Friday, 14 October 2016

Pau Kacang Merah

Suatu hari tu budak opis whatsapp gambar bun kacang merah hasil uli tangan. Cik Yan pun tanyala sebenarnya kacang tu yang mana satu adakah yang bersaiz seperti kacang hijau atau kacang soya tu. Dia jawab ala filling beli kat Bagus je terus trigger akan kelazatan filling nenas yang Cik Yan pernah beli dulu dan apabila berpeluang ke baking supply, terus Cik Yan cari filling kacang merah.

Beli je tau..tak confident buat pau lagi tapi satu hari tu lepas baca kat blog, kawan kat fb pun ada yang buat. Maka terus rasa nak tanya kat kawan tu dan macam2 la dia share.

Sebab kat rumah banyak tepung gandum jadi Cik Yan rasa tak perlula nak beli tepung pau sebab baca alasan dari orang pernah buat beza dia cuma pada warna je,

Maka resepi yang menjadi pilihan adalah dari Blog Masam Manis. Owner, Azlita tu siap bagi cara untuk mengelakkan pau tu mengecut lepas masak dan Cik Yan buat memang menjadi cara tu. Tapi next time, Cik Yan nak uli pakai mesin jela guna yang macam gerudi tu sebab nak pakai breadmaker macam takut terlebih uli lak. Cik Yan memang tak berapa suka keje menguli ni namun puas hati la bila pau ni berjaya maklumla banyak kot kuantiti tepung yang digunakan.

Resepi adaptasi dari http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/pau-kacang-merah-gebu-dan-sangat-sedap.html




Bahan-bahan

  • 1 kg tepung pau  atau tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 2 1/4 cawan air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur

Cara membuatnya

  • Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
  • Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  • Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit
  • Ambil sedikit doh dalam berat 35-40g, bulat dan leperkan, isi inti yang telah dibulatkan sebelum tu
  • Letakkan doh yang dah berinti atas kertas minyak atau daun pisang
  • Buat hingga habis dan biarkan doh kembang sekali ganda
  • Pastikan air kukusan telah mendidih dan penutup dibalut dengan air untuk mengelakkan dari air jatuh atas pau
  • Kukus selama 7-10 minit dan apabila sudah masak segera angkat pau beserta penutup sekali.
  • Biarkan pau dan penutup kukusan selama beberapa minit untuk mengelakkan permukaan pau mengecut.
  • Selepas itu barulah boleh dihidangkan atau jika mahu disejuk bekukan, biar hingga sejuk dan simpan dalam bekas.
  • Pau yang telah disejukbeku boleh di kukus semula dalam anggaran masa 5 minit.
Note :
  • Cik Yan guna separuh resepi dan hasilnya dalam 25 biji. 
  • Ada pau yang Cik Yan tinggalkan konon kalau En Suami nak makan tapi dia tertido terus, esoknya lepas Subuh Cik Yan try masih lagi lembut.

No comments:

Post a Comment