Saturday, 31 March 2012

Alahai

Cik Yan memula ingat taknak lah luah kan kat blog kan tapi bila terkena dengan keadaan yang sama sekali lagi, Cik Yan rasa tak tahan. Nak marah, nak fire balik orang tu rasanya tak berbaloi la sebab nanti akan menjadikan kita seperti dia. Kalau marah2 sure kawan2 baik akan cakap time gini tak elok naik angin ke semua..Jadi luah jelah kat sini moga di masa hadapan Cik Yan atau sesapa tak lah berperangai sebegitu..

Kisahnya Cik Yan terasa hati lah sangat orang yang Cik Yan lihat baik, sempurna akhlaknya tapi bila sesuatu berlaku dia seakan berdendam tak sudah. Mula memikirkan satu perkara itu sebagai penyebab tapi dia tak nampak atau belajar dari perkara itula sebenarnya orang terasa hati dan seperti mengenali diri kamu yang sebenar.

Orang sibuk menyalahkan En Suami kerana kurang berkomunikasi dengan teman2 tertentu tapi bagi Cik Yan, hal itu sudah2 lah. En Suami sibuk dengan hal dia dan kadangkala terasa hati gak kerana kerjanya itu membuatkan dia attached kepada hp. Tak menjawab panggilan, terpaksa ber sms kerana urusan kerjanya. Jadi kenapa perlu lagi dia nak menghubungi teman2 lain atau kuar minum kopi kerana dia begitu kesuntukan masa. Tak sedar ke kerana pandangan rendah kamu terhadap kami, membuatkan En Suami berusaha menunjukkan apa yang dia boleh buat dan bukan setakat bercakap saja.

En Suami kena attend business meeting, turun naik sana sini dari Jabatan Laut Port Kelang sampaila Dayabumi ataupun Kemaman. Jumpa shipping company sana sini dan juga interview orang sana sini, jadi mengapa harus orang sibuk2, kecoh2 tentang dia? Kami boleh lakukan apa yang kami fikirkan terbaik kerana kami ada keluarga kami. Kami ada keluarga Cik Yan, keluarga En Suami dan kawan2 baik kami yang akan memberi nasihat kepada kami. Tak perlu kerana kamu berpangkat, tua dari kami tapi tidak mengenali keadaan kami sebenar, maka kamu nak masuk campur, mencengkam kami ataupun memberi tekanan secara tak langsung kepada kami.

Cik Yan juga terasa seperti orang berterusan nak menikam En Suami. Sudah2 la tu..atas urusan apa kamu nak mengajak dia keluar, setakat berbual kosong, minum kopi? Duk rumah minum kopi bersama keluarga sudahla. Control keluarga sendiri dari control keluarga orang..Nak jadikan En Suami sebagai penghibur kamu? Nak dengar citer2 dongeng dia dan bagai tu? sudah2 la..Cik Yan boring dah..mujur Cik Yan tak reject je setiap panggilan kamu tu kat hp En Suami.

Dan Cik Yan tak faham mengapa orang nak komen bila tau Cik Yan mc ketika En Suami ada. Sinis sungguh pada pendengaran Cik Yan. Ketika itu Cik Yan mc kerana nak mengesahkan berita yang kami tunggu selama 4 tahun tapi orang itu tau mc bukan tanya perkhabaran kita tapi dilanjutkan kepada ayat yang membuat Cik Yan nak nangis je. Skang ni bertambah sensitif dah sebab takleh nak mengamuk, marah2 jadi buat Cik Yan cepat nak nangis.

Dan juga atas alasan apa orang menuduh En Suami mengelak bila Cik Yan menjelaskan dia on standby for duty? Kalau Cik Yan tak berapa sihat pun dia terpaksa pergi juga maka kenapa kerana perkara yang tiada kaitan dengan kami, kamu katakan dia mengelak? Kalau dia tak bekerja, takde duit, sakit semua..adakah kamu yang akan keluarkan duit membantu. Owh..tentu time tu keluarga kami je kot yang bersusah payah..kamu cuma boleh bercakap sabarlah atau pun berziarah..selebihnya pasti kamu akan menikam jugak..



No comments:

Post a Comment