yan terus tegur.  tapi hamba Allah tu makin galak menendang sambil cakap dia pedulik apa..Dari situ mula Cik Yan terasa hati ngan sikapnya..tapi abis situ la.


Ada pulak sesetengah orang sangat bangga dengan cara dia yang lantang itu. Ye, bersuara lantang, outspoken tak salah tapi bila ada orang menegur, sila rendahkan nada anda..sila ikut rentak orang itu. Tapi bagi dia tidak. Dia jelah betul..Mungkinkah Allah nak menguji hamba Allah itu dengan perilaku sebegitu? 

Kawan yang baik akan menegur tapi kalu kawan tu jugak yang sentiasa salah, sah2 kawan itu menjauhkan diri. 


Jangan nak salahkan kenkawan kerana kenkawan sentiasa menegur tapi tiada perubahan..Jadi bagi Cik Yan makin lama makin hilang hormat Cik Yan pada orang itu. Biarlah belajar tinggi mana..biarla pangkat setinggi mana tapi kalu xde budi bahasa, x disanjung juga. Seperti pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" 


Sanggupkah kita hidup dengan keadaan kawan menjauhi diri, Sanggupkah kita hidup dengan keadaan kawan sentiasa terluka atau mengelak dari bercakap ngan anda? Bagi yang ego, bagi yang rasa bagus..mungkin bagi mereka tak perlu menjaga hati kawan tapi hakikatnya hidup perlukan kawan jugak..


No comments:

Post a Comment