Thursday 13 October 2016

Sotong Goreng Telur Masin

Pertama kali makan sotong telur masin ni masa lunch kat de Templer, tengok dalam menu macam eh tak pernah try dan teringin la nak makan sotong maka order.

Memang sedap dan berangan nak buat sendiri kalau teringat beli sotong. Nak jadi kisah, sotong dah beli tapi 2 minggu tersimpan memula sebab takde telur masin pastu bila ada, asyik ada lauk lain je yang menarik untuk dimasak.

Satu weekend tu En Suami rebus kesemua telur masin yang ada tapi lepas tu makan 2 biji dan disorokkan sebab kanak2 riang tak nak makan nasi sibuk nak makan bahagian putih telur masin.

Dan terjadi la lauk ini..

Adaptasi dari blog Fiza's Cooking.

Bahan-bahan

Bahan A
  • 500gm Sotong
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 tsp serbuk lada hitam
Bahan B
  • 3 tbsp butter
  • 2 pelepah daun kari
  • 7 tangkai cili padi - dicincang ~ Cik Yan guna cili merah je sbb share dgn kanak2 riang skali
  • secubit gula
  • 1 kiub ayam ~ Cik Yan guna suku je
  • 2 butir telur masin yang telah di rebus- ambil yang kuning sahaja & hancurkan ~ sbb tak cukup telur, masuk gak telur putih, kan tak baik membazir
Cara memasaknya
  • Sotong dipotong bulat, bersihkan dan keringkan
  • Salut sotong dengan telur dan campuran tepung jagung dan serbuk lada hitam (boleh juga guna tepung bestari ke tepung gandum ke untuk goreng
  • Masukkan sotong satu persatu untuk elak melekat antara satu sama lain. Masak seketika je untuk elak dari menjadi liat. Ketepikan
  • Cairkan butter dalam kuali dan masukkan telur kuning yang telah dihancurkan tadi. Apabila telur mula berbuih masukkan daun kari dan cili.
  • Masukkan bahan lain, perisakan diikuti dengan sotong telah digoreng tadi. Biar sebati dan tutup api.



No comments:

Post a Comment