Wednesday, 29 June 2011

Kegilaan baru


Kegilaan baru pada masa ini adalah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

membuat chilled cheese cake x kirala jenis apa pun..

termasukla tiramisu sbb tiramisu mana kena bakar kan..lagi lak nak tau naper?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kerana Cik Yan sentiasa ada stock 2kg cream cheese dlm fridge..
 
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

dan jugak

stok gelatin yang dah disahkan halal

jadinya leh GUNAKAN TANPA WAS - WAS



Monday, 27 June 2011

Blueberry Cheese Cake

Pada ketika ini, Cik Yan sibukla sangat ngan resepi berasaskan blueberry. Memula buat kek blueberry, menggunakan buah blueberry segar, bawak opis, Alhamdulillah semua suka..pastu try lagi resepi lain tapi Cik Yan tak suka la sangat. Ni try pulak blueberry filling...hasilnya pun sangat sedap. Cik Yan suka..lagi2 taster keju Cik Yan pun kata okay lah jugak.



Based :
120g oreo
2-3 tbsp butter

Mesinkan oreo sampai halus dan gaulkan dengan butter sehingga boleh dikepal. Kemudian tekankan kepada bekas spring form. Cik Yan guna bekas biasa je tapi alas baking sheet. Simpan dalam fridge.

Filling :
250g cream cheese
70g butter
120ml fresh cream
120g gula castor
50g tepung jagung
30g tepung superfine (Cik Yan guna Self raising flour)
(Dedua tepung ni diayak bersama..senang keje)
1 tsp vanila
4 biji telur ayam..diasingkan putih dan kuningnya
2 tbsp blueberry filling

Topping :
Blueberry filling

Panaskan oven pada suhu 150C

Pukul cream cheese, butter, gula dan fresh cream sehingga gebu. Tahap mana gebu tu kan..korang tengokla sendiri..akan ada perasaan seperti  eh gebunya..hehehe

Masukkan kuning telur satu persatu dan vanila dan pukul sehingga sebati. Masukkan kedua2 jenis tepung menggunakan kaedah kaup balik.

Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur sehingga bila kita terbalik kan pun tak tumpah..kalu tumpah, sila buat balik yer. Lagi satu cara untuk pastikan telur tu dah cukup kembang adalah bila kita dapat bentuk tanduk yang tegak bila kita tenyeh pemukul kita kat putih telur tu.

Dengan menggunakan kaedah kaup balik juga, masukkan telur tu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian tambahkan blueberry filling dan kacau dengan penuh kelembutan.

Tuangkan adunan tu ke dalam bekas yang berisi oreo tu dan bakar selama 70 - 75 minit (Cik Yan still amalkan cucuk kat tengah2 utk tau dah masak lum)



Dah masak, biar je dalam oven tapi pintu kasi buka sikit..pastu dah sejuk tu masukkan dalam fridge. Biarkan selama 4-5 jam atau semalaman sebelum dihiaskan dengan topping dan boleh dihidangkan..



Pemikiran Cik Yan

Masa belek2 facebook Cik Yan, Cik Yan terbaca status kawan Cik Yan ni. Bunyinya agak menarik untuk Cik Yan ulas walaupun mungkin apa yang kawan maksudkan x sama dengan pemahaman Cik Yan. So untuk kawan Cik Yan, pinjam ek quote anda itu :

"org tua kata..belajar tinggi melangit ke hujung dunia sekalipun kalau dah takde ajaran dalam tutur kata menghormati orang lain tk guna jugak.. ada betul tak geng!"

Ada keadaan di mana seorang ni memang berkelulusan tapi miskin dengan budi bahasa. Miskin dengan sifat hormat menghormati. Bila kita cakap pasal hormat, x bermakna hormat sesama manusia je tapi hormat la segala yang berkaitan. 

Contoh dulu..Cik Yan dapat bag free dari bank kerana berjaya buat housing loan dengan bank tu. Bag tu sangat besar yer..macam sesapa badan kecik leh masuk dalam tu..Jadi memandangkan Cik Yan naik LRT, maka bag tu tinggal dulu di opis sementara menunggu abah Cik Yan berkesempatan menjemput bila balik keje. Ada hamba Allah ni datang sambil bercakap kakinya dengan selamba menendang bag tu berkali2. Cik Yan terkejut dan tak suka dengan perilaku itu. Itu harta Cik Yan, sekali pun dapat free, Cik Yan appreciate benda itu dan tak mahu orang lain rosakkan. Cik Yan terus tegur.  tapi hamba Allah tu makin galak menendang sambil cakap dia pedulik apa..Dari situ mula Cik Yan terasa hati ngan sikapnya..tapi abis situ la.


Ada pulak sesetengah orang sangat bangga dengan cara dia yang lantang itu. Ye, bersuara lantang, outspoken tak salah tapi bila ada orang menegur, sila rendahkan nada anda..sila ikut rentak orang itu. Tapi bagi dia tidak. Dia jelah betul..Mungkinkah Allah nak menguji hamba Allah itu dengan perilaku sebegitu? 

Kawan yang baik akan menegur tapi kalu kawan tu jugak yang sentiasa salah, sah2 kawan itu menjauhkan diri. 


Jangan nak salahkan kenkawan kerana kenkawan sentiasa menegur tapi tiada perubahan..Jadi bagi Cik Yan makin lama makin hilang hormat Cik Yan pada orang itu. Biarlah belajar tinggi mana..biarla pangkat setinggi mana tapi kalu xde budi bahasa, x disanjung juga. Seperti pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" 


Sanggupkah kita hidup dengan keadaan kawan menjauhi diri, Sanggupkah kita hidup dengan keadaan kawan sentiasa terluka atau mengelak dari bercakap ngan anda? Bagi yang ego, bagi yang rasa bagus..mungkin bagi mereka tak perlu menjaga hati kawan tapi hakikatnya hidup perlukan kawan jugak..


Sunday, 26 June 2011

Count On Me

Cik Yan tengok citer apa ntah sekali lagu ni jadi sound background.. Bila tengok lirik, Cik Yan teringat kat kenkawan baik Cik Yan. Pastu ni saje je nak kaitkan ngan En Suami lak..

Setiap kali Cik Yan terjaga time dia keje..mesti missed call dia dan dia dengan segera return call.

Setiap kali ada masalah kat opis atau jiwa kacau..sampai rumah sure dia akan bagi nasihat, pujuk dan tunjuk jalan supaya nampak the +ve side..

Yes, Cik Yan memang bergantung pada dia..seperti bak kata dalam lirik ni..
"And I know when I need it I can count on you like 4 3 2,  And you’ll be there"

Lemon White Chocolate Cake

Kek ni dikategorikan dalam senarai Continental Cake. Kenapa? Mana Cik Yan tau. Chef cakap gitu, Cik Yan google pun memang cakap camtu gak. Jadi Cik Yan takla turut bebulat kata Chef kan. Hehehe. Overall bagi Cik Yan, kek ni amat sesuai la kot nak hidang masa minum petang..takpun masa raya, Cik Yan tau dah nak buat kek apa bawak balik kampung En Suami.


Bahan Kek

150g coklat putih - dicairkan menggunakan kaedah double boiler, biar suam
250g butter
3/4 cwn gula castor
3 biji telur (Size A)
2 tbsp jus lemon
1 biji lemon zest
2 1/2 cwn tepung naik sendiri - ayak 3 kali
1/4 cwn susu (Cik Yan guna full cream)


Panaskan oven pada suhu 180C.

Putarkan butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
Kemudian masukkan lemon zest (bila nak masukkan lemon zest baru sagat), jus lemon dan coklat putih.
Apabila adunan sebati, masukkan tepung berselang seli dengan susu dan putar sehingga sebati dengan low speed. Tuangkan ke dalam bekas dan bakar selama 45 min sekiranya menggunakan bekas 9" atau selama 30 min dengan bekas 10".


 
Frosting

60g coklat putih dicairkan
1/4 cwn gula castor/ gula biasa - kurangkan 2 tbsp supaya x manis melampau
1 tbsp jus lemon
1 tsp butter

Cairkan jus lemon dan gula secara double boiler atau pun direct fire. Apabila gula hancur, angkat dan gaulkan dengan butter. Tuangkan atas kek tadi. (sebelum tuang, cucuk kek tu sikit2). Pipe coklat putih cair tadi di atas kek yang telah di letakkan campuran gula tadi.

p/s : kek ni open for order..
pastukan kalu rasa macam malas je nak frosting tu..makan camtu je pun ok gak..terasa lemon tau ngan coklat tau..


Friday, 24 June 2011

Investment

Ha...apa korang fikir..adakah terfikir Cik Yan nak :

  1. promo investment memana
  2. hasilan investment
  3. ajak masuk MLM?
Owh tidak...

Sekarang, baik yang tua atau muda semua dah ada kesedaran dalam meningkatkan ekonomi memasing. Semua memikirkan pasal bila x keje..ada duit banyak..ada modal berpusing jadi setiap bulan macam ada je gaji..Bagus tu tapi ada gak limit.

Ada setengah terlampau mengejarkan simpanan di masa hadapan sehingga lupa keadaan skang. Duit ada sibuk beli unit trust, share sana sini..sampaikan duit belanja kena sekat.

Ada yang membuat ASB loan..di sini kita jangan citer pasal halal haram ASB yer..semua pasal beberapa tahun akan datang..duit leh dpt sekian2 amaun..

Tapi terlupa..terlampau mengejarkan duit yang banyak pada masa hadapan, benda yang perlu tak di hiraukan.. Contohnya rumah. Kalu korang ada banyak investment pun..rumah takde..atau duk menumpang rumah family, Cik Yan rasa sangat tak bagus. At least..sebijik rumah sendiri kena ada supaya time kejatuhan, kita ada tempat berlindung. Yelah kalu anak dah ramai..takkan korang nak duduk rumah family lagi..

Ada kes dimana seorang budak muda baru je keje..memula overtime sangat banyak..jadi terus buat ASB loan. Sudahnya bila overtime berkurangan, terpaksa meminta duit tambahan dari keluarga..Harus ingat ASB loan dah jadi commitment yer..

Cik Yan pernah dipujuk untuk amik loan ni. Tapi alasan Cik Yan satu je..kalu Cik Yan nak beli rumah..adakah bank akan mudah meluluskan loan Cik Yan. Sekiranya Cik Yan nak beli keta, adakah senang jugak? Dan sekiranya Cik Yan memerlukan duit yang sangat banyak..mudahka Cik Yan?Jadi bagi sesape yang dah cukup semua, nak buat ASB loan berjuta2 pun xpelah..

Pastu ada pulak yang ghairah beli emas..beli silver..pastu gadai semua..isk..mana boleh gitu kan..kalu buatnya terjadi pape..bank atau tempat gadaian xleh buka..camner kita nak survive. Jadi harusla ada dalam tangan juga sikit kan. Pasal tulah pelarian Champa masih boleh hidup senang walaupun dalam pelarian kerana mereka membawa emas bersama mereka dulu..

Kalu beli tanah sana sini pun..kalu x membuat pape..kita bayar saje la tanah tu kan..pastu bila xde duit..ada tanah pun xleh buat rumah..camner tu..Jual tanah? boleh..kalu tak laku camner?

Jadi dalam ghairah nak invest sana sini..siapkan dulu keperluan penting kita. Hutang rumah kasi clear atau kecik kan..Jangan ghairah nak duit banyak in future sampai tak enjoy kehidupan skang. Ada duit, bahagi2 kan..untuk simpanan / investment dan juga shopping ke jenjalan ke..jangan terlampau kejar duit yang tak pasti kita dapat nikmati nanti.

Ada orang xde duit dalam tangan tapi masih lagi nak citer investment dia dalam berjuta2 di masa hadapan..Halo..kalu ditakdirkan Allah kita sakit..duit tu susut gitu je..jadi berpada2..Jangan enjoy melampau..jangan invest melampau..

Wednesday, 22 June 2011

Latest List on Baking Project

Memandangkan dalam kemalasan pun masih boleh membaking atau pun mendapat ayat seperti " buatla bila rajin ek, nanti sms"..Jadi harus Cik Yan update list yang korang terasa nak, dan boleh tryla Cik Yan punya. Hasilnya bukanla sama taraf ngan  Secret Recipe ke Bisou ke..tapi boleh la makan kan. Dan sekali lagi..jangan la tanya berat sekilo brp..sebab Cik Yan charge PER RECIPE..kalu korang nak jugak Cik Yan timbang2..nanti Cik Yan beli penimbang dan harga kena naik. BOLEH? nape kena naik sbb sah2 Cik Yan harus menambah bahan2 itu supaya mencapai berat tu kan..nak berniaga xleh tipu..nanti tak berkat..kalu dah kata sekilo..harusla menjadi sekilo kan..

Jadi sila la order..

Red Velvet Cake - Whole cake size 7 inch (setakat ni)



Red Velvet Cupcake



x sempat hias..

4 oz (min 6 dan gandaannya)
3.25 oz (min 9 dan gandaanya)
3.25 oz 16 pcs - ni self collection. susah nk bawak gi opis. beg plastik pun xde.
2.25 oz (min 12 dan gandaanya)



Blueberry Cheese Cake - Oreo based with blueberry filling



2 Layer Chocolate Cake

ni sesaje tau..bukan utk jualan time tu


Carrot cake with cream cheese- xde gambo

Ni pulak kalu rasa2 macam nak bawak gi kenduri atau makan reramai sebab kategori plain cake iaitu takde topping..xde hiasan pape.mmg kek tu je

Japanese Souffle Cheese Cake - tekstur dia mcm kapas..not too cheesy


Basic Baked Cheese Cake - Oreo based

Plain Cheese Cake - Oreo based with yogurt inside

Blueberry marble cheese cake - chilled



ni slice Cik Yan..oreo atas tu yg bersepah time potong..


Blueberry Cake

Lemon White Chocolate Cake









Marble cheese brownies



Lagi bagus kalu leh self collection. payah kot nk bawak banyak2 gi opis. List akan di update bebila rasa macam dah puas cuba sesuatu resepi. Cik Yan seperti terpikir resepi ala2 chocolate indulgence. Oh ya..kalu rasa2 nak kek coklat with chocolate ganache..di terima jugak..

Cik Yan jugak boleh la tampal2 edible kat cupcake. Mungkin pilihan cupcake adalah seperti oreo cupcake, vanila, blueberry ke, carrot cake ke..hehehhe. contoh mcm ni adalah oreo bersama butter cream. Cik Yan buat untuk anak buah yang kecik2 kat kampung En Suami.



Mintak maaf berbanyak jugak kerana hiasan mungkin agak kurang kemas. Cik Yan masih lagi mencuba untuk membaiki nya yer..


Tuesday, 21 June 2011

Ku harus

Cik Yan harus sedaya upaya menyiapkan tempahan kenkawan. Lama sudah mereka menggunakan perkataan "buatla bila rajin, tak kisah". Jadi perkataan itu harusla ada penamat kan.

Ya Allah berikan la hamba mu ini kerajinan. 

Jadi minggu ini harus Cik Yan langsaikan segala order di terima pada minggu lepas dan juga yang diterima pada minggu ini. 


Balance ke

Solat wajib..no exception kan

Tapi bermasam muka, menyimpan dendam pada orang tertentu..Selisih tak pandang, tegur jawab kasar..

Dalam Islam kata kena berbaik sesama manusia kan...

Takat raya minta maaf hari lain tak bertegur sapa..apa motif?

Motif entri? Leh fikir la kan..

Sunday, 19 June 2011

Just wondering..

Cik Yan jumpa En Najib dari sebagai kawan - couple - tunang - isteri. Alhamdulillah jodoh panjang dan mak pun tak la risau Cik Yan banyak bf ke banyak kuar ngan lelaki sana sini ke. Sebelum jumpa En Suami..memang ada gak kuar ngan kawan baik lelaki. Lelaki pun leh jadi kawan baik kan..Sampai sorang gf ni tanya kat bf dia iaitu kawan baik Cik Yan "nape korang x couple je ek" Jawapan kami adalah kami menjaga antara satu sama lain supaya dapat yang terbaik. Kawan Cik Yan bertemu jodoh ngan seorang wanita yang sangat baik, dan kami jadi kawan jugak..Samala macam Cik Yan jugak..jumpa En Suami dan En Suami pun boleh masuk ngan kawan baik Cik Yan ni. Kami kawin kalu tak silap selang 2 minggu kot. Nama pun kawan baik kan kawin pun dekat2 tapi dia dah ada baby. Cik Yan je lum lagi. Takpe. Allah yang rencanakan semua dan tau yang terbaik buat kita kan.

Ada jugak orang yang jodohnya tak panjang..kawan2 putus..tunang2 putus. Pastu ada jugak yang macam kurang setia dalam bercouple pasang sana sini atau layan sana sini. Jadi bila frust amat..bila tension orang tanya bila nak kawin terus pilih je sesape yang available. Teringat lak kisah bas yang kawan2 forward dulu. Tu nanti jelah Cik Yan carik. Ada jugak dah kawin tapi masih lagi ingat kenangan ngan orang lain. Secara jujurnya..takpe ke gitu?

Kawan baik Cik Yan yang pompuan ni, dulu ada bf..Cik Yan suka gak ngan dia. Kami selalu atau istilah lain, Cik Yan selalu menyibuk masa dorang dating. Silap korang ek..yang dating datang area Ampang Park, KLCC sape suruh pastu suruh datang join..Silap besar la..Lelama bf ni senyap dan kawan Cik Yan cakap gf dulu pun dia buat camtu gak. Pyscho ke? Isk. Jadi bila dah clash, kawan Cik Yan macam sedih tapi lelama ok la tu. Jadi bila dah lelama, Cik Yan tanya kalu jumpa mamat ni lagi camner? Dia jawab aku cuma nak tau dia bahagia ke tak..tu je. Kalu dia dah dapat yang terbaik Alhamdulillah..Kalu tak dapat lagi, tapi aku dah dapat. Aku SUKA..cheit..

Jadinya orang yang suka pasang banyak2 ni..ada separuh siap post la kat memana aksi seperti suami isteri..korang rasa camner? tak malu ke korang nanti bila jumpa atau kawan2 tanya eh sape laki ni..sape pompuan ni..dulu pegang2, peluk2 orang lain? Dan masih perlu ka simpan kenangan ngan pasangan kekasih lama? Meaning teringat dedulu lepak kat sana sini, lagu cinta sesama la..Serius tak dosa ke gitu? Yelah mana tau masa tu alpa bab agama korang macam suami isteri ke kan..jadi bila dah kawin, kita teringat..tak bertambah dosa ke..


Salah satu aktiviti hujung minggu


Semalam Cik Yan cuba la kek baru. Nama dia Lemon Cheese Ice Cream Cake. Tapi nak buat kek ni sangat2 mencabar bagi Cik Yan. Mungkin sebab Cik Yan tak biasa dan kurang pandai lagi dalam bab baking kan. Sponge cake tu membuka semangat sebab naik cantik dan lembut..

Bila bab membuat cream tu dah mula melemahkan semangat sikit. Pertamanya dalam resepi tu kata putar sampai pekat tapi tak pekat2 pun. Banyak je tengok tapi kek sponge tu sikit jadi macam tak balance je. Simpan dalam freezer rasanya sejam lebih kot. Cik Yan siap tertido tu..sedar2 teringat keje tak siap lagi..Jadi tak jugak keras dan bila nak putar lagi terpaksala Cik Yan amik separuh je.

Dah letak non dairy whipping cream pun tak pekat gak..jadi tawakal jelah..Huhu. Dah belah sponge cake tabur lak cream tu kat tengah2 dan letak lagi selapis. Terus simpan dalam freezer. Pagi tadi terus siapkan topping dia. Hasilnya tak tau lagi sebab nak potong kat rumah mak Cik Yan. Oh ya..sempat gak try resepi lain blueberry cake. Konon resepi hari tu macam sikit je kan pastu buah blueberry jatuh kan..ni Cik Yan gunala bekas kecik dan buah tu Cik Yan x tekan2 masuk dalam tray (separuh sekali ngan tepung, separuh golek je atas kek tu)..kali ni aiya..kek membuak melimpah sikit dan blueberry tu tak tenggelam pun.. Lesson learned.



Lemon Cheese Ice Cream Cake
 

Blueberry lemon cake

Saturday, 18 June 2011

Shopping List

Saje nak letak dalam blog.....

Shopping list for this weekend :

  1. Cream cheese 2kg
  2. Castor sugar
  3. Soda bicarbonate
  4. Whipping cream - dairy
  5. Butter - seperti nak tukar kepada SCS atau Anchor...Cik Yan naik kan harga kek blh? Hahaha
  6. White Cooking Choc
  7. Oat
  8. Cadbury bar
  9. Spring form bulat size 7
  10. Blueberry filling
  11. Fresh blueberry
  12. Vanila
  13. Pewarna merah
  14. Bekas plastik
  15. Kotak kek
Barang masak hari2? Ala malas la pulak nak check.. yang pasti bawang putih, bawang merah dan bawang besar ada. Heheheh


Friday, 17 June 2011

Mee Bandung Muar

Cik Yan sangat suka mee bandung. Sejak bila suka adalah sejak mendapat peluang makan di restoran Kunyah, Wangsa Walk. Sejak itu harus singgah makan mee bandung jika berjalan di Wangsa Walk.

Sesaja pesan kat kawan sebab dulu dia ada tanya nak tak perencah mee bandung tapi Cik Yan tak rasa nak pulak..


Tapi sejak sangat susah nak gi Wangsa Walk..maka Cik Yan minta tolong kawan Cik Yan belikan sekiranya dia ke Muar. Jadinya dapat la perencah ni..Kawan Cik Yan siap ajar lagi camner nak buat dalam kuantiti yang sikit..dia cakap amik 2 sudu paste ni..tapi...nanti Cik Yan citer ek..

Perencah Mak Pon


Cara Cik Yan yang nak instant je kan..

Stok Udang >Udang dikupas kulit..kulit di cuci hingga bersih dan direbus kemudian kisar hingga halus dan tapis.
Udang 
Daging di hiris nipis dan direbus bersama halia sedikit sampai empuk
Tauhu digoreng sikit
Tomato di belah sesuka hati
Bawang putih dan merah
Sayur sawi
Telur
dan terakhir sekali pastinya PERENCAH MEE BANDUNG

Tumis bawang putih sehingga naik wangi
Masukkan udang dan biar macam kemerahan sikit. Pastu masukkan air rebusan daging beserta daging sekali. Kemudian masukkan stok udang yang kita buat tadi tu. Biar kan sampai mendidih.

Apabila mendidih, masukkan perencah tu. Kalu takat nak makan berdua katanya 2 sudu besar cukup tapi Cik Yan letak 5 sudu besar yang 3 dari tu menimbun. Tu yang tertiba rasanya menjadi seperti makan di KUNYAH tu.,.jimat duit pasni. HEHEEHEH

Kacau dan kacau dan masukkan sayur sawi dan tomato. Letakkan sedikit garam dan kalu suka leh perah air limau. Celur mi kuning dan letakkan dalam bekas sebelum dicurah kuah. Pastu untuk telur tu pulak, Cik Yan amik sesenduk dan letak dalam kuali..pastu Cik Yan pecah kan telur dan biar sehingga kuning telur mengeras kemudian pindahkan ke dalam mangkuk nak makan tu. Pastu tabur la tauhu goreng tu ngan daun pape ntah tu Hasilnya seperti gambar di bawah. Ni adalah cara Cik Yan..jadi sesape yang lagi pandai..sure panjang idea korang kan..



Eleh..

Anda berlagak..cakap gaji besar..


Anda siap cakap lagi kat orang yang gaji jauh beza dari anda.."kalu sedar diri kuli xpe"


Padahal anda pun makan gaji gak..jadinya ayat kuli itu boleh di guna pakai pada diri sendiri kan..


Tapi pehal pun..haruskah kata begitu?

Jangan nikmat anda di tarik nanti..baru tahu langit tu tinggi rendah.

Bersyukurlah atas apa yang ada.


Wednesday, 15 June 2011

Budi bahasa la skit.

Ni entri kesimpulan daripada apa yang berlaku atau apa yang dilihat..

Situasi A
Saya ada kek ni..sila la mkn..
Balasan > dgn pandangan semacam..saya tak mkn kek2 mcm ni.
Kan bagus jika > ok tima kasih..nanti saya amik ek..skang kenyang la..(berlakon la sikit)

Situasi B
Citer pasal kek..
Balasan > tak tau pun..saya biasa beli kat sini kan..

Situasi C
Ni saya ada buat kek ni
Balasan > kek ni tahap mana..sambil menyebut tempat2 tertentu
Bukan ka bagus jika anda tak perlu membanding ngan memana..kalu tahap2 tempat tertentu..baik kita charge seperti tempat itu kan..

Situasi D
"Eh..dah pandai ke buat sekian sekian.."
Apa kata twist ayat tu kepada camner cubaan tu..jadi x mcm yang kita selalu beli?

Situasi E
Elo..mana kek..kalu u x bg i rasa..mana tau sedap ke tak. Terukla u ni..sudah lupa kawan.
This one meh Cik Yan jawab seperti En Suami nk sound in fb hari tu..
"U are no longer around..nape nk expect the same thing..if you want it so much..if you are her friend..orde la..kwn tlg kwn..asyik nak FREE je!"..Ber msg, ber chat ckp nak order tapi SENYAP gitu..
Kesimpulannya En Suami ckp..u takyah la amik kalu dia bebetul nak order sekali pun..

Situasi F
Bila org dari tmpt lain dtg makan2.."Eh ko ni mesti dtg pasal tgk kat fb dia kan"
Keadaan sebenar : Setiap kali saya bawak utk share..Saya akan EMAIL mintak kenkawan itu datang yer..takde setakat ni yang terhegeh2 tgk kat fb pastu dtg kat tempat saya mintak. TAKDE okay..Semua mereka itu adalah sangat TERHORMAT..Kalu saya citer panjang pun dgn mereka ini..dorang langsung takde tanya "ai..xnak bagi rasa ke"

Tuesday, 14 June 2011

Tapai

Cik Yan sangat suka tapai...lagi2 tapai pulut..

Masa kawin sampai abah kena carik orang yang pandai buat tapai pulut sebab masa tu dah sedih abah tak dapat contact kawan dia yang jual kuih bakar kegemaran Cik Yan masa kecik2.

Makcik Cik Yan iaitu adik abah sponsor tapai pulut for the wedding. Alhamdulillah..Time wedding dapat kuih bakar tu dan jugak tapai pulut.

Pertama kali ber aidil adha di Besut, Mak mertua dan adik ipar sibuk buat tapai. Bila dapat tau Cik Yan sangat suka..dorang tambah lagi kuantiti pulut tu. Katanya untuk bawak balik KL. Dan balik KL pulak selepas bekalan tu abis..En Suami buatkan dan Cik Yan bungkus pakai daun getah (ni tak pasti..org ganu sila jawab)..kalu belah Melaka pakai daun pisang..tu confirm Cik Yan tau. Heheh.

Sudahnya orang kampung yang rapat dan sedara mara dan juga mertua adik ipar datang semua bawak tapai pulut. En Suami terpaksa la pulak control Cik Yan.

Time Aidil Fitri lak..Cik Yan duk dapur mengadap tapai pulut sambil siap2 air dan juadah raya. Tukang layan tetamu adala adik ipar yang sedang berpantang.

Hari ni..kawan bagi lak. Terasa seperti ingin makan masa tu jugak tapi jiran ada. Control dan control..Balik rumah konon nak bagi sejuk dulu tapi tak terdaya. SEDAP tu...



List Cik Yan

Selalunya Cik Yan cuma tengok dan fikir nak buat tapi ntah bila la kan..Jadi kononnya berikut adalah list kek2 yang Cik Yan nak cuba buat. Tak semestinya untuk dijual tapi untuk di bawak balik ke rumah keluarga Cik Yan. Dorang sama jugak Cik Yan adalah penggemar kek. Kalu belah En Suami lak harapkan adik ipar dan biras Cik Yan jelah.. Bebudak? harus di rasuah ngan edible image kot tapi dengar citer hari tu dorang lagi tertarik pada red velvet Cik Yan banding gambar2 kartun tu.. uisk..

Insya Allah nak mencuba :

  1. Opera cake
  2. Blueberry cake
  3. Blueberry cheese cake
  4. Kek Lapis Horlick
  5. White Lady Snow Cake - ni lagi ar semangat beli snow powder tapi x terbuat2
  6. Lemon Cheese Ice Cream Cake
  7. Ala2 Choc Indulgence
  8. Devil Chocolate Cake..
Tempoh masa diperlukan untuk memenuhi list ni? Sampai akhir tahun boleh?

Monday, 13 June 2011

I should be so lucky

Alhamdulillah. I am so lucky.

Cik Yan sangat marah dan rasa terganggu. Pastu post la status marah tu kat facebook Cik Yan. Tapi Ya Allah, Alhamdulillah atas kurniaanNya..reply Cik Yan terima ibarat air yang di simbah pada api yang mula nak marak. Jadi belum sempat dia marak dan merebak..dah terpadam api kemarahan tu.

Ada adik tu ingatkan kembali pada keta idaman Cik Yan. Sebab nak menyimpan la sangat kan pastu bila orang ada duit takkan nak kata xde duit..dah kena bagi pinjam kan..Jadi kalu beli keta yang harganya ibarat dapat sebiji rumah bertanah, kira lepas ni leh la ckp kan..ala duit ada tapi hutang keta aku sangat besar..Okay tak gitu..

Sunday, 12 June 2011

Promo airfare yang xleh dinikmati...

Semenjak dua menjak ni kan..banyakla offer tambang murah ke sana sini kan..Air Asia ngan MAS..offer memang menarik sungguh. Kalu duit banyak2..cuti banyak2 ataupun senang cuti sah2 leh jenjalan kan sesuka hati..

Tapi Cik Yan tak dapat beli pun..memula promosi tu untuk penerbangan tahun depan..Masa tu manala kita tau keadaan keje, kesihatan camner kan..En Suami lak katanya nak belajar jadi mana lah tau schedule dia camner kan. Dahla kalu belajar, cuti adalah sangat limit itupun time2 keraian pape..Dan kalu ponteng kelas lak..ada pulak limit berapa hari dan sape terlebih xleh amik exam..Bayar mahal2 sekali xleh amik exam..pastu tak pepasal kena belajar lagi with new fee..

Cik Yan dulu ada tanya kenkawan sebab adalah tengok orang yang dah berkeluarga gi cuti dengan kenkawan without bring the family. Kawan Cik Yan cakap selagi dapat keizinan, x salah..yelah kan isteri mana leh kuar sesuka hati tanpa kebenaran suami kan..Cik Yan pun adala rasa nak try kan..gi cecuti ngan kenkawan macam masa bujang2 dulu. Gi snorkeling la yang paling rindu sebab En Suami sah2 sangat bosan nak tengok laut kalu bercuti..Tapi x terbuat pun...

Cik Yan terasa macam tak adil kot nak gi cuti2 tanpa En Suami. Orang lain mungkinlah pasal tak dapat nak cuti atau tak suka jenjalan kan tapi bila kena tinggal..still ada hiburan lain kan. Leh lepak ngan kenkawan minum kopi ke..main golf ke memancing ke. Macam Cik Yan..tak sampai hati lah pulak. Cik Yan bersukaria di sana sini tapi En Suami menahan lambungan ombak yang tinggi, pergaulan terbatas ngan orang2 disitu je..xleh nak gi sana sini melepak atau minum2 dengan kenkawan.

Pastu ada pulak promo untuk penerbangan di bulan Julai sampai 31 Ogos..July kan dah dekat2 puasa..mana best jenjalan. Memula macam rasa okay kot bulan pose jenjalan kat tempat yang susah nak cari makanan halal tapi pikir balik macam x best je kot..

Jadinya Cik Yan dan En Suami plan camni jela..macam masa kitorang gi Bandung dulu..tiket beli camtu je. MAS kan ada super saver ke super smart. Harga berpatutan gak walaupun tak semurah masa promo tapi kami takdela jenuh nak memikir pasal schedule keje memasing kan. Jadi masa2 ni jimat cermat supaya dapat cover semua..Maksud Cik Yan dapat tolak duit untuk hutang rumah, deposit rumah lain ke.. keta baru ke (macam la pandai sangat drive kan) dan yang pastinya ala tak sukala kalu En Suami dapat simpan untuk beli motor. Ingatkan x jadi dah rupanya ada pulak motor lain yang dia berkenan. Ni dok hari2 Cik Yan kena check harga motor tu dan update dia.

Wednesday, 8 June 2011

Kutip sana kutip sini

Bulan ni macam best pulak cuma kurang best pasal xleh antar ke rumah atau opis.

Cik Yan dapat sms untuk collect shopping voucher yang tak tau ntah berapa ringgit tapi kira okayla tu buat tolak2 time shopping groceries kan. Yang ni confirm tak tipulah bukannya pakej yang bebukan tu. Ni memang betul punya sms. Dedulu dorang antar terus ke rumah tapi sejak notification bila ada sales semua thru sms..jadi xde dah istilah antar2 ke rumah or memana alamat yang kita nak.

Tadi buka email ada pulak 4 tiket wayang TGV free untuk di ambil kat opis Wisma Heritage kot. Adehla..naperla kena gi kutip sana..kalu antar by post kan best..Ke dorang nak buat sesi2 kenal Cik Yan ek..terperasan kejap. Kat manala tempat ni..jap2 kena google..tapi mujur dia kata leh antar orang kutip on behalf..Hehehe.

Monday, 6 June 2011

Bunga sana sini..heheh

Purple roses...year 2008




Ni lak adalah sikit purple roses pada tahun 2011.



















Sunday, 5 June 2011

Pengumuman..TUPPERWARE saya HILANG

Cik Yan masih lagi berusaha dalam mencari tupperware hijau yang hilang tu. Cik Yan tau sangatla dia ada pasangan dia sebab itu adalah hadiah dari kawan Cik Yan masa kami berkunjung ke rumah dia time raya 2009 kat KT. So called hadiah kahwin cuma tak berkesempatan nak bagi sebab tak dapat jumpa.

Cik Yan memang peminat tupperware tapi macam Cik Yan selalu cakap..Cik Yan ni baik..shopping takla sesuka hati je..Bila pegang barang tu leh terbayang la muka En Suami kan..yang tak bestnya time sesorang je nampak muka En Suami garang tapi bila kuar shopping ngan dia, amik je kot selagi dia berkenan..HAHAHAH.

Jadi kenkawan, apa kata anda gi kabinet ke almari ke tengok tupperware ni. kalu tengok satu je ada..cuba tanya suami ke isteri ke..kita beli ke tupperware ni..ke tupperware hilang  ek..SERIUS..pulangkanla..
TUPPERWARE tu bukan bekas microwave biasa tu.

Pastu kalu rasa delay pulangkan sebab nak mengisi..SERIUS takyah isi pape,,Cik Yan nak tupperware tu kembali dengan selamat..Kalu nak isi gak..belikan je Quaker oat in granola bar tu..heheheh.

Sila tenung..sila amik perhatian yer...




Masakan yang nak try..


Nama makanan ni adalah chicken schnitzel with grilled eggplant and heirloom tomato salad.


Masa tengok Junior Master Chef tu rasa macam best je. Lagi lak kan abang farmasi kitorang mintak Cik Yan kurangkan pengambilan karbohidrat kan..jadinya macam teruja nak try. Bread crumb dah ada...hari tu pun dah beli ayam..plastic wrap tu semua ada..Harap2 jadilah nanti untuk dinner pada 6th June..Alamak..sayur je xde tapi terung leh beli kat memana je kan..Tapi seperti ada alasan untuk Cik Yan merayap ke KLCC lunch Isnin nanti..pavlova lak as a desset kan...



Wish list utk kenkawan

Ni entry sesaja tau. Cik Yan buat kat blog sebab kawan2 baik Cik Yan sangat sibuk dan tak sempat check blog Cik Yan..

Kenkawan..apa kata kita melepak di KLCC nanti2 and to be exact melepak di Bisou..ku tergoda, tersuka dengan pavlova di situ.. Cupcakes pun banyak tapi tak menepati selera ku..

Memandangkan ngan korang..sah2 leh makan bertambah2..sorang2 belanja ek..kat situ ada meringue gak..which aku tak taula apa beza pavlova ngan meringue tu since bahan asas dedua tu adalah white egg.

Nape aku tak bagitau direct adalah kerana nanti aku dihimpit perasaan bersalah makan benda2 tu. Hehehe..Ke lepas makan tu kita berlari kat KLCC park nak? Mak buyung ko walking jelah kan xyah berlari kejar kitorang..nanti kitorang kena antar gi spital lak...

Tengok aku baik kan..wish list aku satu ni je tapi buat Mrs Maintain...thank you for the breakfast ek..Lama giler aku tak makan big breakfast Mc Donald tu...

Saturday, 4 June 2011

Growing up lagi...

Alhamdulillah..hari ni meningkatnya lagi setahun usia. Harap2 penampilan Cik Yan, perilaku Cik Yan seiring dengan usia ni..biar usia bertambah janji hati muda,,tapi tak moh lah orang cakap la tak sedar diri..umur dah mcm ni perangai mcm tu..isk..

Memandangkan En Suami bekerja..jadi haruslah dia rasa bersalah kot sampai offer nak hadiah apa. Eh..En Suami nak bagi hadiah birthday..HAHAHHAAH..Cik Yan suka..maka dengan ini..Cik Yan nak buat wish list untuk dia..

En Suami..seperti biasa saya suka sebenarnya dapat bunga banyak2 macam biasa tapi nak buat camner kan. Jadinya saya rasa adalah beberapa perkara yang saya nak senaraikan nanti. Pasal handbag? En Suami yang offer kan..saya taulah saya ada citer beg mana saya nak kan tapi masa tu takat citer tapi kalu dah offer, rasa2 nak bagi saya..SAYA SUKA LA MENERIMANYA sebab kakak Cute kat opis pesan kalu suami offer pape, amik je..tak yah pikir panjang kalu kita memang suka benda tu..

Tapi jangan risaula saya tetap nak fikir gak pasal beg tu..list saya ni pun janganla risau..walaupun berjela panjang (agaknye la kot)..tak semestinya melibatkan cost ya..saya ingat lagi azam saya pada tahun ni..Cost saving..takpun big spending with good return in future..

Friday, 3 June 2011

Good news for Cik Yan

Masa tengah beratur nak bayar, tengokla tepon. Sekali ada mesej dari abang En Suami. Kalu x kerana di luar..pasti Cik Yan nak melompat or call tanya details. Mesej tu simple je..Dia bagitau yang En Suami xnak dah beli motor. Jadinya sudah tentu kami semua

sangat 

HAPPY!

Jadi..harapnya ada lagi good news lepas ni..

Thursday, 2 June 2011

Long Weekend - 1st plan

Maka dengan ini pada 2 Jun 2011, selepas tamat waktu bekerja bermulala cuti hujung minggu yang panjang buat Cik Yan. Ni kerana Hari Pertabalan Agong yang jatuh pada hari Sabtu, maka syarikat kami pun bercuti pada hari Jumaat. Macam2 nak buat time ni walaupun Cik Yan x bercuti-cuti Malaysia. Tapi awal2 cakap ek kalu tertiba satu apa pun tak jadi..korang janganla cakap Cik Yan hampeh (teringat kawan Cik Yan dedulu suka ckp "hampeh"). Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..Jadi Cik Yan rancang je banyak2 dan tengok mana yang jadi kan..xkan xde rancang pape..tu nak jadi apa lak kan..

Tadi gi KLCC beli benda2 ni sebab teringin nak rasa Nutella Cupcake which end up berjenis Cik Yan beli..worth it ya..

Pavlova..sedaplah

Salah satu darinya Nutella Cupcake


Sedapla Pavlova..nanti nak lagi




Dah dapat apa yang nak dirasa maka harusla Cik Yan bersenam kan supaya menjadi sihat.Jadi Cik Yan nak berlari di atas tanah/ jalan..tapi taklah jauh kan..dari rumah ke stesen LRT Gombak pastu patah balik rumah kan..tapi masa bagitau kat kawan Cik Yan (teringat acid splasher) dia cakap turun je join tai chi kat taman tu pastu lari je kat situ..kurang sikit risau kan.Jadi nampak gaya seawal 6.30 pagi Cik Yan harusla terpacak kat taman tu kan..mesti nak tau gak buat2nye kena bayar dulu kan..selalu dorang mula pukul 6.45 pagi.

Selepas tu..konon macam nak breakfast set mc donald tu tapi nanti nak gi Jusco..sure ada benda lain Cik Yan nak beli tu.Cancel la breakfast tu.Jadi aktiviti selepas bersenam tu adalah menuju ke Jusco kerana ada member sales. Cik Yan harusla melengkapkan barang2 rumah Cik Yan. Lama betul x shopping barang dapur ni sampaikan sos tiram pun xde stok dah. Pastu kalu boleh nak gi makan mee bandung kat Kunyah, Wangsa Walk.

Memula hari tu macam nak buat movie marathon..tapi ada pulak orang tanya xnak ke buat biskut coklat Cik Yan tu..dia nak beli..mula hati ini haru biru..mcm best pulak dapat buat biskut kan..tapi still Cik Yan tak fikir lagi pasal biskut ni sebabnya malam tu kena siapkan RVC ngan Oreo Cupcake..kawan Cik Yan nak amik pepagi Sabtu nanti..tu lum lagi org order untuk celebrate birthday Mak dia. Jadi kan pada hari Sabtu, Cik Yan kena buat kek besday orang pada besday Cik Yan..korang ada? HAHAHHA.

Bila dah beli barang tu sah2 leh tengok ikan2, sotong2, udang2 semua kan.. Macam nak la pulak makan ketam kan. Harap adalah rezeki Cik Yan..Kesimpulannya pada hari Jumaat ni Cik Yan nak masak bebetul..ada lauk ikan ke ketam ke bersama sayur, pencuci mulut semua..Tak lupa gak nak beli buah2an dan juga avocado. Cik Yan suka skang ni buat Guacamole..best okay makan dengan corn chip takpun nugget. Jadi itu setakat ni perancangan Cik Yan pada hari Jumaat.Oh ya Cik berazam nak start balik skim exercise Cik Yan macam dulu. Jadi harapnya di hari keputerian Cik Yan, Cik Yan akan melakukan minimum 2 jenis exercise seperti dahulu..