Saturday, 31 March 2012

Beli kek lagi...

Cik Yan kan pencinta kek. Sukala makan kek pasal tu minat baking. Aktiviti baking bermula dengan rancaknya setelah membeli Mr Kenwood tu. Terima kasih jugak kepada teknologi terkini dimana kita leh dapat macam2 resepi kat internet. Cuma rajin atau tak jelah untuk mencuba kan.

Bulan Februari yang lepas, Cik Yan  dapat tau yang Kak Rima akan turun ke KL maka terus Cik Yan shoot email cakap nak order kek kegemaran Cik Yan tu. Alhamdulillah order diterima jadi menunggu masa jelah kan.

Pada 27hb, Kak Rima sms mengenai ketibaannya di bandar Kuala Lumpur dan Cik Yan terus tetapkan masa untuk ambik kek itu time lunch keesokan harinya. Happy okay. Dahla kali ni berpeluang berborak panjang dengan Kak Rima dan juga berjumpa dengan Sonia, anak dia yang berumur 4 tahun tu.

Rasanya bulan Mac ni banyak memberi kegembiraan kepada Cik Yan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaanNYA.

Nilah kek yang Cik Yan order dari Kak Rima. Ye, dulu dah order tapi nak jugak makan yang ini sebab tak sanggup nak buat. Kek Lapis Legit Prune, sangat moist ya dan juga layer nya yang halus dan menarik pandangan Cik Yan.

Kek tu tak mampula nak makan seorang kan..harapkan En Suami, berapa kepingla dia leh makan lainla vanila buttermilk cake tu..Jadinya seawal pagi lepas solat Subuh terus aktiviti memotong kek ini untuk bekalan En Suami dan Cik Yan.

Alhamdulillah, kawan Cik Yan suka akan kek ini juga dan bila sms En Suami, dia menjelaskan kek tu dah abis pun kerana kawan dia amat sukakan kek ni. Teringat masa bawak spital hari tu, kawan dia nilah yang makan sampai abis bekalan Cik Yan. Apa pun, puas hati dapat makan kek ni.

Tengok, Cik Yan pun order kek tau..korang ni, janganla bila Cik Yan post gambar2 kat facebook pastu esoknya kat opis atau bebila pun tanya pasal kek la kuih la. Cik Yan terasa tak enjoy. Dulu lagi best siap ada orang cakap pasal Cik Yan dah kawin, maka Cik Yan bertanggungjawab menyediakan makanan untuk dia dan rakan lain. Eh..nape Cik Yan..isteri sendiri kan ada..suruhla dia buatkan..Kalu tak sampai hati suruh isteri buat bekalan untuk kawan2 makan maka janganla suruh isteri orang lain kan..

Apa pun, Cik Yan suka kan teman2 yang sentiasa sudi merasa hasil tangan Cik Yan walaupun tak seberapa. Tima kasih kerana sudi meluangkan masa datang ke tempat Cik Yan untuk merasa bekalan yang Cik Yan bawa.

Oh ya, wat masa ni Cik Yan rasa akan berhenti dulu aktiviti baking ni. Asal weekend je lembik..nak kuar gi beli barang ke makan2 pun takleh. Apa yang Cik Yan ada skang ni sangat berharga, lama Cik Yan dan En Suami tunggu jadi bila dah ada rezeki tu, harus Cik Yan jaga sepenuhnya supaya rezeki ni berpanjangan sehinggala dia membesar dan menjadi anak2 yang soleh atau solehah.

Doakan Cik Yan ek..

No comments:

Post a Comment