Memandangkan kanak2 riang suka sangat makan sosej (bila buat roti inti sosej, Mia mkn sosej smpi abis tapi roti separuh je), maka terus tergerak rasa nak buat sendiri. Apa tak nya bila baca banyak kata sosej penyumbang obesiti la, penyumbang sakit kronik la bagai la. Tapi untuk takde makanan seperti sosej susah gak bila kita ada kanak2 yang suka makan.
Cubaan pertama menggunakan minced chicken sedia ada, pastu tak kukus sebab terbaca katanya untuk tujuan kesihatan jangan kukus dengan plastik, memadai simpan dalam peti beku selama 4 jam sebelum masak. Hasilnya bila atas api, dahla dengan lemak2 putih pastu sosej lambat masak (atau x confident dah masak) dan dia meleper. Semua suka makan lagi2 bila Cik Yan tumis garlic with PEVOO campak parsley flakes. Cuma En Suami cakap tak padat la.
Cubaan kedua berlaku bila dapat beli boneless part di Az Zain dan kebetulan ada pulak daun pisang. Memang bau ayam tu ketika kukus sedap sangat dan hasilnya elok skit dari yang pertama dimana takde lagi lemak2 putih ketika atas api.
Kali ketiga pula menggunakan boneless yang dibeli di pasar tani dan bau dia tak berapa sedap. Mungkin sebab masa tu bahagian tu terdedah pada cuaca panas (penjagaan ayam kan kena betul, dahla panas x curah air kerap atau ada ais ke). Tapi hasil kejadian boleh tahan jugakla cuma ketika dikukus, menggunakan aluminium foil.
Kali keempat menggunakan boneless part dari ayam LadangKu. Ayam dari syarikat ni terdiri dari beberapa jenis (whole chicken, potong 8/12/14, drumstick la thigh la) dan yang pasti leh delivery dan isi ayam sebagus Az Zain (pada tekak Cik Yan). Kali ni wrap menggunakan plastic wrap dan terasa perfect. Sebabnya kita leh pastikan isi ayam dimampatkan dan boleh memanjang ikut kita nak. Pastu simpan dalam peti beku kejap, panaskan kukusan dan buang plastic wrap, kukus la seketika mungkin dlm 5-10 min sebelum di sejuk dan di bekukan.
Resepi ni dari internet, maaf tak ingat sumber. Semoga rezeki empunya resepi bertambah kerana mendatangkan kesenangan pada mereka2 yang berniat nak buat sosej sendiri.
Bahan-bahan
- Daging ayam
- Black pepper - ikut suka banyak mana, tumbuk dulu
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Carrot/ Mushroom/ Cheese - jika suka
- Garam & Gula
- 1 tbsp tepung ubi kayu - tpg gandum pun boleh
- Masukkan semua bahan ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur
- Tujuan black pepper ditumbuk dulu sebab Cik Yan nyer tak berjaya nak hancurkan dia. Tak bestkan makan sebiji gitu.
- Bentukkan sosej - Cik Yan timbang 40g setiap satu, letak dalam plastic wrap, padatkan, ikat kedua2 hujung.
- Masuk dalam peti beku seketika dan kukus.
- Jika menggunakan daun pisang, boleh kukus terus lepas siap bentuk, masih cantik juga kejadian dan dapat wangi daun pisang tu.
- Dah siap kukus, sejukkan sebelum simpan dalam peti beku jika buat banyak2.
No comments:
Post a Comment